Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

That moment

So.. from KL to Jengka for Syazani's E-day last Sunday.. Alang-alang tu terus tinggal ruman Wan sampai Raya Haji je lah..




Kawan sekolah rendah ni. Zaman hingus belum habis kering. Kenduri dia makan sedap. Ikan patin masak tempoyak kot.. My favo! Ohemji.. Tak dua ketul pulak aku sebat. Orang lain bertunang tapi tengok lah siapa yang beria. Yang kawan aku Si Mus tu siap dengan pakai benda alah tu, si Wawa dengan macam princess ha.. HAHA..They so funny. Make fun sangatss.. Snap pic tok sah  cite lah kan.. Memacam.. Happy!:D

Congrats Syazani!

My Raya.

Raya haji tahun ini sangat happy sebab mak su and cik bell ada.. Pak Teh and family pun balek. So rumah sangat gegak gempita. Sampai tak tahu nak tidur mana.. Wan tempah lemang. Tok buat ketupat. Dua-dua favo kuh.(Apa je yang tak favo kan). Pagi  tu aku dah makan ketupat cicah rendang for breakfast, pastu makan laksa,pergi raya rumah Cik Nab makan nasik minyak pulak. Habis je nasik minyak dalam pinggan Mus whatsapp kata nak datang. So cecepat balek. Dah makan aku ikut diorang raya rumah Aini. Makan macaroni goreng pulak. Air tebu lagi.. First time aku pergi raya orang hidang air tebu. Bapak sedap. Then memula nak pergi Jengka 7 rumah Yana tapi dia belom siap masak, so kitorang pergi rumah Lia.. Syazani and Mus tak kenal pun Lia ni. Sebab Lia kawan aku masa kat Seri. Tapi diorang okey.Boleh buat kawan. Hehe..Kat rumah Lia makan nasik minyak lagi. Mak Lia punya nasik minyak sapeje nak tolak.


Ni bestpreng kite masa dari zaman hingos berselipat.



The end of our short love story.

Lama aku ambil masa untuk menulis fasal ini. Bimbang kalau-kalau setiap patah yang bakal aku luah lukakan mana-mana hati. Tapi jenuh juga aku nak jawap bila orang tanya pasal kami. Honestly, our relationship dah the end. Maaf untuk semua yang mendoakan bahagia. Maaf mengecewakan semua yang baru berkongsi rasa bahagia ini.

Kenapa? Apa dah jadi.

Biarlah aku kata memang tak ada jodoh. So many things happen yang tak dapat aku nak kongsi. Aku tak mahu hanya kerana satu silap dia, buat aku lupa sembilan puluh sembilan lagi baik dia. Dan kerana aku juga ada silap aku.

Terima kasih untuk segala bahagia yang dia pinjamkan untuk aku selama setahun lebih ini. Sebagai kawan dulu, dia tidak pernah mengecewakan. Lelaki terbaik pernah aku ada. Mana mungkin aku lupa orang yang selalu buat aku senyum dan ketawa. Orang yang menghiburkan aku bila aku duka nangis fasal entah apa-apa. 

Berkawan tak sama macam masa bercinta. Even masa bercinta sekejap itupun dia sangat beri aku bahagia. Malah dia lelaki yang berjaya buat aku lupa kekasih enam tahun itu. 

Yang menyanyi untuk aku.
Yang petik gitar untuk aku.
Yang menangis untuk aku.
Yang melukis untuk aku.
Yang berjaga untuk aku.
Dia.

Tapi, dia juga lelaki. Dia juga buat kesilapan. Cuma aku tak mahu menulis fasal silap itu. I don't want to talk bad about him. 

Untuk pengganti aku nanti, tolong jaga dia baik-baik. Aku tak tahu siapa dan bila cuma aku mahu pesan,

- Dia nampak macam happy tak ada apa-apa tapi sebenarnya dalam hati dia dan diri dia bukanlah begitu kuat. Dia mudah goyah.

- Kalau awak tahu kelemahan dia, jangan keep teasing him sebab dia akan rasa rendah diri. (That's what I always did, keep teasing him)

- Kalau dia kata dia lapar, cepat-cepat temankan dia. Selain dia ada gastrik, dia sebenarnya bosan. 

- Dia suka makan berteman bukan sebab dia biasa berteman tapi sebab dia tak biasa berteman. Dia selalu makan sorang bila kat rumah sebab tu slain dekat rumah, he need friends untuk teman dia makan.

- Dia makan bersepah, dia tak makan telur kuning. Kalau telur kuning cair, cepat-cepat ambek jangan bagi dia nampak sebab dia geli.

- Dia tak pandai order makanan kalau kat tempat tak biasa dia pergi. Kalau menu baru, pilihkan something yang ada nasik dan ayam. He will like it.

- Kalau dia merajuk, jangan biar dia. Keep texting and or keep calling his name. Dia akan tak layan sekejap lepas tu dia akan okey.

- Dia ada satu sifat which is kalau dia geram dia suka hentak meja or tutup pintu kuat. (Kalau dia bengang sangat tapi dia cuba tahan baran dia.) 

- Please ingat ini, aku selalu risau kalau dia bawak kereta malam sebab ibu dia pernah cakap mata dia kalau malam tak nampak sangat. Please ingatkan dia always careful kalau drive malam-malam.

- If he request you something, try to fulfill it sebab kadang-kadang kalau dia kata tak apa sebenarnya dia kisah. Bukan kadang-kadang, selalunya.

- Dia ada ramai kawan perempuan. Dia akan layan kawan more than you maybe. Kalau tak tahan, jangan jebakkan diri. Sebab itu kelemahan dia. Dia akan lebihkan kawan. 

-Kadang-kadang dia lupa apa yang dia janji, tapi apa yang kita janji dengan dia memang sampai sudah dia akan ingat.

- Don't make he feel like dia macam tak diperlukan. Sebab dia sangat cepat berkecil hati. :)

Itu je lah kot. Banyak tapi cukuplah setakat ni.

For you,
Jaga diri, jaga hati sendiri dan hati orang lain. Belajar jadi bijak buat keputusan. Don't repeat your mistake. I'll forget you. I'll forget us. But I'll never forget what you've done to me. All the joy and pain, I'll remember till my last breathe. 

I love you my lil bro.
I love you my bestfriend.
I love you my namja.
Take care.

Thanks for everything......:)
Hidup baik baik.
Selamat tinggal. 


Apa yang best sangat dengan Hlovate tu?

Kecintaan aku pada karya Hlovate ni bermula dari.... ermm.. dari Syida! Kawan aku masa kat Seri dulu. Masa tu kalau Jemari Seni punya writer, aku suka karya Syud. Semua Syud punya novel aku ada. 

Hlovate, bagi peminat novel dia, mesti nak tahu dia ni sapa kan. Memang tak ada orang tahu la.. Just tahu dia ni student medic kat oversea. Tak tahu lah dah balik Malaysia ke belum.

