Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

That moment

So.. from KL to Jengka for Syazani's E-day last Sunday.. Alang-alang tu terus tinggal ruman Wan sampai Raya Haji je lah..




Kawan sekolah rendah ni. Zaman hingus belum habis kering. Kenduri dia makan sedap. Ikan patin masak tempoyak kot.. My favo! Ohemji.. Tak dua ketul pulak aku sebat. Orang lain bertunang tapi tengok lah siapa yang beria. Yang kawan aku Si Mus tu siap dengan pakai benda alah tu, si Wawa dengan macam princess ha.. HAHA..They so funny. Make fun sangatss.. Snap pic tok sah  cite lah kan.. Memacam.. Happy!:D

Congrats Syazani!

My Raya.

Raya haji tahun ini sangat happy sebab mak su and cik bell ada.. Pak Teh and family pun balek. So rumah sangat gegak gempita. Sampai tak tahu nak tidur mana.. Wan tempah lemang. Tok buat ketupat. Dua-dua favo kuh.(Apa je yang tak favo kan). Pagi  tu aku dah makan ketupat cicah rendang for breakfast, pastu makan laksa,pergi raya rumah Cik Nab makan nasik minyak pulak. Habis je nasik minyak dalam pinggan Mus whatsapp kata nak datang. So cecepat balek. Dah makan aku ikut diorang raya rumah Aini. Makan macaroni goreng pulak. Air tebu lagi.. First time aku pergi raya orang hidang air tebu. Bapak sedap. Then memula nak pergi Jengka 7 rumah Yana tapi dia belom siap masak, so kitorang pergi rumah Lia.. Syazani and Mus tak kenal pun Lia ni. Sebab Lia kawan aku masa kat Seri. Tapi diorang okey.Boleh buat kawan. Hehe..Kat rumah Lia makan nasik minyak lagi. Mak Lia punya nasik minyak sapeje nak tolak.


Ni bestpreng kite masa dari zaman hingos berselipat.



The end of our short love story.

Lama aku ambil masa untuk menulis fasal ini. Bimbang kalau-kalau setiap patah yang bakal aku luah lukakan mana-mana hati. Tapi jenuh juga aku nak jawap bila orang tanya pasal kami. Honestly, our relationship dah the end. Maaf untuk semua yang mendoakan bahagia. Maaf mengecewakan semua yang baru berkongsi rasa bahagia ini.

Kenapa? Apa dah jadi.

Biarlah aku kata memang tak ada jodoh. So many things happen yang tak dapat aku nak kongsi. Aku tak mahu hanya kerana satu silap dia, buat aku lupa sembilan puluh sembilan lagi baik dia. Dan kerana aku juga ada silap aku.

Terima kasih untuk segala bahagia yang dia pinjamkan untuk aku selama setahun lebih ini. Sebagai kawan dulu, dia tidak pernah mengecewakan. Lelaki terbaik pernah aku ada. Mana mungkin aku lupa orang yang selalu buat aku senyum dan ketawa. Orang yang menghiburkan aku bila aku duka nangis fasal entah apa-apa. 

Berkawan tak sama macam masa bercinta. Even masa bercinta sekejap itupun dia sangat beri aku bahagia. Malah dia lelaki yang berjaya buat aku lupa kekasih enam tahun itu. 

Yang menyanyi untuk aku.
Yang petik gitar untuk aku.
Yang menangis untuk aku.
Yang melukis untuk aku.
Yang berjaga untuk aku.
Dia.

Tapi, dia juga lelaki. Dia juga buat kesilapan. Cuma aku tak mahu menulis fasal silap itu. I don't want to talk bad about him. 

Untuk pengganti aku nanti, tolong jaga dia baik-baik. Aku tak tahu siapa dan bila cuma aku mahu pesan,

- Dia nampak macam happy tak ada apa-apa tapi sebenarnya dalam hati dia dan diri dia bukanlah begitu kuat. Dia mudah goyah.

- Kalau awak tahu kelemahan dia, jangan keep teasing him sebab dia akan rasa rendah diri. (That's what I always did, keep teasing him)

- Kalau dia kata dia lapar, cepat-cepat temankan dia. Selain dia ada gastrik, dia sebenarnya bosan. 

- Dia suka makan berteman bukan sebab dia biasa berteman tapi sebab dia tak biasa berteman. Dia selalu makan sorang bila kat rumah sebab tu slain dekat rumah, he need friends untuk teman dia makan.

