Showing posts with label novels. Show all posts
Showing posts with label novels. Show all posts

Bunuh

"So..korang memang tak kawan lansung dah la?"
"Nope.. Aku tak kasi dia contact aku dah and.. dia pun aku rasa memang dah tak de pape nak contact aku."
"Takkan kot.."
Aku alih fon dari telinga kiri ke telinga kanan.. Lenguh bergayut dengan kawan aku seorang ni.


"Tapi aku bukan jahat sangat.. Sebab dia pernah jadi kawan,aku belajar untuk maafkan. Even memang susah.. Cuma,sekalipun aku dah maafkan, aku dah tak nak tengok muka dia lagi.."
"Takkan sampai macam tu kot.. Sampai hati kau.."
"Habis, dia tak sampai hati pulak buat aku?"
Dia ketawa.
"Sampai-sampai..."
"Ha, tahu pun.."
"Tak boleh ke kita semua macam dulu je.. Have fun macam biasa?"
Aku diam sekejap kemudian tanya dia balek.

"Kalau orang bunuh orang yang kau sayang depan mata kau, sekalipun kau maafkan orang tu, kau boleh lagi nak tengok muka orang yang bunuh orang yang kau sayang?"

Dia ketawa lagi.
"Takkan sampai macam tu kot.. Kes sekarang, dia bukan bunuh orang yang kau sayang pun.."
"Tapi dia bunuh hati aku... Aku sayang diri aku, hati aku, dan orang yang bunuh hati aku is orang yang aku sayang.."

Dia diam. Diam...




Apa yang best sangat dengan Hlovate tu?

Kecintaan aku pada karya Hlovate ni bermula dari.... ermm.. dari Syida! Kawan aku masa kat Seri dulu. Masa tu kalau Jemari Seni punya writer, aku suka karya Syud. Semua Syud punya novel aku ada. 

Hlovate, bagi peminat novel dia, mesti nak tahu dia ni sapa kan. Memang tak ada orang tahu la.. Just tahu dia ni student medic kat oversea. Tak tahu lah dah balik Malaysia ke belum.

Bagi aku, novel dia ada semua rencah. Bukan novel jiwang tak tentu arah. 

Novel yang aku beli ni cetakan ke dua belas  okeh. DUA BELAS! Lama tak lama novel ni boleh aku ketinggalan. Ye lah, aku kan dah lama jugak berhenti baca novel. 

Aku dah baca Versus, Tunas, Rooftop Rant, sekarang on the way 5 Tahun 5 Bulan pasal baru dapat tadi. Arma pergi Jemari Seni dan tolong belikan untuk aku dua bijik tu (5 Tahun 5 Bulan and Aa+Bb). Terima kasih Arma! Hantar dalam hujan tadi dia..

Versus.
Dalam Versus kau akan masuk dunia budak skates. Macam mana kau nak tinggalkan benda yang tak berapa baik untuk kau tapi kau suka amat dengan benda tu. Kau belajar macam mana daripada terpaksa, menjadi rela dan bertukar akhirnya kepada redha. 

Dalam Versus aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk jadi manusia yang lebih baik sebab aku tengok orang tu baik. Yang untuk duduk selayak dengan orang yang baik tu, kau belajar jadi baik.

Tunas
Tunas buat aku rindukan Seri teramat. Serius tak tipu. Dan segala kerja gila yang diorang buat dekat hostel tu memang tak gila bagi bebudak hostel. Aku rindu senior. Aku rindu crush. Aku rindu segala kenakalan dan kedegilan kami. 

Tunas ajar aku jadi perindu. Rindu pada kawan-kawan yang gila. Rindu pada indahnya dunia remaja.

Rooftop Rant.
Apa aku boleh kata pada karya Hlovate yang ini ya.. Berubah. Perubahan. 

Lepak atas rooftop sebab skip tuisyen dan TER jumpa someone yang tiba-tiba dapat kongsi rasa dengan kita memang coolio kan. Tiba-tiba rasa nak cari rooftop. Mana tahu dapat jumpa orang macam 'Jade' dan art kan segala cerita. :)

5 Tahun 5 Bulan.
Sebenarnya aku ada baca sikit dekat blogdrive Hlovate tapi tak perfect la cerita dia. Dan sebab itulah juga aku macam orang gila cari novel ni.. Mana ada dah kat Popular tu... Setakat ini aku suka semua fasal novel ini kecuali nama watak hero. Heh, HAHA....