Bagi aku, novel dia ada semua rencah. Bukan novel jiwang tak tentu arah. 

Novel yang aku beli ni cetakan ke dua belas  okeh. DUA BELAS! Lama tak lama novel ni boleh aku ketinggalan. Ye lah, aku kan dah lama jugak berhenti baca novel. 

Aku dah baca Versus, Tunas, Rooftop Rant, sekarang on the way 5 Tahun 5 Bulan pasal baru dapat tadi. Arma pergi Jemari Seni dan tolong belikan untuk aku dua bijik tu (5 Tahun 5 Bulan and Aa+Bb). Terima kasih Arma! Hantar dalam hujan tadi dia..

Versus.
Dalam Versus kau akan masuk dunia budak skates. Macam mana kau nak tinggalkan benda yang tak berapa baik untuk kau tapi kau suka amat dengan benda tu. Kau belajar macam mana daripada terpaksa, menjadi rela dan bertukar akhirnya kepada redha. 

Dalam Versus aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk jadi manusia yang lebih baik sebab aku tengok orang tu baik. Yang untuk duduk selayak dengan orang yang baik tu, kau belajar jadi baik.

Tunas
Tunas buat aku rindukan Seri teramat. Serius tak tipu. Dan segala kerja gila yang diorang buat dekat hostel tu memang tak gila bagi bebudak hostel. Aku rindu senior. Aku rindu crush. Aku rindu segala kenakalan dan kedegilan kami. 

Tunas ajar aku jadi perindu. Rindu pada kawan-kawan yang gila. Rindu pada indahnya dunia remaja.

Rooftop Rant.
Apa aku boleh kata pada karya Hlovate yang ini ya.. Berubah. Perubahan. 

Lepak atas rooftop sebab skip tuisyen dan TER jumpa someone yang tiba-tiba dapat kongsi rasa dengan kita memang coolio kan. Tiba-tiba rasa nak cari rooftop. Mana tahu dapat jumpa orang macam 'Jade' dan art kan segala cerita. :)

5 Tahun 5 Bulan.
Sebenarnya aku ada baca sikit dekat blogdrive Hlovate tapi tak perfect la cerita dia. Dan sebab itulah juga aku macam orang gila cari novel ni.. Mana ada dah kat Popular tu... Setakat ini aku suka semua fasal novel ini kecuali nama watak hero. Heh, HAHA....

Tak boleh nak review lagi sebab tak habis baca lagi...


untuk awak kawan saya............

Dear kawan saya,

Mungkin saya nampak macam tak ambik tahu. Nampak macam saya tak teringin lansung untuk bertanya. Sebenarnya saya sengaja buat macam tu sebab saya tak nak awak tahu yang saya tahu. Saya tak nak awak rasa tak selesa. Saya teringin sangat nak jumpa awak lepas saya tahu apa yang jadi. Even kita bukan rapat sangat, tapi satu masa dulu, kita pernah belajar sama-sama. Saya teringin nak peluk awak. Peluk anak awak. Teringin berkongsi segala rasa yang awak simpan dan pendam dalam hati selama ni. 

Bila masuk hal rumah tangga, kami orang luar bukan lagi macam waktu bercinta dulu sesenang rasa nak cuba menolong. Saya belum kahwin, saya tak tahu pahit manis orang yang dah kahwin. Meski hati saya sakit sangat dengar cerita, saya lansung tak kata apa dengan awak. Saya memang sibuk dengan hidup sendiri, tapi saya masih bertanya. Malah selalu bertanya progress kes awak, walau bukan terus dengan awak. Saya tanya orang yang rapat dengan awak. Dan orang yang rapat dengan awak, yang risaukan awak siang malam tu selalu update dekat saya. Hanya kita yang tahu..

Bila saya dengar kes tu dah selesai, saya terus rasa nak terbang sana peluk awak. Saya harap awak kuat dan tabah. Saya nak cium anak awak. Saya nak kata dengan dia, saya ada sama-sama dengan ibu dia. Saya akan tahan dia supaya tak rebah macam saya.

Saya tahu awak kuat. Sebab itu Allah bagi ujian yang macam ni. Saya tak sekuat awak. Selalu awak tahu, kami sentiasa ada untuk awak. 

Awak, jaga diri baik-baik, jaga anak saudara kami baik-baik. Saya dari jauh akan selalu doakan yang terbaik untuk awak. Jangan patah balik pada orang yang buat awak derita. Jangan kalah dengan rasa yang tersisa. Mesti kuat, mesti jadi iron mummy. :)

Saya sayang awak,kawan.. 

Kawan awak.
Nyna. 

Please...........

Masa tu lepak dekat The Curve. Our last met may be. Sebelum ni aku sorok lighter dia. Pernah jugak dia tertinggal lighter dalam kereta tapi aku tak bagi dia patah balik. So after makan dia macam orang gila cari lighter.  Dalam kereta merokok, sebelum makan merokok, lepas makan merokok. Nak masuk kereta merokok. Then sampai balik terlupa nak pulang balik. Nasib baik tinggal sebatang je..But kali ni aku ambik rokok dia terus simpan dalam beg aku. Ambek kau.

So I wrote a note dekat rokok tu. Tak sempat nak bagi. Aku wechat je. I really hope 1 day dia akan stop smoke.

Dua hari lepas aku keluar minum dengan kawan lelaki aku. My old friend. Memang dah lama gila tak jumpa dia. Last sembilan tahun lepas. Dia datang office ambek aku then kitorang pergi minum kat kopitiam. Bila dia keluar je rokok automatik tangan aku tarik the rokok and the lighter. Arghh, I can't control myself. Then tetiba tersedar, alamak, ni bukan Faz. So I give him back benda alah tu. Lepas tu dia ketawa. Hee..

Happy belated birthday Megat Farzurein. Hari tu kau call aku tengah kerja.. Tapi malam birthday aku wish kan... :D Aku tahu ada masa kau baca blog ni kan.. Sekarang busy dengan bisnes. Good luck. Janji nak datang sini bawak Faiz sekali kan.. Nanti kita pergi TC eh.. Kau kan suka sangat TC tu.. Rindu korang...... :")


Tak tahu macam mana kalau tak ada mereka ini. Kalau boring kat tempat kerja sebab selalu Ahad kerja sorang-sorang, Faiz akan call berjam jam teman aku buat kerja. Faiz yang akan kejut bangun pagi dan akan wish morning. Kalau dia kata rindu, aku laaaa...gi rindu gila.. Uii, nak nangis ghindu..


Bad girl, nice guy. :)

Semalam saya dan dua orang lagi kawan saya telah bertolak ke Semenyih dengan menaiki kereta sewa. Selepas paper Law, kami tidur sebentar dan ambil kereta pada pukul satu tengah hari. Disebabkan kami sewa setengah hari, maka kami harus pulangkan semula pada jam satu pagi.