- Dia makan bersepah, dia tak makan telur kuning. Kalau telur kuning cair, cepat-cepat ambek jangan bagi dia nampak sebab dia geli.

- Dia tak pandai order makanan kalau kat tempat tak biasa dia pergi. Kalau menu baru, pilihkan something yang ada nasik dan ayam. He will like it.

- Kalau dia merajuk, jangan biar dia. Keep texting and or keep calling his name. Dia akan tak layan sekejap lepas tu dia akan okey.

- Dia ada satu sifat which is kalau dia geram dia suka hentak meja or tutup pintu kuat. (Kalau dia bengang sangat tapi dia cuba tahan baran dia.) 

- Please ingat ini, aku selalu risau kalau dia bawak kereta malam sebab ibu dia pernah cakap mata dia kalau malam tak nampak sangat. Please ingatkan dia always careful kalau drive malam-malam.

- If he request you something, try to fulfill it sebab kadang-kadang kalau dia kata tak apa sebenarnya dia kisah. Bukan kadang-kadang, selalunya.

- Dia ada ramai kawan perempuan. Dia akan layan kawan more than you maybe. Kalau tak tahan, jangan jebakkan diri. Sebab itu kelemahan dia. Dia akan lebihkan kawan. 

-Kadang-kadang dia lupa apa yang dia janji, tapi apa yang kita janji dengan dia memang sampai sudah dia akan ingat.

- Don't make he feel like dia macam tak diperlukan. Sebab dia sangat cepat berkecil hati. :)

Itu je lah kot. Banyak tapi cukuplah setakat ni.

For you,
Jaga diri, jaga hati sendiri dan hati orang lain. Belajar jadi bijak buat keputusan. Don't repeat your mistake. I'll forget you. I'll forget us. But I'll never forget what you've done to me. All the joy and pain, I'll remember till my last breathe. 

I love you my lil bro.
I love you my bestfriend.
I love you my namja.
Take care.

Thanks for everything......:)
Hidup baik baik.
Selamat tinggal. 


Apa yang best sangat dengan Hlovate tu?

Kecintaan aku pada karya Hlovate ni bermula dari.... ermm.. dari Syida! Kawan aku masa kat Seri dulu. Masa tu kalau Jemari Seni punya writer, aku suka karya Syud. Semua Syud punya novel aku ada. 

Hlovate, bagi peminat novel dia, mesti nak tahu dia ni sapa kan. Memang tak ada orang tahu la.. Just tahu dia ni student medic kat oversea. Tak tahu lah dah balik Malaysia ke belum.

Bagi aku, novel dia ada semua rencah. Bukan novel jiwang tak tentu arah. 

Novel yang aku beli ni cetakan ke dua belas  okeh. DUA BELAS! Lama tak lama novel ni boleh aku ketinggalan. Ye lah, aku kan dah lama jugak berhenti baca novel. 

Aku dah baca Versus, Tunas, Rooftop Rant, sekarang on the way 5 Tahun 5 Bulan pasal baru dapat tadi. Arma pergi Jemari Seni dan tolong belikan untuk aku dua bijik tu (5 Tahun 5 Bulan and Aa+Bb). Terima kasih Arma! Hantar dalam hujan tadi dia..

Versus.
Dalam Versus kau akan masuk dunia budak skates. Macam mana kau nak tinggalkan benda yang tak berapa baik untuk kau tapi kau suka amat dengan benda tu. Kau belajar macam mana daripada terpaksa, menjadi rela dan bertukar akhirnya kepada redha. 

Dalam Versus aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk jadi manusia yang lebih baik sebab aku tengok orang tu baik. Yang untuk duduk selayak dengan orang yang baik tu, kau belajar jadi baik.

Tunas
Tunas buat aku rindukan Seri teramat. Serius tak tipu. Dan segala kerja gila yang diorang buat dekat hostel tu memang tak gila bagi bebudak hostel. Aku rindu senior. Aku rindu crush. Aku rindu segala kenakalan dan kedegilan kami. 

Tunas ajar aku jadi perindu. Rindu pada kawan-kawan yang gila. Rindu pada indahnya dunia remaja.

Rooftop Rant.
Apa aku boleh kata pada karya Hlovate yang ini ya.. Berubah. Perubahan. 

