Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Journey to the........

Salam.
Hari ini dengan sukacita dan senyum sampai telinganya nak update pasal our journey. Hamboi.. Journey lah sangat kan.

Seperti yang dirancang beberapa bulan yang lepas, kitorang nak pergi panjat bukit kan. And,and,and, semalam is the day! Sebenarnya masa hari Isnin tu kitorang keluar pergi Mid Valley. Masa tengah2 makan tu terus decide nak pergi malam tu jugak. So petang tu jugak lah pergi call kereta sewanya, kitorang balik dari Mid sampai kolej dah pukul sembilan malam. Lepas tu terus packing barang semua la..

Kitorang pergi Mid empat orang. Aku, ira, raff and Faiz. tapi pergi Broganya aku, Nurul, Ira and Faiz je. Raff memang tak nak pergi la kan tempat macam tu..

So, our journey begins...........
Pukul 12 malam ambek kereta. Sumpah abang kereta sewa kali ni cerewet nak mampus.. Rimas betol aku. Malas nak cerita. Lepas tu pergi mamak jap. Ira lapar. Then kitorang pergi PD dulu. Mak aihh, aku ingat dekat ja KL ke PD, rupanya jauh jugak..

Muka super excited kan? 

Ira dengan Nurul memang pantang nampak air. Aku baru je snap dua -tiga pic diorang dah jalan sampai hujung. Aku ni bab-bab air aku penakut sebab aku pernah hampir lemas kan. so, fobia tuh ada lagi.. Aku duduk-duduk and nyanyi-nyanyi je lah. Nyanyi? Ha, nasib baik tak hujan kan.

Sampai PD dalam pukul 3 lebih. Lepas lepak-lepak, bebudak ni main air sikit, nyanyi-nyanyi, gerak ke Broga sebab nak tengok sunrise. :)

Jalan nak masuk ke Broga sumpah menyeramkan. Macam tak jumpa penghujung. Sampaikan kitorang ingat kitorang dah salah jalan. Dah sampai tu disebabkan tempat dia gelap, kitorang tak nampak apa-apa. Ingat tak ada orang. Kitorang parking kereta dulu kat tempat cerah and kononnya nak tunggu sampai cerah sikit. Yang aku ni nak tengok sunrise. Aku dengan Nurul paksa jugak Faiz pergi tempat tu balik. Yang dia dok risau pasal tempat tu gelap sangat. Ira pulak senyap je dia sebab takut lalu jalan tadi. HAHA.

Ok, after a few minutes kitorang pergi balik. Kali ni apa-apa pun, kitorang nak panjat jugak. Nasib baik masa sampai nampak lampu kereta. Rupanya dah ramai pun yang daki. Cuma gelap tak nampak. Ok, kalau korang nak pergi please lah bawak torchlight. Kitorang ingatkan nak beli kat 7E, x ada pulak. Lepas tu lupa terus. Tak cari kat lain dah. Kitorang just berbekalkan lampu handphone je.. Berapa kali berhenti pun tak tahu lah. Lepas tu tak berani, tunggu orang yang ada torchlight. Nasib baik diorang tolong suluhkan. Masa nak naik tu tak payah cakap lah, meragas, menonggeng, segala 'me' lah. Penat tok sah cakap. Lagi satu, jangan pakai kasut licin. Ira kasut dia agak licin, banyak kali nak terjatuh.

Mula-mula tu sejuk tau, lepas pada tu hah, aku dah tanggal sweater. Berpeluh peluh. Ira pun dah tanggal cardigan. Nurul je berpanas sebab dia pakai sweater and pakai baju sexy. HAHA. Dah tak dapat bukak sweater, berpanas je. 

So, nanti tak payah pakai tebal-tebal. Memang lah pagi buta, tapi dah tak sejuk pun sebab berpeluh sakan.


Tengok, pic aku ni je yang elok sikit dan  yang ada tau. Itupun pic mencangkung tak senonoh.