Selepas pulang semula dari Semenyih dan puas bergomol dengan Adam, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur. Sisa masa yang ada kami ke TS, karok dan ke danau.

Bermulalah penggembaraan kami............
Penggembaraan kepala hangguk! Kitorang terpaksa berani mati panjat tembok tinggi untuk masuk ke hostel kerana gate kunci pukul 12 malam ye.. Sebelum itu sempat lagi saya bergaduh dengan kawan lelaki saya. Jadi saya geram dengan dia, saya dan kawan-kawan tekad panjat tanpa sebarang bantuan dari beliau. Huh!

Tiga orang spiderwomen tadi memulakan langkah-langkah memanjat. Pinjam-tak-bagi-tahu abang kedai tu kerusi dia, letak slow-slow kat tepi tembok, dan saya orang pertama panjat the tembok. Saya panjat kerusi, saya pijak paku yang ada. Paku tu dipaku seperti tangga untuk pijak. (Saya tak tahu kenapa paku tu ada kat situ. ) Bila dah sampai atas, saya bajet untuk turun. Saya ingat kaki saya sampai, tapi rupanya tembok tu memang tinggi dan saya terpaksa terjun dengan gaya spiderwomen. Hasilnya, pergelangan bahu saya masih sakit sampai ke hari ini. Lengan saya luka tergeser dan calar di badan. 

Saya dah selamat sampai tapi tiba-tiba ada abang yang kami pinjam kerusi tak bagi tahu tu tegur Ira dengan Nurul. Nak tolong katanya. Dia ingat kami nak keluar. Padahal nak masuk. Dia siap nak ambikkan tangga. HAHA. Tak payah la bang.. Tak mencabar. Saya tak nampak apa yang berlaku, saya hanya dengar perbualan tu sebab tembok yang memisahkan kami. Next is giliran Ira. Dia panjat lepas tu tunggu lama atas tembok sebab fikir cara paling selamat untuk dia mendarat. HAHA. She's so funny. And last, Nurul. Ok, done.

Dah bertahun-tahun saya tak buat kerja gila seperti ini. Sudahlah buat perangai pada usia begini. Bila nak matang ni..?


Tapi kami masih impikan lelaki begini. HAHA. Pigi da... Jangan mimpilah kan..... ;)



Guess what? Beliau akan datang Malaysia bulan enam ni! MELTING!


Meatball RM2 untuk 10 bijik yang lalu..








Kalau orang tanya apa yang sedap sangat dengan meatball ni, aku pun tak tahu nak jawap. Yang aku tahu aku boleh makan sepuluh bijik dengan licin. Aku tak makan fries, makanya perut aku ada banyak ruang untuk meatball. Even diganti dengan potato tu, aku tak makan pun.. On that day, aku beli 20 bijik, Ira 20 bijik, Megat 40 bijik. Hambekkk!! Dah la beli chicken wing lagi..

Kitorang tengok semua orang bawak tupperware, makanya Megat masuk Ikea beli tupperware. Bawak balik sepuluh bijik, esoknya siap boleh breakfast dengan meatball..

"Senang je nak buat kau happy rupanya.. Bawak pergi meatball je. Senyum sampai telinga."

Ya, that's me! HAHA

Harap Meatballs Ikea tak ada DNA kuda

Sabtu, lepas test dan kelas.


Pergi karok tapi macam biasa kalau pergi ada lelaki aku memang tak nyanyi. Lepas karok tak tahu nak pergi mana. Megat bawak kereta terus je. Tengok-tengok dah sampai Putrajaya. Kalau orang kata kat Putrajaya tu apa je ada. Tapi bagi aku tempat tu tenang. Tenang nampak budak-budak berlari dekat dataran depan masjid. Siap beli bubbles and main mengalahkan budak kecik.

Nampak family datang bawak anak comel-comel main mulalah masing masing buat ayat,
"Kalau aku ada anak nanti...."
Berangan lebih masing-masing.

Ahad lepas bertemu Syakira yang dah lama tak jumpa. I miss her so much! Tapi tak teringat nak ambek pic dengan dia. Sibuk bergosip je..

Habis bergosip aku ajak diorang keluar. Sebenarnya pergi The Curve nak makan meatballs. Tapi...
Sedih,hampa dan speechless. Faiz pulak senyum sampai telinga sebab dia tak suka meatballs. Menyampah.
Then kitorang cari makan. Last2 makan kat Thai express. Faiz gastrik dah tak larat nak pusing cari makan lagi. Ok la makanan kat situ. Ada yang sedap ada yang hampeh.Tak ambek gambar sebab lapar. Kitorang lunch pukul 5!
Lepas makan tengok wayang cerita Rock Oo Rimba Bara Kembali. 8/10 bintang. Best. Pergilah tengok. Faiz yang tak tengok cite Melayu tu layan je aku tengok kat sebelah. Habis movie lepak pulak kat Chocolate . lepak situ sebab nak temgok live band kay Asam pedas tu. 
Lepak sampai tengah malam. Megat pergi ambek duet kat mamak dia dulu. Tu yang lagi lambat. Sampai hostel gate dah tutup. Mujur pank guard ada.


Benda best!

Hye!

Hari ni kita nak share benda best. A few of my friends ada buat bisnes. So, korang boleh la singgah-singgah mana tahu ada benda yang memang korang tengah cari kan..

First is


FR HOMEMADE CAKES MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS KEK,APAM POLKADOT,CHEESE TART,PUDING,LAKSAM PANTAI TIMUR(KUAH LEMAK),BIHUN SUP & NASI TOMATO...DI  JAMIN HALAL 100%..HARGA2 DI SINI  BERPATUTAN BOLEH DI RUNDING (TEMPAHAN BANYAK)..PENGHANTARAN DI SEDIKAN..& HARGA AKAN DI CAJ MGIKUT TEMPAT...SEKITAR SIMPANG 4 & TANAH MERAH,FREE...   KEK2 TERDAPAT DI SINI....:KEK COKLAT MOIST,KEK MILO MOIST,KEK KERAMEL,KEK MARBLE,KEK PISANG,KEK OREN,KEK SPAN,KEK BATIK,KEK MARBLE CHEESE,MUFFIN COKLAT CHIPS & DLL...~APAM PELBAGAI VERSI & FELLING...~VERSI ; LADY BIRD,ANGRY BIRD,STRAWBERY,DOT2,BEE & BOLEH TULIS NAMA...FILLING ; STRAWBERY,BLUEBERY,COKLAT,KAYA & BOLEH REQUEST FILLING LAIN..

Aku boleh jamin sedap sebab aku dah rasa!

Second.


Okey, yang ini pulak baru je bukak. Ada baju and ada khidmat make up untuk pengantin.. Aku rasa kalau nak tahu detail korang pergi page dia yang aku link kan tu okeyy?



Fieyna Collection
Ada halfmoon shawl yang tengah famous sekarang ni. Ada baju comel-comel.