Lepak atas rooftop sebab skip tuisyen dan TER jumpa someone yang tiba-tiba dapat kongsi rasa dengan kita memang coolio kan. Tiba-tiba rasa nak cari rooftop. Mana tahu dapat jumpa orang macam 'Jade' dan art kan segala cerita. :)

5 Tahun 5 Bulan.
Sebenarnya aku ada baca sikit dekat blogdrive Hlovate tapi tak perfect la cerita dia. Dan sebab itulah juga aku macam orang gila cari novel ni.. Mana ada dah kat Popular tu... Setakat ini aku suka semua fasal novel ini kecuali nama watak hero. Heh, HAHA....

Tak boleh nak review lagi sebab tak habis baca lagi...


Please...........

Masa tu lepak dekat The Curve. Our last met may be. Sebelum ni aku sorok lighter dia. Pernah jugak dia tertinggal lighter dalam kereta tapi aku tak bagi dia patah balik. So after makan dia macam orang gila cari lighter.  Dalam kereta merokok, sebelum makan merokok, lepas makan merokok. Nak masuk kereta merokok. Then sampai balik terlupa nak pulang balik. Nasib baik tinggal sebatang je..But kali ni aku ambik rokok dia terus simpan dalam beg aku. Ambek kau.

So I wrote a note dekat rokok tu. Tak sempat nak bagi. Aku wechat je. I really hope 1 day dia akan stop smoke.

Dua hari lepas aku keluar minum dengan kawan lelaki aku. My old friend. Memang dah lama gila tak jumpa dia. Last sembilan tahun lepas. Dia datang office ambek aku then kitorang pergi minum kat kopitiam. Bila dia keluar je rokok automatik tangan aku tarik the rokok and the lighter. Arghh, I can't control myself. Then tetiba tersedar, alamak, ni bukan Faz. So I give him back benda alah tu. Lepas tu dia ketawa. Hee..

Happy belated birthday Megat Farzurein. Hari tu kau call aku tengah kerja.. Tapi malam birthday aku wish kan... :D Aku tahu ada masa kau baca blog ni kan.. Sekarang busy dengan bisnes. Good luck. Janji nak datang sini bawak Faiz sekali kan.. Nanti kita pergi TC eh.. Kau kan suka sangat TC tu.. Rindu korang...... :")


Tak tahu macam mana kalau tak ada mereka ini. Kalau boring kat tempat kerja sebab selalu Ahad kerja sorang-sorang, Faiz akan call berjam jam teman aku buat kerja. Faiz yang akan kejut bangun pagi dan akan wish morning. Kalau dia kata rindu, aku laaaa...gi rindu gila.. Uii, nak nangis ghindu..


Bad girl, nice guy. :)

Semalam saya dan dua orang lagi kawan saya telah bertolak ke Semenyih dengan menaiki kereta sewa. Selepas paper Law, kami tidur sebentar dan ambil kereta pada pukul satu tengah hari. Disebabkan kami sewa setengah hari, maka kami harus pulangkan semula pada jam satu pagi.

Selepas pulang semula dari Semenyih dan puas bergomol dengan Adam, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur. Sisa masa yang ada kami ke TS, karok dan ke danau.

Bermulalah penggembaraan kami............
Penggembaraan kepala hangguk! Kitorang terpaksa berani mati panjat tembok tinggi untuk masuk ke hostel kerana gate kunci pukul 12 malam ye.. Sebelum itu sempat lagi saya bergaduh dengan kawan lelaki saya. Jadi saya geram dengan dia, saya dan kawan-kawan tekad panjat tanpa sebarang bantuan dari beliau. Huh!

Tiga orang spiderwomen tadi memulakan langkah-langkah memanjat. Pinjam-tak-bagi-tahu abang kedai tu kerusi dia, letak slow-slow kat tepi tembok, dan saya orang pertama panjat the tembok. Saya panjat kerusi, saya pijak paku yang ada. Paku tu dipaku seperti tangga untuk pijak. (Saya tak tahu kenapa paku tu ada kat situ. ) Bila dah sampai atas, saya bajet untuk turun. Saya ingat kaki saya sampai, tapi rupanya tembok tu memang tinggi dan saya terpaksa terjun dengan gaya spiderwomen. Hasilnya, pergelangan bahu saya masih sakit sampai ke hari ini. Lengan saya luka tergeser dan calar di badan. 

