Showing posts with label u. Show all posts
Showing posts with label u. Show all posts

In love


Kalau semua orang tahu,
tapi biar mereka tak tahu..
:)

Semua tak nak.

Hari ni cuti. Makanya mari kita bercuti. Sebenarnya kalau ikut plan  Faz@Megat nak hantar Faiz ke Seremban but then masa lepak Faz cakap boleh hantar Ira sekali kat Semenyih. Diorang ada plan nak pergi PD. Tapi kakak Ira tak bagi pergi pulak. Dia suruh balik awal. So aku ajak Nurul pergi. Memang tak lah kalau aku pergi sorang. Aku tak balik Kuantan pasal teman Nurul ada common test Jumaat,Sabtu and Ahad. Dari mati kutu kebosanan, baik pegi jalan kan. Aku bangun subuh tu terus kejut budak dua ekor tu.. Breakfast dulu depan hostel laki, then gerak kul 7 lebih.



Kitorang berendam dari pukul 9 lebih sampai pukul 11 lebih nak dekat kul 12.Benti makan then sambung berendam balik. Terasa lagi badan kena hempas dengan ombak. Bestnya!!

Pukul 5 macam tu gerak ke Nilai pulak. Cari barang untuk souvenior event Dinner kitorang. Baru teringat belom cari baju untuk dinner. Ahh, lantak la..

Dengan muka legamnya, perit muka-muka berjalan kat Nilai 3 tu. Teringat wedding Cik Bell, so call dia tanya nak tambah apa-apa tak. Kebetulan goodies beg belum cukup. So I bought cute goodies bag for my aunt! Wah-wah syoknya pilih barang kahwin kat situ!

Dah letih menapak, jumpa yang dicari. Faz yang kautim semua, gerak balek ke Seremban hantar budak ni.



HAHA, padan muka kena bawak beg aku. Dia dengan Faz sumbat maca-macam dalam beg aku. Sendiri bawak lah! Sweater pun gigih sumbat dalam beg aku kan.. 

Sampai Seremban kitrorang g makan dulu. Laparnya Tuhan saja yang tahu. 
Pic ada kat Faiz. Dia whatsap 1 je gambar aku. Kalau dah ada aku update.

 Muka dah x tahu rupa apa. Dah tak larat nak gelak, tak larat nak bukak mata. Dah hantar budak betuah tu sampai rumah, kami bertiga pun gerak balek ke KL semula..

Diorang bengang sebab aku tak nak naik banana boat,
tak naik paporazi kejadah tu. 
Naek jet ski pun tak nak.
Memang TAK la der aku nak main benda mcm tu. 
Masuk laut pun sampai betis je..
Haha.
k bye, Letih ngantuk nak beradu!
Salam

Tak apa orang rendah, anggaplah kita golongan comel. ^_^

Satu.

Aku tengah urut kaki kat Teluk Chempedak. Setengah jam RM25. Aku ambek setengah jam je lah. Lagipun orang bayarkan.

Tukang urut : Lapar la.. Asyik rasa nak makan je. Dulu saya ni badan tak de la macam ni. Kurus kering je. Sekarang macam ni dah ha..
Tukang urut aku ni badan dia berisi..

Aku : Samalah kita.. Saya dulu pun kurus je.. Badan start naik lepas habis sekolah lah.. 
Si tukang urut pun bercerita lah. Dia kata beli kena beli seluar mahal. Kalau yang murah tak fix dengan cantik lah dekat kaki. Aku pun ia kan je lah.. Sembang punya sembang.

Tukang urut: Belajar lagi ke?
Aku : Ha ah..
Tukang urut : Sekolah mana?
Aku : Err.. belajar kolej..
Tukang urut: Umur berapa?
Aku : Dua puluh dua.
Tukang urut : Haaa??? Betul ke?
Aku : Ye la, dah tu awak ingat saya umur berapa?
Tukang urut : La, ingat lapan belas. Baru habis sekolah.. Badan kecik je.
Aku : HAHAHAHA.. Awak umur berapa?
Tukang urut : Saya lapan belas.
Aku: Owhhh.....

Serius aku ingat dia dah kawen.

Tukang urut : Tapi badan macam dah kawen kan. Untunglah macam akak ni badan kecik.
(Macam tahu pulak apa aku cakap dalam hati.)

Dalam hati aku, aku badan macam ni pun dikatakan kecik?? Mungkin kecik pada dia kot maksudnya. Tettt...

Dua.

Aku lepak rumah Zyra kan dua hari last week. Kawan-kawan adik dia (kawan Aziq) suruh kirim salam..

Azad, adik bongsu Zyra,
"Tu kakak lah bodo!!"