Akhirnya,sah menjadi milik...

Entry yang dikepam beberapa hari. Tak dapat nak update sebab wifi membangangkan diri.

Ok dah, tak nak cerita panjang. Upload pic sikit ja..



Masa akad nikah Pick pakai colour yellow + white.
Cantek sangat baju tu..

Then masa bersanding baju yang yellow+black tu..

Pick ni peminat kipas mati Dato' Siti. Baju dia pun dah macam Muara Hati dah aku tengok.
Dari hari tu nak merak bagai. Ingatkan main-main, sekali memang merak sungguh baju dia..

Masa nak tunggu akad nikah,aku dengan Pick tau dalam bilik.
Rasa aku pulak ha yang berdebar. Dia tak yah cakap lah.
Tapi sempat lagi buat lawak..

Sebenarnya scene paling aku suka masa wedding is sebelum akad nikah,
lelaki kena baca macam perjanjian tu. (apa eh orang panggil??)
Bila dengar betul-betul sebak.
Sebak sebab bila teringat pasangan yang bercerai,
dia ingat tak apa yang dia baca masa sebelum akad nikah tu.
Perjanjian tu..
Janji akan jaga baik-baik dan kalau dah tak nak pulangkan,pulangkan baik-baik..

Well, I love wedding so much.
TAPI, aku sendiri takut nak kahwin.
Honestly, aku sangat takut dengan MARRIAGE.
Putus cinta pun aku dah macam orang tak betul,
kalau dah kahwin??

Ha,ni kalau orang tu baca mampus kena marah.
mesti dia cakap,
"Kau ni suka cakap and fikir bukan-bukan.."

Hee..

Selamat Pengantin Baru Pick.
Semoga bahagia dunia akhirat.
Dah preggy bagi tau aku eh..
HAHA.
Love you!
:)




Sampai gajah boleh terbang.


Babe, aku sayang kau babe. Tenkiyu very much! Bracelet tu cantik sangat-sangat! Batu dia cantik. 
Tapi sebab fon aku ni murah, tak dapat nak ambek sudut yang cantek.

Okeyy,kau punya ayat tak boleh nak touching lagi??
Terharu tahu tak?? *laphingus

Dah berapa tahun kita kawan? Dari zaman aku berhingus tu lagi..
Kalau aku balik kampung, kau je yang ingat kat aku..
Sobs. *kesatairmata pulak.


Aku sayang kau sampai gajah boleh terbang jugak sayang!

:"D

p/s:
Tenkiyu Cik Muspirah sayang.


Sedih jugak.


Kali ini dicampak ke kelas B semula. Aku memang suka setiap semester Miss main tukar-tukar kelas. Suka sangatss...




Sekali lagi aku nak cakap aku memang tak kisah kelas mana-mana sebab aku pernah rasa dua-dua kelas. Tapi without tiga orang itu sedih la pulak.. 

Petang tadi Faiz call OTP dengan dia punya lama sampai panas fon aku.. Sedih pulak rasa. Hikhik.. Memang lah masih satu kolej. Tapi bila lain kelas,sebenarnya dah tak akan sama macam satu kelas dah.. 

Tak nak cerita lebih-lebih, sedih la pulak.. Sobs. :'(

Aril!

Ini cerita fasal kawan lagi. Kawan yang orang selalu salah anggap. Orang yang bila aku bercomment-comment dekat facebook dengan dia, kawan-kawan aku akan tanya dan kadang-kadang kawan-kawan aku akan salah faham.

"Bf baru ke??"
"Scandal ehh.."

Dia bukan bf baru aku. Dan aku tak kisah kalau orang tanya begitu. Aku hanya ketawa saja. Tapi kalau scandal aku akan marah. Sebab kawan aku yang ini lansung tidak layak jadi 'scandal'. Bagi aku perkataan scandal sangat tak sopan untuk dia. Kalau faiz mega bestfriend aku, Aril is mega bestfriend jarak jauh aku. Ha..? Haha.

Sepatutnya aku kenal dia masa PLKN, tapi aku lansung tak ingat dia. Dia cakap masa PLKN aku sombong sangat. Haha. Bukan dia seorang yang kata sebenarnya. Dan ramai dah habis PLKN baru jadi rapat. Samalah kes aku dengan Aril.

Aril. Anak tunggal. Orang Johor.

Aril is a good listener.
Masa aku tengah frust dulu, dia adalah antara pendengar setia aku. Dia yang akan nasihat aku supaya aku jadi rasional. Supaya aku tak terlalu ikut perasaan. Dia yang selalu buat aku berfikir panjang..

 Aril yang tak pernah mendesak.
Aril tak macam lelaki lain. Dia, kalau text tak bereply dia ok je tunggu aku. Aku tak suka lelaki yang lambat sikit reply text terus nak call dan call. Dia macam tak kisah. Tapi bila aku reply (lambat) dia reply balik cepat pulak. See? Aril ni chill je orang dia.. Atas sebab itulah aku masih boleh berkawan dengan dia sampai sekarang.

Aril yang sabar.
Aril yang selalu sabar layan karenah aku yang sesuka hati dan sesuka mood aku. :)

Aril yang peka. Aril yang pegang pada janji. 

Dia janji akan wish good morning hari-hari even aku tak reply pun dia masih wish. :)

Aril yang akan perasan benda-benda kecil,

Aril: Ye lah, manalah kau nak kenal aku.. Kau rapat dengan Faiz (kawan PLKN aku. Aik,Faiz jugak nama dia kan??) je.
Aku: Haha, sorry la.. Aku kalau tak kenal orang memang macam tu..
Aril: Tak pe la.. Tapi ok what, kira orang tertentu je boleh cakap dengan kau.

See? Dia akan nampak benda-banda yang kecil kan?

 Aril yang akan cakap benda-benda yang senangkan hati aku..
Yang ni aku tak tahu nak explain macam mana. Kalau kau biasa dengan dia, kau akan tahu.

 Aril yang kalau aku perlukan jawapan rasional kepada masalah aku, dialah orang yang akan aku cari. Dan Aril,


..yang masih layan text aku even tengah main dota. :)

See, baik kan dia. Sebab itu dia mega bestfriend jarak jauh saya. Nak kenal dia? Boleh, isi borang tapi aku yang akan shortlistkan.. HAHA. Sebenarnya ada banyak nak cakap fasal Aril, tapi otak tepu lepas simpan dua hari. Aril tak tahu ni. Sebelum dia baca, kita larikkk.......... HAHA.

I'm glad to have you in my life Aril! :) Tenkiyu.



Bila aku rindu..

Aku demam. Wifi buat hal. Jadi aku bosan.