Saya dah selamat sampai tapi tiba-tiba ada abang yang kami pinjam kerusi tak bagi tahu tu tegur Ira dengan Nurul. Nak tolong katanya. Dia ingat kami nak keluar. Padahal nak masuk. Dia siap nak ambikkan tangga. HAHA. Tak payah la bang.. Tak mencabar. Saya tak nampak apa yang berlaku, saya hanya dengar perbualan tu sebab tembok yang memisahkan kami. Next is giliran Ira. Dia panjat lepas tu tunggu lama atas tembok sebab fikir cara paling selamat untuk dia mendarat. HAHA. She's so funny. And last, Nurul. Ok, done.

Dah bertahun-tahun saya tak buat kerja gila seperti ini. Sudahlah buat perangai pada usia begini. Bila nak matang ni..?


Tapi kami masih impikan lelaki begini. HAHA. Pigi da... Jangan mimpilah kan..... ;)



Guess what? Beliau akan datang Malaysia bulan enam ni! MELTING!


Crush.

"Macam mana kalau kita memang tunggu orang tu, lepas tu dia pulak memang muncul depan kita. Atau kita tiba-tiba terada peluang nak dekat dengan dia? Rasa-rasa tu jodoh ke?" - Dia-

"Macam mana pulak kalau kita pernah la suka kat dia, lepas tu terpisah lama. Lepas tu dia datang cari kita. Tapi dia berpunya. Itu memang tak berjodoh ke?' -Aku-

*******************
Siapa boleh lupa orang pertama bagi bunga dekat kita. Bunga plastik sembur minyak wangi bau dia. Kita simpan lama dalam locker.

Siapa lupa orang yang curi gambar kita dekat sidang redaksi lepas tu tunjuk dekat satu aspura tu? Gambar kita size 4R tu sampai cikgu tanya kita, kita pun tak tahu nak jawap apa.

Siapa lupa ada orang tu pesan suruh tengok dia berlatih kawad petang-petang dan kita panas-panas curi tengok dia. Tak nak bagi dia nampak sebab kita malu.

Siapa lupa orang bagi kita stoking pink converse. Berkerut kerut dahi kita dapat hadiah macam tu. Tapi kita suka pakai. Selesa.

Siapa lupa orang yang selalu kirim salam kat kita tapi depan-depan nak tegur pun malu sampai merah muka. Kulit dia yang putih tu selalu merah-merah bila bertembung dengan kita.

Kita tak pernah lupa lansung pun. Cuma bila dewasa dan ada peluang berkawan semula, kita sengaja tak mengaku dan buat-buat lupa. Kita nak awak yang cerita dan ingat semula. Kenangan berharga waktu zaman muda belia. HAHA.

Oh myyyyy, sejak jumpa awak semula, saya rindukan sekolah kita. Sepanjang malam bercakap pasal kenangan tu buat saya rindukan semua. 


Baru teringat dulu pun saya ada crush.
Tapi dah tua-tua ni nak crush apa lagi.
Buat gelak dek orang ja..

jahat dia buat aku rindu!



Terbaik untukku...


Adik-adik saya.

Sejak kawan dengan Faiz dan Faz, aku dengan Ira keluar selalu ada bodyguard. Selain dari suka berjalan dan bawak kami berjalan, Faz selalu jadi tukang komen baju atau apa-apa yang nak beli, Faiz jadi tukang pegang barang aku atau tukang tunggu Ira kalau Ira tertinggal dekat belakang. Faiz kalau ikutkan bukan jenis suka pergi shopping. Kalau lambat dia tarik muka atau buat lembik lutut, sebab itu kalau rasa nak shopping malas ajak dia. Tapi dia nak jugak ikut sebab dia kata nanti bosan. Pishang dekat bilik.

Faz ok. Selalunya kalau keluar, aku yang kata nak beli apa-apa tapi dia yang pegang dua tiga plastik bag dah. Dia memang pantang nampak apa-apa tambah-tambah perfume. Lepas tu aku dengan Ira akan jadi tukang bau perfume dia sampai pening kepala. Penyudahnya dari geleng angguk jadi angguk semua.