Just one word can describe everything. SUBHANALLAH. Aku rasa macam aku tengah pegang sunrise tu. Dekat je rasa. Cantik sesangat bila dah sampai puncak. Hilang segala penat lelah. Aku asyik snap pic je.. Sebab aku yang bawak camera, maka pic aku tak banyak. Yang banyak pic diorang. Hess..

Aku rasa, kalau ada peluang aku nak panjat lagi!

Pukul 7 lebih kitorang turun. Turun sekejap je.. Tapi mencabar jugak la.. Bukit ni dia macam menjunam tau. So, memang mencabar lah nak naik dan nak turun.

Plan asalnya kitorang nak mandi kat Sungai Tekala tau. Tapi kitorang tak tahu jalan. Lepas tu dah terlepas simpang baru perasan. Tak ada rezeki kot nak pergi situ. Diorang ni nak mandi sungai jugak. So, kitorang pergi Hulu Yam je lah..


Aku sebenarnya bukanlah suka sangat mandi sungai. Aku kalau pergi sungai mesti suka duduk-duduk je dekat air mengalir tu. Tapi, si Faiz nih siram aku dengan air, tarik dalam air, aku dulu yang basah dari orang lain. Tapi lepas tu aku duduk-duduk je ambek pic. So, pic aku memang tak ada lah dalam ni. Seronok betul diorang nih mandi sungai. 

Lepas mandi mandi, kitorang pergi Ikea! Yeayy.. Kalau pergi Ikea mestilah idea aku kan. Wahh, craving betol aku dengan meatball..

Orang lain makan meatball  5 bijik je. Aku macam biasa, 5 bijik meatball without fries,without jam and gravy lebih. Yehhu.. Lepas tu dengan curry laksa dia. Curry laksa ni just ada weekdays je. Sedap! Ok, manalah aku tak macam tong drum kan. Nasib baik baik Faiz makan banyak jugak. Dia order sepuluh bijik meatball and sepinggan pasta. HAHA. Lepas tu tak habis. Aku pun dah tak larat nak habiskan. Waktu ni masing-masing dah memang penat gila tak tau nak cakap macam mana dah. Aku kononnya tak naklah tidur sebab kesian kat Faiz bawak kereta. Tapi aku terlelap jugak kat sebelah. Sehari semalam tak tidur. Dah la panjat bukit menjunam. Super duper tired. Si faiz lagi kesian. Kereta dah la manual. Kaki dia dah kejap ke atas, kebawah, kebawah ke atas. Ira memang dah lembik and sampai Makkah dah dia kat belakang. Nurul dari pot pet pot pet tetiba diam. 

By the way, thanks to Faiz sebab bawak kereta and teman kawan-kawan perempuan dia nih. Memang lah dia pun nak pergi, tapi bayangkan kalau kitorang pergi tak ada lelaki. Memang tak la der nak panjat bukit tu gelap-gelap kan..

Alhamdulillah, plan sem nih berjalan dengan baik. Even tak seperti yang dirancangkan, Allah punya rancangan is much better.. I'm so happy. :D

Sem depan plan pulak nak pergi Penang lah, nak pergi Melaka lah. Entah macam-macam lah nya.. Semester depan adalah semester akhir for us.. Sedih nak tinggal korang semua..

Aku ni macam tak ada exam je kan? Maklumlah start paper lambat. Ok, hati dah tenang dapat panjat bukit tu, lepas ni focus dengan dua paper.. Doakan aku yup! :D










Minggu ini.


Monday, tunai janji dengan Si Faiz makan Dominos.Kitorang pergi 4 orang. Aku,Ira, Faiz and aku suruh Faiz bawak gf dia sekali. (Raff merajuk tak ajak dia. Padahal hari tu dia yg kata tak nak Dominos. Tak kenyang lah apalah..)

Yang hujung sekali belah kiri is my favorite! Faiz pun. Dah kena berebut dgn dia. Top secret punya sauce. Yummeyh!

Malam pulak ramai-ramai pergi pasang banner.


Nampak macam rendah je kan. Hakikatnya tinggi sangat! Aku pegangkan tangga terketar ketar tengok Faiz panjat.
Hope segalanya berjalan dengan lancar. Aamiin.
Haha, salah eja. Sepatutnya Darul Kifayah. Thanx kepada yang menderma! May Allah bless us. :)








Seoul Garden pulak!!