Mujur, setiap pagi bukak mata ada orang tak jemu hantar text good morning. Tapi selalunya aku bukak mata, baca text gud morning lepas tu sambung tidur, dan senyum. Selalunya lah. ;p

Aku memang seorang yang tak betah duduk rumah saja-saja. Selalunya cari mangsa ajak keluar. Dan sangatlah untung kalau ada orang yang ajak aku dulu. Tapi, duit pun bukan ada. Kena pergi tempat yang tak perlukan wang sangat. Haha. (Dalam takda-takda duet, masuk mall dan makan juga)

Mata dan kepala dah teringatkan kolej.

Teringat Nurul yang sem lepas tak berapa ada dalam bilik sebab sibuk belajar dekat library. Hasilnya, dia dekan semester ini! Budak account dekan woot! I'm proud of her. Sibuknya dia sampai bakul dah penuh dengan baju kotor menandingi baju-baju yang lain. Sibuknya dia sampai tak ingat minum dan makan. Rindukan Nurul yang kalau pergi mana-mana pun mesti nak order mee goreng mamak dia. Agaknya sebab tu badan dia kekal selim begitu.

Aku juga teringatkan Zyra yang selalu ulang-ulang lagu Muara Hati. Kalau ada test Math, serius benar gayanya.. Muka ketat habis. Zyra yang juga selalu tak ada dalam bilik tinggalkan aku. Zyra yang sensitif, yang perlu berfikir sebelum bercakap dengan dia. Zyra yang tak kisah kalau aku ajak makan atau buat kerja gila sama-sama.

Ira. Rindu Ira sebab semester lepas satu kelas dengan dia. Satu unit dengan dia. Makanya, semester lepas aku jadi paling baik dengan dia macam semester satu dulu. Ira yang selalu cakap,

"Nina.. kita lapar.. Jom makan."
"Nina, kita rasa nak makan blablabla.. Jom.."

Ira yang selalu risaukan subject economynya tapi masih dapat markah yang baik setiap kali test dan quiz. Ira yang selalu buat aku geli hati bila dia buat muka comel dia. Ira yang aku risau sebab sebelum balik hari tu tiba-tiba jadi tak lalu nak makan.

Dan, aku rindu jugak Faiz, teman lepak,teman gaduh dan katanya lagi, kami ini mega bestfriend. Kakak terbaik dia. Teringat dia yang kalau order makan mesti nak ada ayam goreng Aku kata dia macam upin ipin. Asyik-asyik nak ayam goreng. Bila tegur terus order benda lain. Bila ada telur dalam sup, aku yang akan makan telur kuning sebab geli katanya. Lepas tu makan bersepah. Itu Faiz.

Rindu jugak Si Raff yang ketinggiannya bukan ketinggian lelaki Malaysia sebab bapak dia orang Arab. Dan sebab ketinggian dia akan jadi bahan untuk aku kenakan dia balik bila dia panggil aku Mok. Raff yang kuat makan. Kalau lepak malam-malam dia akan makan mee goreng sepinggan dan nasik lemak. Tapi kurus kering kedeking. Raff yang setia. Raff yang suka bercerita fasal buah hati dia. Raff yang buat aku percaya lelaki setia masih wujud di dunia.

Itu kawan-kawan aku. Kawan susah senang aku. Kawan yang akan marah bila aku sedih. Kawan yang betah dengar aku ketawa kuat-kuat. Kawan yang masih setia dengar cerita aku walau entah berapa kali aku cerita benda yang sama. Kawan yang jadi kekuatan aku selama ini. Kalau nak cerita pasal kawan, entah berapa entry pun masih belum habis sebab aku ada ramai kawan-kawan yang superb. Terima kasih sebab buat aku happy. Aku harap kita dapat konvo sama-sama nanti. :) (Kecuali Nurul dan Zyra sebab diorang lambat lagi habis ye) Aku betul-betul harap aku dapat lepas semua untuk semester akhir ini sebab semua subject adalah killer subject! Doakan aku ya.


Yang indah-indah itu....

Tengah hari semalam tetiba Arma tweet ajak pergi rumah Umi. Umi is our teacher masa form 6 dulu.. Now umi dah mengajar kat lain. And weekend Umi jadi part time lecturer kat Open University.. Aku suruh Arma inform Umi dulu. Then Umi cakap ok, kitorang pun merempit ke sana..

Aku rasa last aku pergi rumah Umi kat Pantai Sepat tu, 2 years ago kot. Itupun  naik kereta.  Memang tak ingat sangat jalan. Kitorang sesat jugaklah. Aku nih dah la memang jarang sangat-sangat naik motor. Lepas tu lalu jalan besar pulak tu. Sakit pinggang-pinggang and sepanjang jalan memang kecut je perut aku. Apapun, aku lebih suka naik motor. Baru kena angin banyak. Asyik naik kereta je, bosan. Sekali sekala buat kerja gila memang best.

Setengah jam jugak lah baru sampai. Umi dah tunggu depan rumah. Tengok rumah Umi terus teringat kenangan masa Form 6.. Rindu.. :)

Umi masak nasik tomato. Adik Umi masak nasik dagang. Memang kenyang lah aku.. Bersembang macam-macam. Umi kami memang sporting. Kitorang boleh cakap pasal macam-macam dengan dia.. Termasuklah pasal boipren gelpren nih..

Umi bagi nasihat panjang lebar. Thanx Umi... Sayang Umi..
Umi selalu melancong around world. Bestnya.. Hujung tahun ni nak pergi Mesir and Istanbul. Jeles-jeles.. Arma frust sebab anak Umi yang hensem tu dah kawen. HAHAHA.. 

Arma and Umi. :)
******************************
Itu cerita petangnya. Malam pulak aku ada chat dengan kawan lama aku. Ermm,bukan kawan rapat sangat lah sebab masa sekolah tak pernah tegur pun.. Ni jumpa balik kat FB.. Dia ni kelas lain. Ok,aku bukan nak cerita tu. Ni nak cerita our conversation. Hehe..

He make me laugh okeh semalam! Yes,aku hairan sungguh kenapa orang mesti ingat aku sebab Zali. Selalunya kawan-kawan lelaki aku yang satu Seri dulu mesti akan sebut kes ni. Haha,lucu jugak bila ingat balek.

Padahal,
Ha, the truth is, aku memang tak pernah bercinta lansung dengan Zali nih. Lansung tidak okehh.. Then, semalam macam-macam jugak lah aku tahu pasal dulu-dulu nih, tapi tak nak cerita lah kan sebab nanti ada orang nak cubit aku. Wahaha..

So aku rasa I've to make it clear. Lebih kurang sembilan tahun lalu, aku tak pernah bercinta pun dengan Zali ni. Rumors yang tak habis-habis. Tapi lucu! Hahaha.. Such a sweet memory to remember..