Ira selalu senyap dalam kereta. Ira memang tak banyak cakap orang dia, jadi Faz suka usik cakap macam ni bagi Ira bersuara, " Bam, (nickname Ira) , kau suka Faiz ye bam." Bila usik macam tu baru Ira jawap untuk protect diri. Faz lagi nak usik dia akan cakap, "Ke, kau suka aku..." Lucu tengok Ira cuba protect diri dia. Kemudian kami semua ketawakan situasi tu. :)

Sabtu lepas kami pergi SOGO. For the first time untuk Faz dia naik kenderaan awam iaitu BAS, sebab kereta dia hantar bengkel. Muncung je mulut. Untuk Megat Farzurein, selamat datang kedunia kami. Dunia orang biasa yang kemana-mana dengan kenderaan awam ni... HAHA..

Masa naik bas, Faz cepat-cepat cari tempat duduk yang dekat dengan aircond, lepas tu ada bangla duduk sebelah dia, faiz kat sebelah aku dah bisik, "Faz jumpa abang sedara dia. " 

Setiap kali kami luangkan masa bersama, aku selalu terlupa aku pernah sedih atau kecewa atau apa-apa saja. Mood baik aku akan turn on. Dan dengan mereka ini kadang kala aku hilang tatasusila sebagai perempuan bila gelak tak ingat dunia. Faiz always make joke. Itu salah satu sebab aku selesa kawan dengan dia. Ada je yang buat aku marah then gelak. Faz pun sama. Ada je yang nak jadi bahan mainan atau bahan lawak. Ira walaupun bukan jenis banyak bercakap, tengok dia ketawa aku pun bahagia.

Aku akan rindu korang. Akan selalu. :)












Meatball RM2 untuk 10 bijik yang lalu..








Kalau orang tanya apa yang sedap sangat dengan meatball ni, aku pun tak tahu nak jawap. Yang aku tahu aku boleh makan sepuluh bijik dengan licin. Aku tak makan fries, makanya perut aku ada banyak ruang untuk meatball. Even diganti dengan potato tu, aku tak makan pun.. On that day, aku beli 20 bijik, Ira 20 bijik, Megat 40 bijik. Hambekkk!! Dah la beli chicken wing lagi..

Kitorang tengok semua orang bawak tupperware, makanya Megat masuk Ikea beli tupperware. Bawak balik sepuluh bijik, esoknya siap boleh breakfast dengan meatball..

"Senang je nak buat kau happy rupanya.. Bawak pergi meatball je. Senyum sampai telinga."

Ya, that's me! HAHA

Entry yang nak simpan sampai tua. :)

Selepas sebulan tak ada weekend. Selepas sebulan terkejar-kejar. Hari ni, selepas our business plan dah di submit, maka terlepas lah satu beban untuk semester lima ni.....

Sebulan busy, dan tiga hari tak tidur malam. Tidur, tapi tidur sejam dua waktu pagi. Itu pun curi-curi masa. 

Bermula Jumaat, 15 March 2013.
Bukanlah bermula Jumaat sebenarnya, sebelum tu lagi hidup aku dah huru hara dengan BP ni. 

Dugaan demi dugaan kot. Mula-mula duit viva kitorang hilang. Kena curi dekat surau! Bayangkanlah dekat surau! Lepas tu aku pulak belum jumpa packaging. Dan, big thanks untuk Megat sebab cari my packaging sampai jumpa. Kalau dia perempuan, dah lama aku peluk sebab masa tu aku memang dah pasrah gila dah dengan packaging. 

Dia boleh suruh aku turun lepas tu buat muka sedih, 
"Sorry Nyna, aku tak jumpalah..."
Aku masa tu macam, hmm, tak apalah aku boleh cari inisiatif lain. Sekali dia bukak pintu belakang kereta then, 
"Jeng.. Jeng..." Dia keluarkan packaging. Arghh! Aku dah la banyak kerja tak settle, dia boleh main jeng jeng pulak kan.. Apapun, memang terima kasih banyak-banyak carikan benda alah tu! :)
Benda penting kot. Then, petang tu ekyn pulak call kata tertinggal bun kitorang. Aku terus turun pergi cari. Ya Allah, penatnya Tuhan saja yang tahu.

Jumaat malam kitorang kena siapkan mana yang tak siap sebab esoknya nak viva. Makanya, bermulalah perkampungan dari surau sampailah dekat bilik aku. Jannah and Fatin buat kerja kat bilik aku sampai siang tu. Kitorang lansung tak tidur. Boleh bayangkan tak sedangkan esoknya kitorang ada viva. 

