Bukan Aku

Listening to Bukan Aku by Tasha Manshahar.

Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu disisi
Hari-hariku tangisi
Segala memori
Janji kumungkiri..

Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu
Maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna kuterlalu mencintai..

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku....

Nanti kau temu cintaku,
bukan aku...


Apa yang aku faham pasal lagu ni.

Mungkin. Mungkin dia bercinta dengan someone younger than her. Then dia macam tersedar yang this guy punya love tak strong mana sedangkan dia dah sayang gila kat this guy. Mungkin this guy not leave her tapi ada perkara yang dia buat yang tak dapat meyakinkan this girl dan this girl macam dah nampak future yang macam tak berkesudahan dengan baik. So, she decide to let go. Kat sini dia lepas this guy sebab dia memang dah sayang gila khinzir so dia takut bf dia tinggal dia after dia bertahan atau dia teruskan jugak. Susah macam mana pun dia terpaksa lepaskan everything. Dan dia nak laki tu realize,someone better is waiting for him.. 

Amboihh Nina.. kemain..

Addicted to this song even takdek kena mengena. Melodi dia.. Ermmm, lullaby sangat! Sobs.


Bunuh

"So..korang memang tak kawan lansung dah la?"
"Nope.. Aku tak kasi dia contact aku dah and.. dia pun aku rasa memang dah tak de pape nak contact aku."
"Takkan kot.."
Aku alih fon dari telinga kiri ke telinga kanan.. Lenguh bergayut dengan kawan aku seorang ni.


"Tapi aku bukan jahat sangat.. Sebab dia pernah jadi kawan,aku belajar untuk maafkan. Even memang susah.. Cuma,sekalipun aku dah maafkan, aku dah tak nak tengok muka dia lagi.."
"Takkan sampai macam tu kot.. Sampai hati kau.."
"Habis, dia tak sampai hati pulak buat aku?"
Dia ketawa.
"Sampai-sampai..."
"Ha, tahu pun.."
"Tak boleh ke kita semua macam dulu je.. Have fun macam biasa?"
Aku diam sekejap kemudian tanya dia balek.

"Kalau orang bunuh orang yang kau sayang depan mata kau, sekalipun kau maafkan orang tu, kau boleh lagi nak tengok muka orang yang bunuh orang yang kau sayang?"

Dia ketawa lagi.
"Takkan sampai macam tu kot.. Kes sekarang, dia bukan bunuh orang yang kau sayang pun.."
"Tapi dia bunuh hati aku... Aku sayang diri aku, hati aku, dan orang yang bunuh hati aku is orang yang aku sayang.."

Dia diam. Diam...




Perempuan-perempuan patah hati

Wahai perempuan perempuan patah hati..
Aku tahu semalam kau pernah bahagia,senyum dan ketawa
Aku tahu semalam kau pernah rasa indahnya cinta
Pernah bahagia dengan limpahan perhatian yang tak terhingga,
dari lelaki yang kau kira
kau bisa habiskan sisa hayat bersama..

Tapi itu semalam..
Semalam yang sudah semakin kelam
Cinta memudar
Dia menghindar
dan kau.. terdampar...

Wahai perempuan perempuan patah hati
Saat kau terduduk di satu sudut dengan sendu tangis,
Allah pandang kau dengan penuh rasa kasih
Merindukan doa dan rayu hambaNya yang dijadikan penuh rasa kasih
Bangkitlah dari terus bersedih
Sekalipun kau sudah hilang bahu untuk bersandar,
masih ada lantai untuk kau bersujud..
Dan masih ada DIA yang mendengar..

Dan kau masih ada aku,
yang berkongsi rasa sepertimu..
Jadi aku mohon, pegang tangan aku dan bangkit bersama aku..
Kerana hanya kita, perempuan-perempuan patah hati yang bisa jadi perempuan perempuan lebih kuat dari sebelumnya.

:)