Wahai perempuan perempuan patah hati..
Aku tahu semalam kau pernah bahagia,senyum dan ketawa
Aku tahu semalam kau pernah rasa indahnya cinta
Pernah bahagia dengan limpahan perhatian yang tak terhingga,
dari lelaki yang kau kira
kau bisa habiskan sisa hayat bersama..
Tapi itu semalam..
Semalam yang sudah semakin kelam
Cinta memudar
Dia menghindar
dan kau.. terdampar...
Wahai perempuan perempuan patah hati
Saat kau terduduk di satu sudut dengan sendu tangis,
Allah pandang kau dengan penuh rasa kasih
Merindukan doa dan rayu hambaNya yang dijadikan penuh rasa kasih
Bangkitlah dari terus bersedih
Sekalipun kau sudah hilang bahu untuk bersandar,
masih ada lantai untuk kau bersujud..
Dan masih ada DIA yang mendengar..
Dan kau masih ada aku,
yang berkongsi rasa sepertimu..
Jadi aku mohon, pegang tangan aku dan bangkit bersama aku..
Kerana hanya kita, perempuan-perempuan patah hati yang bisa jadi perempuan perempuan lebih kuat dari sebelumnya.
:)
Showing posts with label puisi. Show all posts

Kamu 1
Aku bukanlah terlalu rindu seperti tahun tahun yang lalu.
Cuma aku masih sibuk mahu tahu lagi fasal kamu
Jadi bila tangan aku gatal jenguk segala macam social network kamu
aku sedar,ada rasa sayang yang masih bersisa.
Boleh aku kata aku masih mahu duduk di tempat pengganti aku itu?
Boleh aku kata yang aku masih mahu dengar detak jantung kamu?
Atau boleh aku kata aku masih mahu renung mata hidung dan bibir kamu?
Aku tahu perkara begitu tak akan sekali kali berlaku.
Cuma aku keliru, kenapa yang bahagia kamu dan derita masih aku?
Tolong jawapaku.

Kita 1
Yang buat aku separa gila bukan kenangan pahit yang kamu tinggalkan. --
Tapi segala kenangan manis yang bila kufikir tak akan terulang lagi. Itu buat aku begini.
Sebab kenangan manis yang engkau tinggal terlalu banyak penuh ruang kotak ingatan aku. Tak boleh aku buang. Tak boleh aku tanggalkan.
Jadi apa lagi harus aku buat untuk itu?

Keterbiasaan
Lelaki,
Biar aku hanya jadi orang terpaling engkau sayang dari jadi orang yang engkau cinta kerana tiada apa yang istimewa bila aku jadi orang yang engkau cinta.
Lelaki,
Biar kita belajar saling melupakan kerna keterbiasaan kita melukakan banyak hati tanpa kita sama-sama sedari.
Lelaki,
Aku izin engkau pergi dan izinkan aku pergi. Biar keterbiasaan ini jadi tak biasa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)