Thanks to Zack belikan roti canai hantar kat aku pukul 4 pagi. Hee. ;p

Sabtu , 16 March 2013.
Dari jumaat tu tak tidur, terus buat burger kitorang untuk viva. Masak-masak apa semualah. Maka selesailah viva kami yang sepatutnya mula pukul 11:30 pagi sampai 12:30 tengah hari tapi start pukul 1 tengah hari nak dekat pukul dua dan berakhir pukul 4. Haa.. Engko nampak tak betapa lamanya kitorang viva? Everything  okey kecuali bahagian finance. Alhamdulillah, me as marketing manager semuanya ok. Sumpah aku risau sales forecast aku, but Alhamdulillah again, betul.. :)

Lepas viva aku dengan Ekyn masak pulak. Ekyn masak spageti then aku buatkan burger kitorang. Makan ramai-ramai. Lepas kemas-kemas, (Diorang dah tertidur dah, penat sangat) aku termenung then terlelap sekejap.
Malam dalam pukul 9 pulak kitorang ada dinner OMSA. Lepas OMSA, Faiz text tanya nak overnight tak. Ira memang dari awal ajak aku overnight. 11:30 malam kitorang keluar dari hostel pergi overnight. Aku, Ira, Jannah, Faiz, Raff and Megat. Mula-mula nak pergi karok kat Sri Gombak tapi full. Then pergi Superstar kat Wangsa Walk. Karok 3 jam. Then konon nak pergi makan satey kajang. Pergi Kajang sia-sia. Satey apa pukul 3 pagi?? Then nak lepak Putrajaya pun dah tutup. Dalam dok pusing-pusing, aku, Jannah, and Ira dah terlentok. Sedar-sedar dah sampai NZ kat KLCC.

Kat situ bersepah orang mabuk, kitorang mamai-mamai baru bangun tidur kang orang ingat mabuk gak. Mujur pakai tudung. Amendalah Raff suka sangat lepak situ. Penuh manusia runtuh akhlak. Ada cina tu mabuk mujur tak jatuh kat aku. Aku tahu diorang ni, rindu zaman clubbing lettew.. Mujur memasing dah insaf.


Ahad, 17 March 2013
Even viva dah lepas, BP belum hantar. Isnin is last date. So sekali lagi pakat-pakat berkampung kat bilik aku. Kali ni sekali dengan group Ira datang berkampung. Dari petang sampai pagi ni, Isnin, 18 March kitorang buat BP. Disebabkan our finance tak balance-balance, maka kami terlambat hantar BP. Dan macam sebelum ni, kitorang tak tidur.

Isnin. Today.

Hantar BP dah lewat. Sepatutnya pukul 10 pagi, 10 lebih baru hantar.. Lepas satu beban. Selebihnya tawakal je lah.. :)

***************************************************
Thanks Nurul ajarkan Financial Manager kitorang account.Thanks Ira share information dengan aku.Thanks to our bos, Faridzul, and all managers, Fatin, Ekyn, and Jannah.Thanks to Zack hantar roti canai pukul 4 pagi.Thanks to Megat carikan packaging sampai jumpa.Thanks bebudak bilik yang layan tetamu-tetamu saya.

Budak bilik aku asyik-asyik,
"ETR, pulangkan Kak Nina saya.."
HAHA, aku selalu tak ada kat bilik dan aku, bila buat kerja serius. Kesian diorang. Now, I'm back.

Thanks to semua lah. :)


Harap Meatballs Ikea tak ada DNA kuda

Sabtu, lepas test dan kelas.


Pergi karok tapi macam biasa kalau pergi ada lelaki aku memang tak nyanyi. Lepas karok tak tahu nak pergi mana. Megat bawak kereta terus je. Tengok-tengok dah sampai Putrajaya. Kalau orang kata kat Putrajaya tu apa je ada. Tapi bagi aku tempat tu tenang. Tenang nampak budak-budak berlari dekat dataran depan masjid. Siap beli bubbles and main mengalahkan budak kecik.

Nampak family datang bawak anak comel-comel main mulalah masing masing buat ayat,
"Kalau aku ada anak nanti...."
Berangan lebih masing-masing.

Ahad lepas bertemu Syakira yang dah lama tak jumpa. I miss her so much! Tapi tak teringat nak ambek pic dengan dia. Sibuk bergosip je..