Salam. Hye..

Nak cerita pasal semalam. Aku, entah hape yang merasuk tiba-tiba ajak bebudak ni pergi berbuka kat Seoul Garden. Asalnya Zyra dengan Farhana pergi dengan budak claz dia. Aku dengan Ira kan memang dah lama nak makan kat Seoul Garden tu. Then petang tu jugak aku tanya siapa nak ikut. Dah cukup orang, aku call kereta sewa. Masa tu pukul 1. Kelas kitorang habis pukul 5. Sewa kereta pukul 5.30.

Aku mintak tolong Farhana reserved dulu tempat untuk kitorang. Tapi boleh orang tu tak bagi reserved ramai-ramai. Gilo ke apa. Tapi tak apalah, balik kelas, solat semua terus gerak. Waktu macam tu kan jalan jam, ingat sempat nak sampai and reserve? Memang tak la kan. So kitorang berbuka minum air je dulu and solat Maghrib. After tu kitorang pergi balek. Oh, lupa nak cakap. Kitorang pergi kat KL Festival City..

Nah, pic untuk korang. Tapi pic makanan tak banyak sebab kitorang dah makan mana ingat nak ambek gambar apa dah.Lepas makan baru lah sibuk nak ambek pic.

Disebabkan bulan Ramadhan tak ada package (boleh cam tu?). So kitorang kena satu kepala RM48. Macam-macam ada.. Memang rasa dalam drama Korea dah.

Mula-mula amek sorang sikit je. Lepas tu kang dok ulang-ulang. Lepas bangun-bangun..
Aku kononnya bercadang nak ambek prawn banyak-banyak. Tapi sebab TERlalu banyak benda lagi menarik, prawn pun dah x tertarik. Hoho~


Sedappp!!!




Aku ulang ambek ice cream sampai dua kali tau takk!! Haha.

Cuba kira ada berapa pinggan keliling aku tu. Wahahaha!

Us. :)

Meja kami terpisah... Tak pe lahh.. Si baju biru tu, Azman kuat gila makan! 

Ok, that's all. Bye. :)
Sorry la tak amek pic makanan banyak-banyak. Korang faham kan betapa laparnya kitorang sebab hampir pukul lapan baru betul-betul berbuka pasal orang dah penuh. Hehe.

Bagi aku makanan kat sini biasa je. Cuma lain. Err, ye ke biasa? Apsal aku rasa macam nak pergi lagi! Korean food dan makan Korean style. Memang style habess..

Lepas makan sampai pukul 10, kitorang pergi danau sampai pukul 1 pagi. Lepas tu ronda-ronda KL nak habiskan minyak. :agipun gate pukul 4 pagi baru bukak. Pukul 3 lebih semua dah terlentok. Gila kan? Padahal hari ni kelas pukul 8:30 pagi.

Ada dua perkara yang buat aku gembira. Makan dan berbelanja. ;p












Weekend dan rindu.

Saturday.

Aku tunggu bukan main lama tau x nak test seluar! Ramai gila orang. Dah la sorang nak try banyak gila. 
Nak kata sale sgt x jugak. Macam biasa je 50%. .
Aku beli jeans dua helai, cardigan dua helai, kasut sepasang and handbag kat jalan tar tuh.. Entah apa benda entah lagi aku beli. Sedar-sedar lesap RM300. Hee~

Kitorang iftar kat sini. Aku just ratah ikan keli bakar je. Minum air punyalah banyak sampai kenyang.

Bukan senang tau aku nak letak pic sememeh aku ni. Wakakak.. Lihat muka aku selebet gila. Pukul 10 lebih baru reti nak balek. 
Muka give up abes tunggu bus. Selebet oh!
Sunday aku dah cite kat sini. Pergi Mid valley plak dengan Cik Ira.