***************************
Ada benda yang dari dulu aku nak tahu sangat. Ni cerita masa aku kat Seri dulu lah kan.. One day, nama aku kena panggil kat pondok pengawal. Aku ingat siapalah yang datang kan sebab family aku biasa datang Ahad. Tapi tak silap aku hari tu Sabtu. Aku turun. Rupanya ada makanan untuk aku. Dalam plastik tu ada roti coklat, a bar of cadbury and cekedis tak silap aku. Aku tanya pak cik tu siapa yang bagi, dia kata ada orang tu lah kasi. Aku tanya siapa? Mana tahu atok aku ke tak sempat nak jumpa tapi macam mustahil. pak cik tu cakap lelaki yang bagi. Aku pelik lah kan. Aku tanya balek memang betol ke untuk aku, and dia cakap, "Iye,untuk awak lahh.." Dua kali tau orang ni buat benda yang sama dan sampai sekarang aku masih tak tahu siapa lah lelaki misteri sangat tu. Baik hati sungguh bagi makanan kat budak hostel yang selalu kebuluran macam aku nih.. Haha.. So, kalau ada terbaca ni, tak nak mengaku pun tak apa, cuma aku nak cakap  terima kasih banyak-banyak. Tak kiralah siapapun dia.. :)

(Tapi masa dapat tu aku simpan lama kot sebab kawan-kawan aku kata kot-kot dia letak ubat guna-guna ke kat makanan tu. Last-last, aku dengan kawan-kawan aku bahan habis makan sama-sama. Hahaha)

Second is, aku ni jenis tinggal buku bawah meja. memang tak lah aku nak bawak beg berat-berat kan. Kalau dah buku letak bawah meja, tahulah kan memang bersepah. Ada satu hari tu, aku datang sekolah and nak ambek buku bawah meja tengok buku aku tersusun kemas je.. Siap tulis note lagi, "Saya dah tolong susun,jangan buat kecah lagi ye.." Aku tanya budak laki kelas aku sebab diorang yang prep kat sekolah. Semua buat macam tak tahu. Sampai hari ni jugaklah aku tak tahu siapa. Again, Tenkiyu very much.. :)

Congrate kepada semua warga Seri yang dah kahwin dan bakal berkahwin. Jemputan-jemputan tu kalau tak ada aral, InsyaAllah aku datang.. :)








Sebuah kisah

Bunyi lagu Love Rain membangunkan aku dari lena. Dengan malas aku jawap panggilan. Sempat juga aku lihat jam. 3.20 pagi.

"Hello........."
"Nina! Hehe, takkan tidow kot.. Bangun-bangun.. Cepat dengar ni.."
"Apa kau ni....... Apa nya?"
"Hehe, dengar tau.."

Aku masih mengantuk, kalau difikirkan mahu saja aku sambung tidur.
Aku dengar petikan gitar dihujung panggilan. Kejap aku lekatkan telefon bimbit ke telinga. Alunan suara dan petikan gitar buat aku khayal dalam kantuk. Seminit lebih berlalu..

"Oii, tidow ke??"
"Tak.. aku dengar ni..."
"Hehehe, ok tak?"
"Kau call aku time macam ni sebab nak suruh aku dengar lagu kau ke apa?"
"Ye la.. Ok tak?"
"Ye,ok.."
"Hehe, aku teringat kat kau, so tetiba datang ilham. Tapi lagu ni bukan untuk kau eh.. Untuk dia..Hehehe.."
"Heleh, ye la.. Aku tau la.. Tapi kalau lagu untuk kesayangan kau tu kenapa suruh aku dengar nya?"
"Ye la, kalau kau kata ok, maknanya dia mesti suka kan.."
"Ha, elok sangat lah.. Lagu ilham aku lepas tu untuk dia.. Entah pape je..."
"Hahaha, memanglah.. Kau lah sumber ilham aku.. Kau kan pencinta setia.."
"Ha, perli la perli....."

Aku, dia.. Dalam kereta.

"Kau dah kenapa tak nak ikut kitorang pergi Sunway nya? Main ice skating,makan then balik lah.."
"Aku tak nak.."
"Cuba cakap kenapa yang tak nak sangatnya.. Selalu kau bukan main lagi kan kalau berjalan ni."
"Aku tak nak ingat lah tempat-tempat yang aku pernah pergi dengan dia.. Eiyy, kau jangan banyak tanya boleh tak?"

Dia diam sekejap.

"Kau ni benda macam tu pun nak ingat lagi ke? Habis sampai mati tak nak pergi?'
"Ha ah sampai mati, and sampai mati pun aku akan ingat!"

Dia diam. Aku diam.. Lama..
Tiba-tiba dia bersuara.

"Kau rasa-rasa, Aisha (bukan nama sebenar) akan ingat aku macam kau tak?"
"Ha?"
"Maksud aku, dia akan cinta aku macam kau cinta ex kau tak?"
Aku ketawa. Sungguh-sungguh ketawa. Kawan aku yang seorang ini cakap pasal cinta? Dah kenapa?
"Kau ni kenapa?"
"Gelak pulak dia.. Betol la.. Honestly kalau aku tak dengan Aisha, aku sudi nak buat kau bini aku. Aku tak rasa Aisha sayang aku macam kau sayang ex kau..."
"Kurang asam kau.. Jangan bandingkan macam tu. Kalau dia tahu, kecik hati dia.. Kau ni, berapa kali aku nak cakap.. Lagipun, sayang saja tak cukup... Tengoklah apa aku dapat dengan sayang aku tuh.. Nothing."
"Kau sendiri nampak Nina... Aku tahu kau orang semua pun nampak.. Tapi aku sayang dia.."
"Kalau sayang buat cara sayang.. Jangan buat silap.. Sabar la.."
"Aku takut sabar aku tak ada hasil macam sabar kau.."
"Yang tu kau kena percaya dengan jodoh. Kalau ada, ada la.. Yang penting kita dah berusaha. Kalau dah bukan jodoh dengan dia nak buat macam mana?"
"Kalau aku tak berjodoh dengan Aisha, kau lah jadi wife aku.."
"Hahaha, tak hingin aku.."
"Kenapa? Aku hensem apa.."
"Hahaha.. Perasan gila.. Aku tak nak orang kena reject macam kau.."
"Sial kau.. Kau pun kena reject jugak..Hahaha.."

Kurang asammm....

Meski aku kenal dia bukanlah berpuluh tahun lama, tapi aku kenal buruk baik dia. Dia, yang entah kenapa selalu bercerita tentang apa saja. Tapi dengan orang lain, diam pula seribu bahasa.

Terima kasih kerana percaya aku. Terima kasih datang dalam hidup dan terus disitu.
Aisha, aku harap satu hari nanti kau akan sedar kau bertuah punya dia.

Well, kalau aku kata persahabatan itu lagi indah, tak ada yang akan bantah. Kan?
:)



Dia kawan baik aku.
Tak lebih dan tak kurang.
Harap orang di sana faham.






Journey to the........

Salam.
Hari ini dengan sukacita dan senyum sampai telinganya nak update pasal our journey. Hamboi.. Journey lah sangat kan.