Habis bergosip aku ajak diorang keluar. Sebenarnya pergi The Curve nak makan meatballs. Tapi...
Sedih,hampa dan speechless. Faiz pulak senyum sampai telinga sebab dia tak suka meatballs. Menyampah.
Then kitorang cari makan. Last2 makan kat Thai express. Faiz gastrik dah tak larat nak pusing cari makan lagi. Ok la makanan kat situ. Ada yang sedap ada yang hampeh.Tak ambek gambar sebab lapar. Kitorang lunch pukul 5!
Lepas makan tengok wayang cerita Rock Oo Rimba Bara Kembali. 8/10 bintang. Best. Pergilah tengok. Faiz yang tak tengok cite Melayu tu layan je aku tengok kat sebelah. Habis movie lepak pulak kat Chocolate . lepak situ sebab nak temgok live band kay Asam pedas tu. 
Lepak sampai tengah malam. Megat pergi ambek duet kat mamak dia dulu. Tu yang lagi lambat. Sampai hostel gate dah tutup. Mujur pank guard ada.


Seni lipas.

Hari ni kami ada mock interview. While waiting. Ini aktiviti nya.

Hasil seni aku untuk Faiz.

 Hasil seni Faiz untuk Ira. Dapat jam youu.. Haha.

Hasil seni Faiz kat aku dah padam. Hasil seni Ira kat Faiz lagi cantik. Ada kucing tapi tak sempat nak snap. Hasil seni aku untuk Faz pulak jam couple. Jam  couple dengan Ira. Hahaha.. Tapi tak snap jugak.


Budak ni kalau depan awek punyalah macho kan. Tapi bagi lipas tengok. Hah, hilang macho tu..
Sebenarnya aku cuba faham bila dia geli dengan lipas. Dia kata sebab lipas selalu keluar dari lubang jamban sebab tu dia geli. Tapi! Meh aku cite.

Malam bila aku tak ingat dah, kitorang makan kat luar. Masa dalam kereta tiba-tiba ada anak lipas. Kecik cenonet je pun.. Dia bantai bukak pintu kereta. Ok,kereta tengah bergerak kat tengah jalan and dia bukak pintu kereta! Melampau woii tahap geli lipas dia tu.. 

Tak pelik laki takut/geli lipas. Aku ada kawan lelaki, ehemmm, kawan lelaki masa sekolah dulu, dia punya geli dengan lipas, dia boleh berdiri atas meja kat dewan makan. Tapi lelaki macam ni memang pembersih. Yes, mamat dua orang yang aku kenal ni memang sangat pembersih. 

Letihnya badan tak berehat.Start esok memang dah start pecah kepala. I hate short sem! Ya Allah, tolong permudahkan segalanya... 

Kelapa muda.

Mak aku saja suruh diorang ambek kelapa muda belakang rumah..



Ok lah, tak boleh gelak dekat diorang sebab tak pandai kupas kelapa. Aku sendiri pun tak pandai. Lawak gila tengok diorang cuba tebuk kelapa tu tapi tak boleh sebab buang yang kepala. Sepatutnya kat bontot kelapa tu. Kihkih.


Akhirnya,sah menjadi milik...

Entry yang dikepam beberapa hari. Tak dapat nak update sebab wifi membangangkan diri.

Ok dah, tak nak cerita panjang. Upload pic sikit ja..



Masa akad nikah Pick pakai colour yellow + white.
Cantek sangat baju tu..

Then masa bersanding baju yang yellow+black tu..

Pick ni peminat kipas mati Dato' Siti. Baju dia pun dah macam Muara Hati dah aku tengok.
Dari hari tu nak merak bagai. Ingatkan main-main, sekali memang merak sungguh baju dia..

Masa nak tunggu akad nikah,aku dengan Pick tau dalam bilik.
Rasa aku pulak ha yang berdebar. Dia tak yah cakap lah.
Tapi sempat lagi buat lawak..

Sebenarnya scene paling aku suka masa wedding is sebelum akad nikah,
lelaki kena baca macam perjanjian tu. (apa eh orang panggil??)
Bila dengar betul-betul sebak.
Sebak sebab bila teringat pasangan yang bercerai,
dia ingat tak apa yang dia baca masa sebelum akad nikah tu.
Perjanjian tu..
Janji akan jaga baik-baik dan kalau dah tak nak pulangkan,pulangkan baik-baik..

Well, I love wedding so much.
TAPI, aku sendiri takut nak kahwin.
Honestly, aku sangat takut dengan MARRIAGE.
Putus cinta pun aku dah macam orang tak betul,
kalau dah kahwin??