Malam tu datang lepak lagi bebudak tu. Yang sorang tu baru habis sekolah lepas SPM.

"Bagi la Twitter diaorang."
"Kepala hotak kau.. Dia tu kakak lah."
"Ye ke? Umur berapa?"
"Dua puluh dua lah!"
Lepas tu diorang ketawa sebab malu sendiri. Aku sekali malu sebab dah tua. HAHAHA!

Tiga.

Aku jumpa Nurul lepas habis kelas kat depan kolej. Cakap-cakap dengan dia. Balik tu dia cerita.

Kawan Nurul : Siapa tu?
Nurul : Satu bilik dengan aku..
Kawan Nurul : Owhh. Sem berapa?
Nurul : Eh,dia nak habis dah.. Sem lima.
Kawan Nurul :Eh, cepat nya dia habis. Budak lagi.
Nurul: Budak kau kata? Tahu tak umur dia dah dua puluh dua. Kau jangan nak cakap macam tu eh depan dia. Kang dia perasan! 

HAHAHA..

************************
Aku tahu kenapa orang ingat aku budak sekolah. Sebab aku rendah. Arghhh!
Tapi kalau fikir positif bagus jugak, macam awet muda gitu kan. Paling tak best kalau kena kacau dengan budak rempit yang bajet dah dewasa tu. Nak je cakap, aku ni kakak lahh!!

Ok,baik mengaku siapa tanya ni kat ask.fm aku? Sensitif tau.. HAHA

Tak pe,tak pe.. Aku bersyukur je dengan tahap kerendahan aku ni.. Even dibuli seperti budak sekolah aku pasghah bak kata Lisa Surihani.. Ermmm..

Aku faham perasaan orang-orang tak berapa nak tinggi ni. Kalau badan berisi sikit terus nampak kerendangan nya tu.. Bila kurus sangat macam tak cukup makan pulak sebab jadi mengecut. Dah la rendah,pastu kurus, mengecut je kan.. Ala, orang tinggi pun ada masalah dia juga, tak boleh nak pakai kasut tinggi-tinggi sangat, seluar pun susah nak cari jugak.. Bersyukur je la kan.. Positif je.. Hekhek..

;p





Inbox


Aku log in facebook macam selalu. Macam setiap hari aku selalu buat lepas tab Twitter dibuka. Beberapa notifications, satu friend request dan.. ok, ada orang inbox.

Aku menghalakan cursor dan menekan simbol message itu. Inbox dari seseorang yang tak tahu kenapa buat jantung aku seperti jatuh tergolek dari paksinya. Aku balas dalam senyum. Mesej semalam rupanya, dan waktu itu dia tak online.

Aku bukak profile dia. Tengok status relationship. Ohh,still lagi dengan gf dia.. Aku senyum. Kemudian mengalihkan cursor arah picture. Amboi Nina,sejak bila jadi  stalker. Aku lihat gambar-gambar dia yang rasanya aku dah pernah lihat sebelum ni. (Sebab dia bukan pengguna facebook yang tegar).Senyum lagi.

Malam itu, kenangan semasa aku empat belas tahun itu menari-nari diruang fikiran. Tersenyum lucu dalam indah kenangan.

Esoknya aku seperti tak sabar-sabar nak bukak Facebook lagi. Padahal, sejak berkenalan dengan Twitter, aku dah semakin melupakan Si Facebook. Kali ni, tab pertama adalah Facebook.

Yes! Ada balasan dari dia. Aku senyum lagi. Tapi kali ini aku tidak berniat untuk membalas. Dia kekasih orang. Meski suatu waktu dulu dia pernah sayang aku, dan aku pernah sedikit suka dia, keadaan dah tak sama lagi. Jadi, biarlah inbox itu berakhir hanya disini. Biarlah kalau dia kata aku sombong. Yang nyata, aku dah balas inbox pertama menjawap banyak juga soalan dia.

Kita masih kawan,dan akan selalu jadi kawan.

Jawapan kepada soalan terakhir dia.
"Ya, saya masih simpan."
:)

Sedih jugak.


Kali ini dicampak ke kelas B semula. Aku memang suka setiap semester Miss main tukar-tukar kelas. Suka sangatss...




Sekali lagi aku nak cakap aku memang tak kisah kelas mana-mana sebab aku pernah rasa dua-dua kelas. Tapi without tiga orang itu sedih la pulak.. 

Petang tadi Faiz call OTP dengan dia punya lama sampai panas fon aku.. Sedih pulak rasa. Hikhik.. Memang lah masih satu kolej. Tapi bila lain kelas,sebenarnya dah tak akan sama macam satu kelas dah.. 

Tak nak cerita lebih-lebih, sedih la pulak.. Sobs. :'(