Ok bai. :)

Siang tadi Juna and Ejad whatsapp cakap nak datang KL.. Yahhoo..
Ejad keji gila send pic diorang iftar ramai-ramai yang aku x dapat join tu..
kalau lah fon aku ni boleh printscreen whatsapp diorang tuh!..
Kejam-kejam..!
Rindu kau jugak. Sobs. :'(
Sorry tau korang tak dapat iftar sama-sama.. Sayang semua.. Rindu,rindu,rindu!













Must Try: Black Canyon

Dah lama kan aku tak review pasal makanan. Actually, dah lama aku nak try kat Black Canyon ni. Adik aku dah try dulu dah. Tak habis-habis kata best. Jumaat lepas masa keluar shopping siket, adik aku ajak pergi makan kat situ. Black Canyon ni dalam East Coast Mall. Sebelah Big Apple.

Drinks.
Selain makanan Ala thai, steak pun ada gak.
Mine, Phuket paradise. belakang tu adik aku punya freeze lime.
Udon me pe benda entah.
Aku terpengaruh dengan drama Jepun yang Mei's butler tu. Nak jugak rasa benda alah ni. Sedap habaq ang.. Memang terbaik ah!

Udang dia besar-besar baq ang.. Fresh and empat ekor lagi.
Aku rasa memang aku akan datang lagi just sebab nak makan ni!
Pe benda entah adik aku order ni.
Mula-mula sampai aku macam, ape benda la adik aku order ni. Aku pun lupa dah tajuk dia apa. Haha. Tapi rasa dia memang mavelous! Adik aku makan sampai licin kot. Memang sedap la.

Service cepat, mesra semua lah. Nanti aku nak try sandwich dia pulak sebab aku tengok ramai chinese order sandwich dia. Malay lak biasa la yang pedas-pedas. Memang sedap and boleh try ok!










Splendid Sunday .

Mula-mula pergi Mega dulu. Adik aku nak beli kain pasang. so pergi Nagoya dulu. Nampak sale kat Vincci!
Aku nak sandle merah yang bawah tu. Tali-tali tu. Tapi.... Tapi tak de wang. Hehe. Lepas tu pergi ECM. Excited aku nampak penimbang kena bayar empat posen ni. Sekali,
Nampak benor lah kan menipunye berat aku 21.7 kg. Benci betoi. 
Cheese choc and choclate lava.

Hari tu aku teringin gile nak makan John King's ni. Aku nak rasa yang choclate lava, sekali ada sorang Chinese ni beli semua. Pergh, then hari ni dapat jugak. Adik aku belanja ni. Tak sedap pun.. Aku makan segigit je dua-dua ni.
Abaikan tudung aku yg senget benget tuh.

Oh my,oh my, dah lama tinggal coklat. :(
After masuk carefour, pergi makan. Kitorang terasa nak makan western food. Restaurant dalam ECM bukan banyak pun. Pusing-pusing, last-last pergi Noodle Station je.

Disebabkan adik aku yang belanja, kena letak la jugak pic dia. Wahaha~

Ni aku punya. Butter pe benda entah.
Ni adik aku punya. Err, herb2 cam tu la. Dia kan nak kurus sangat.

Aku tak makan fries.Membazir kan.
Kasut aku rosak. Huwaa....
Cantek tak? Hehe.

Persamaan nya adalah gigi kami yg x rata. Err, nak pakai braces boleh?









Selamat Hari Kejadian.



Happy Birthday my bestfriend. 

************************
Kawan aku ini orang yang kuat. Dugaan hidup dia tak sehebat dugaan hidup aku. Satu kesilapan saja, buat dia jadi diri dia yang sekarang. Buat dia jadi orang yang kuat mental fizikal. Buat dia jadi orang yang semakin baik. 

Semoga apa yang kita lalui hari ini, menjadi satu hikmah indah yang tiada terperi. Sayang kau sengal. :)


Aku belajar sesuatu kebelakangan ini,
bahagia yang dibina atas air mata orang lain,
adalah kebahagiaan sementara.
Selebihnya, akan merana.

Ya Allah, ampunkan aku.
Ampunkan kami.
Kami manusia biasa yang selalu berbuat khilaf.

Manusia -manusia  yang pernah aku berbuat salah,
Maafkan aku.
Aku tak mahu mati dalam hutang.