Seperti yang dirancang beberapa bulan yang lepas, kitorang nak pergi panjat bukit kan. And,and,and, semalam is the day! Sebenarnya masa hari Isnin tu kitorang keluar pergi Mid Valley. Masa tengah2 makan tu terus decide nak pergi malam tu jugak. So petang tu jugak lah pergi call kereta sewanya, kitorang balik dari Mid sampai kolej dah pukul sembilan malam. Lepas tu terus packing barang semua la..

Kitorang pergi Mid empat orang. Aku, ira, raff and Faiz. tapi pergi Broganya aku, Nurul, Ira and Faiz je. Raff memang tak nak pergi la kan tempat macam tu..

So, our journey begins...........
Pukul 12 malam ambek kereta. Sumpah abang kereta sewa kali ni cerewet nak mampus.. Rimas betol aku. Malas nak cerita. Lepas tu pergi mamak jap. Ira lapar. Then kitorang pergi PD dulu. Mak aihh, aku ingat dekat ja KL ke PD, rupanya jauh jugak..

Muka super excited kan? 

Ira dengan Nurul memang pantang nampak air. Aku baru je snap dua -tiga pic diorang dah jalan sampai hujung. Aku ni bab-bab air aku penakut sebab aku pernah hampir lemas kan. so, fobia tuh ada lagi.. Aku duduk-duduk and nyanyi-nyanyi je lah. Nyanyi? Ha, nasib baik tak hujan kan.

Sampai PD dalam pukul 3 lebih. Lepas lepak-lepak, bebudak ni main air sikit, nyanyi-nyanyi, gerak ke Broga sebab nak tengok sunrise. :)

Jalan nak masuk ke Broga sumpah menyeramkan. Macam tak jumpa penghujung. Sampaikan kitorang ingat kitorang dah salah jalan. Dah sampai tu disebabkan tempat dia gelap, kitorang tak nampak apa-apa. Ingat tak ada orang. Kitorang parking kereta dulu kat tempat cerah and kononnya nak tunggu sampai cerah sikit. Yang aku ni nak tengok sunrise. Aku dengan Nurul paksa jugak Faiz pergi tempat tu balik. Yang dia dok risau pasal tempat tu gelap sangat. Ira pulak senyap je dia sebab takut lalu jalan tadi. HAHA.

Ok, after a few minutes kitorang pergi balik. Kali ni apa-apa pun, kitorang nak panjat jugak. Nasib baik masa sampai nampak lampu kereta. Rupanya dah ramai pun yang daki. Cuma gelap tak nampak. Ok, kalau korang nak pergi please lah bawak torchlight. Kitorang ingatkan nak beli kat 7E, x ada pulak. Lepas tu lupa terus. Tak cari kat lain dah. Kitorang just berbekalkan lampu handphone je.. Berapa kali berhenti pun tak tahu lah. Lepas tu tak berani, tunggu orang yang ada torchlight. Nasib baik diorang tolong suluhkan. Masa nak naik tu tak payah cakap lah, meragas, menonggeng, segala 'me' lah. Penat tok sah cakap. Lagi satu, jangan pakai kasut licin. Ira kasut dia agak licin, banyak kali nak terjatuh.

Mula-mula tu sejuk tau, lepas pada tu hah, aku dah tanggal sweater. Berpeluh peluh. Ira pun dah tanggal cardigan. Nurul je berpanas sebab dia pakai sweater and pakai baju sexy. HAHA. Dah tak dapat bukak sweater, berpanas je. 

So, nanti tak payah pakai tebal-tebal. Memang lah pagi buta, tapi dah tak sejuk pun sebab berpeluh sakan.


Tengok, pic aku ni je yang elok sikit dan  yang ada tau. Itupun pic mencangkung tak senonoh.




Just one word can describe everything. SUBHANALLAH. Aku rasa macam aku tengah pegang sunrise tu. Dekat je rasa. Cantik sesangat bila dah sampai puncak. Hilang segala penat lelah. Aku asyik snap pic je.. Sebab aku yang bawak camera, maka pic aku tak banyak. Yang banyak pic diorang. Hess..

Aku rasa, kalau ada peluang aku nak panjat lagi!

Pukul 7 lebih kitorang turun. Turun sekejap je.. Tapi mencabar jugak la.. Bukit ni dia macam menjunam tau. So, memang mencabar lah nak naik dan nak turun.

Plan asalnya kitorang nak mandi kat Sungai Tekala tau. Tapi kitorang tak tahu jalan. Lepas tu dah terlepas simpang baru perasan. Tak ada rezeki kot nak pergi situ. Diorang ni nak mandi sungai jugak. So, kitorang pergi Hulu Yam je lah..


Aku sebenarnya bukanlah suka sangat mandi sungai. Aku kalau pergi sungai mesti suka duduk-duduk je dekat air mengalir tu. Tapi, si Faiz nih siram aku dengan air, tarik dalam air, aku dulu yang basah dari orang lain. Tapi lepas tu aku duduk-duduk je ambek pic. So, pic aku memang tak ada lah dalam ni. Seronok betul diorang nih mandi sungai. 

Lepas mandi mandi, kitorang pergi Ikea! Yeayy.. Kalau pergi Ikea mestilah idea aku kan. Wahh, craving betol aku dengan meatball..

Orang lain makan meatball  5 bijik je. Aku macam biasa, 5 bijik meatball without fries,without jam and gravy lebih. Yehhu.. Lepas tu dengan curry laksa dia. Curry laksa ni just ada weekdays je. Sedap! Ok, manalah aku tak macam tong drum kan. Nasib baik baik Faiz makan banyak jugak. Dia order sepuluh bijik meatball and sepinggan pasta. HAHA. Lepas tu tak habis. Aku pun dah tak larat nak habiskan. Waktu ni masing-masing dah memang penat gila tak tau nak cakap macam mana dah. Aku kononnya tak naklah tidur sebab kesian kat Faiz bawak kereta. Tapi aku terlelap jugak kat sebelah. Sehari semalam tak tidur. Dah la panjat bukit menjunam. Super duper tired. Si faiz lagi kesian. Kereta dah la manual. Kaki dia dah kejap ke atas, kebawah, kebawah ke atas. Ira memang dah lembik and sampai Makkah dah dia kat belakang. Nurul dari pot pet pot pet tetiba diam. 

By the way, thanks to Faiz sebab bawak kereta and teman kawan-kawan perempuan dia nih. Memang lah dia pun nak pergi, tapi bayangkan kalau kitorang pergi tak ada lelaki. Memang tak la der nak panjat bukit tu gelap-gelap kan..

Alhamdulillah, plan sem nih berjalan dengan baik. Even tak seperti yang dirancangkan, Allah punya rancangan is much better.. I'm so happy. :D

Sem depan plan pulak nak pergi Penang lah, nak pergi Melaka lah. Entah macam-macam lah nya.. Semester depan adalah semester akhir for us.. Sedih nak tinggal korang semua..