Tak boleh nak review lagi sebab tak habis baca lagi...


RASA.

Aku kunyah meatball perlahan lahan. Sesekali aku jeling lelaki dihadapan aku. Dia kunyah fries dengan kelajuan normal.

"Do you like me?" Soalan tiba-tiba yang keluar dari mulut itu macam petir sambar muka aku. Hampir tersedak aku. Mujur tak tercekik meatball.

"What do you mean, ha? "

"No la. Nak tanya je.. I think, you like me."
Perasan! Kau memang perasan. Tapi kau bukan perasan aku suka kau. Kau perasan yang MEMANG aku suka kau! Malu.

"You blushing.." Dia tegur lagi.

"Apa you ni.. Jangan main-main boleh tak?"

Dia cucuk fries dan cuba suap aku. Aku geleng. Dia tahu aku memang tak suka.

"If you like me, sorry.. I don't like you..."

Gulp. Aku pandang dia. Mata kami bersatu. Kemudian dia senyum dan menyambung, 
"..but I do love you."


Rasa itu seperti terbang tinggi-tinggi. Melayang diudara sambil bunga api meriah memancarkan cahaya yang berwarna warni. Selamat datang cinta ke dalam hatiku.

Ini hanya cerita.
Sila jangan percaya.
yang penting jangan tanya apa-apa.
;p


cerita yang akan terus bersambung dan bersambung

Aku masuk kelas macam biasa. Tarik kerusi dan duduk. Aku nampak nota kecil.

'Jumpa kat tangga rehat nanti sekejap. AA'

Jantung degup kencang. Alamak, siapa, siapa? Siapa bagi note nih? Dalam kepala merangka jenis bentuk muka manusia spesis lelaki. Ok, ke saja nak kenakan aku. Kawan-kawan aku pun boleh tahan jugak nak kenakan orang. Ok chill.. Waktu pertama berlalu, kedua,ketiga,keempat dan seterusnya sampai loceng berbunyi.

Rakan lelaki dan perempuan sudah merempit keluar. Waktu rehat kan. Aku duduk. Konon-konon tak ada selera nak makan. Satu geng datang. Seseorang buat isyarat tangga. Terus dapat meneka siapa.

Perlahan jalan ke tangga. Nampak lelaki itu berdiri di satu sudut di bahagian tangga. Aku? Malu-malu serigala. Serigala malu kah?

"Nape nak jumpa-jumpa nih?"

"Amboi garangnya." Kawan lelaki itu sibuk menyampuk. Aku jeling. Konon. Ingat nak buat macam Ziana Zain naik kan sebelah kening tapi tak reti pulak. Nantilah praktis.

"Err.. macam mana yang hari tu?"

'Hari tu'. Oh, aku faham. Hari yang kau cakap nak buat aku jadi cik gelpren kau depan kawan-kawan kau tuh lantas bikin aku malu sampai muka aku merah padam membara dan hampir rentung tu kan??

Tapi cakap dalam hati je lah.

"Errr. Entah, tak tahu.."

"Alah, tahu lah.."

Hais, mamat nih, nama je senior. Nama je lebih tua dari aku. Tapi takkan lah aku nak bagi jawapan dengan  kawan-kawan dia yang ramai-ramai macam bodyguard nih. Malu la weyh.. Malu siot... Nampak je aku nih macam tak kisah, tapi sebenarnya aku ni pemalu okeyy. Pemalu!

"Please.. Nak tahu sekarang.. Dah dua minggu dah ni.."

Oh, ye ke? Dua minggu dah? Hais, memang la aku pun dok hendap-hendap kau mcam kau hendap-hendap aku. Memang aku sengaja duduk dalam dewan makan bertentang dengan engkau macam engkau cuba bertentang dengan aku. Memang aku tunggu kau habis makan macam kau tunggu aku habis makan. Memang aku tunggu kau tunggu aku dekat surau macam kau memang tunggu aku petang-petang kat koridor tuh tapi....................



Aku siapa, kau siapa.........