Aku ni macam tak ada exam je kan? Maklumlah start paper lambat. Ok, hati dah tenang dapat panjat bukit tu, lepas ni focus dengan dua paper.. Doakan aku yup! :D










Pick's E-day.

Ehem,ehem.. Assalamualaikum.. Rasa macam lama gila tak update. Nak cerita benda best nih. Haha.
Ok, last Friday aku dari kolej sensorang naik bas ke Jengka! For...... Pick's E-day. Kitorang tak jumpa lebih kurang 8 years dah tau! On that day, dia and abang dia ambek aku dekat stesen bas Bandar Pusat. Sumpah rindu gila. Then cari barang kejap, lepas pada tu pergi terminal bas semula ambek photographer from KL.

Aku tidur rumah Pick dua malam. Malam sebelum bertunang tu, kami pillow talk sampai pukul berapa pagi. Padahal esoknya dia nak bertunang. Gelak tetengah malam cerita balik kenangan kat Seri dulu.Well, it's such a good memory to remember. :)

Pagi esoknyya mandi dan bersiap. Pak andam datang pukul 10, kitorang sebelum tu sempat lagi keluar pergi cari daun sirih. Then teman Pick make up. Ok, actually sekali dengan aku make up. Nasib baik dalam pic tak nampak sangat. Hehe.

Hantaran Pick buat sendiri. Cantek sangat! Baju pulak abang dia design and tempah orang jahit. Make up dengan pelamin orang yang sama. Cantik kan pelamin dia.

E-day Pick memang meriah sangat. Macam orang nak kawen dah.

Oh ya, I meet new friend. Aishah and Ayum! Aishah is Pick's bestfriend masa study dulu and Ayum is junior photographer yang snap pic Pick. Ha, siap import photographer dari KL lagi Pick nih. Punya meriah. Padahal baru bertunang. HAHA.

Aishah ni baru aku jumpa hari Pick bertunang tapi dah cepat mesra, Ayum pulak padahal satu kereta je tapi mula-mula segan jugak. Last-last semua menggila.. Nice to meet both of you. And, thanx to Ayum sebab jumpa my loket yang tercicir hari tu. Aishah pun tolong cari jugak. 

Family Pick ramai sangat. Adik beradik dia sembilan orang. Semua layan aku sangat baik. Enjoy sangat. Thanx semua! Big thanx to Pick and his bro hantar sampai KL. :')

Now me kat Banting! Datang sorang tau ke Banting ni dari kolej. Wah, nampaknya aku semakin berdikari. Hehe.


Raya sangat best bila...


Hye semua.. :)

Ramai dah yang buat entry pasal raya but aku baru nak cerita hari ni. Gambar tak banyak sebab lupa nak bawak camera. Lepas tu sibuk sangat beraya sana sini and layan tetamu yang datang.

Ok, let's start with my first raya.

Kalau orang lain raya bangun awal-awal, aku macam biasa bangun waktu biasa. Haha. Kawan aku dah warning awal-awal suruh bersiap awal jangan dia datang baru nak mandi. Teruk benau anak dara nih. Then siap-siap mula dengan salam-salam semualah kan. Sayangnya pic tak elok sebab my phone kalau gelap pic x cantik. Dslr tertinggal. :(

Lepas je dah salam siapa yang ada, oh ya, aku raya rumah belah abah dulu sebab belah abah kami dah tak ada atuk and nenek. Since my uncle pun baru pulih, we spend time dengan dia lah. Family belah mak pulak, family Mak Long je tak balik. Memang meriah belah sana. Tapi sayang tak ada gambar dengan diorang sebab aku datang pun dah lewat petang.

First kitorang pergi rumah Tok Ngah. Beraya kat rumah dia dulu. Aku hadap karipap serunding dia sorang-sorang je. Masa nak balik tu kan, Tok Ngah perempuan peluk aku and cakap, "sepuluh ribu ni.." Aku macam loading sekejap then lama sikit baru faham. Hehe.

Dah balik tu aku, adik-adik, pak cik and mak su pergi raya rumah jiran. Sebenarnya aku jarang ikut orang beraya. This year bila aku beraya, makcik2 yang ada mesti macam, "Ni anak Din (My dad, dekat kampung orang panggil Din) ka?" "Ni yang sulung ke? Macam muka mak dia.." Ha, itulah kalau balik kampung.. Macam-macam lagilah kan. Harap faham lah.. ;p



Banyak buah rumah jugak kitorang pergi. Petang tu pulak, kawan aku datang rumah. Kawan baik aku masa sekolah kat kampung dulu. Lepas tu tiba-tiba buat kerja gila ajak pergi Jengka lain. And,and,and guess what? Aku dengan Cik Muspirah ni naik motor panas-panas pergi Jengka 4 and Jengka 7! Betul-betul kerja gila dengan tak pakai helmetnya. Dulu aku pernah duduk Jengka 4 tu, so aku pergi rumah kawan aku Ruby. Rindunya tempat lama tu.. Then pergi rumah kawan Mus kat Jengka 7. Yana nama dia. Tak sangka pulak dia kenal aku. Tapi aku ni jenis tak perasankan orang..


Lepas beraya sakan, kitorang pun balek..

Second day!

Aku ingat second day dah tak ada apa-apa dah, kalau raya pertama aku yang sibuk beraya, second day pulak aku yang sibuk layan tetamu. Thanx semua yang datang.. :)

And, yang paling best is, kawan aku Jannah, Lili and Muzammir datang! Yahhoo.. Happy sangat-sangat diorang datang.. Dah beraya rumaha aku, angkut aku pergi raya jengka 4 lagi. Dekat rumah Awatif pulak. Thanx tu Encek driver Muzammir yang hantar aku balik pulak. Haha, kena buli..

sayang jannah. xoxo. Haha.
Pic lain dekat handphone awatif.. Yang ada kat aku ini je.. Apapun, thanx korang.. :D

Malam pulak kawan aku Ruby datang. Oh ya, raya kedua tu is open house kat rumah belah mak. Buat nasik hujan panas. Kawan aku Ruby ni is my bff kat sekolah rendah dulu. Happy sangat-sangat dia datang sebab bawak dua orang anak dia! Ruby datang dengan family dia. Husband and anak dia sepasang. Ya Allah, comelnya anak dia.. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je dia hantar pic anak dia yang nombor dua tu waktu bersalin. Sekarang dah boleh berlari lari dah.. 

yang baju pink tu cousin aku.
Si Abang ni pandai je aku amek pic dia buat peace.
Kualiti gambar sangat menyakitkan hati kan?

Third raya still orang datang tak putus. Fourth raya YB pulak datang visit my uncle. Orang datang siang sampai ke malam. Thanx semua.. :)

Selamat hari raya!

Ok, lepas raya misi kuruskan badan pulak! K bai. :)
Raya sangat best bila kawan-kawan kita datang kan? :D