Ha,ni kalau orang tu baca mampus kena marah.
mesti dia cakap,
"Kau ni suka cakap and fikir bukan-bukan.."

Hee..

Selamat Pengantin Baru Pick.
Semoga bahagia dunia akhirat.
Dah preggy bagi tau aku eh..
HAHA.
Love you!
:)




Aril!

Ini cerita fasal kawan lagi. Kawan yang orang selalu salah anggap. Orang yang bila aku bercomment-comment dekat facebook dengan dia, kawan-kawan aku akan tanya dan kadang-kadang kawan-kawan aku akan salah faham.

"Bf baru ke??"
"Scandal ehh.."

Dia bukan bf baru aku. Dan aku tak kisah kalau orang tanya begitu. Aku hanya ketawa saja. Tapi kalau scandal aku akan marah. Sebab kawan aku yang ini lansung tidak layak jadi 'scandal'. Bagi aku perkataan scandal sangat tak sopan untuk dia. Kalau faiz mega bestfriend aku, Aril is mega bestfriend jarak jauh aku. Ha..? Haha.

Sepatutnya aku kenal dia masa PLKN, tapi aku lansung tak ingat dia. Dia cakap masa PLKN aku sombong sangat. Haha. Bukan dia seorang yang kata sebenarnya. Dan ramai dah habis PLKN baru jadi rapat. Samalah kes aku dengan Aril.

Aril. Anak tunggal. Orang Johor.

Aril is a good listener.
Masa aku tengah frust dulu, dia adalah antara pendengar setia aku. Dia yang akan nasihat aku supaya aku jadi rasional. Supaya aku tak terlalu ikut perasaan. Dia yang selalu buat aku berfikir panjang..

 Aril yang tak pernah mendesak.
Aril tak macam lelaki lain. Dia, kalau text tak bereply dia ok je tunggu aku. Aku tak suka lelaki yang lambat sikit reply text terus nak call dan call. Dia macam tak kisah. Tapi bila aku reply (lambat) dia reply balik cepat pulak. See? Aril ni chill je orang dia.. Atas sebab itulah aku masih boleh berkawan dengan dia sampai sekarang.

Aril yang sabar.
Aril yang selalu sabar layan karenah aku yang sesuka hati dan sesuka mood aku. :)

Aril yang peka. Aril yang pegang pada janji. 

Dia janji akan wish good morning hari-hari even aku tak reply pun dia masih wish. :)

Aril yang akan perasan benda-benda kecil,

Aril: Ye lah, manalah kau nak kenal aku.. Kau rapat dengan Faiz (kawan PLKN aku. Aik,Faiz jugak nama dia kan??) je.
Aku: Haha, sorry la.. Aku kalau tak kenal orang memang macam tu..
Aril: Tak pe la.. Tapi ok what, kira orang tertentu je boleh cakap dengan kau.

See? Dia akan nampak benda-banda yang kecil kan?

 Aril yang akan cakap benda-benda yang senangkan hati aku..
Yang ni aku tak tahu nak explain macam mana. Kalau kau biasa dengan dia, kau akan tahu.

 Aril yang kalau aku perlukan jawapan rasional kepada masalah aku, dialah orang yang akan aku cari. Dan Aril,


..yang masih layan text aku even tengah main dota. :)

See, baik kan dia. Sebab itu dia mega bestfriend jarak jauh saya. Nak kenal dia? Boleh, isi borang tapi aku yang akan shortlistkan.. HAHA. Sebenarnya ada banyak nak cakap fasal Aril, tapi otak tepu lepas simpan dua hari. Aril tak tahu ni. Sebelum dia baca, kita larikkk.......... HAHA.

I'm glad to have you in my life Aril! :) Tenkiyu.



Novel itu satu terapi..


"Ingat dia lagikah?"
Azril tidak terus menjawap. Tahu siapakah 'dia' yang dimaksudkan.
"Ingat.." Perlahan akhirnya dia menjawap. "Tak boleh lupa."
"Tak boleh ke tak nak?"
Azril tersenyum pahit. "Tak nak sebenarnya. Kalau boleh nak terus ingat sampai bila-bila."
Najmi baru hendak membuka mulut mahu berkata sesuatu, namun Azril cepat memotong.
"Angah tahu dia dah tak ada." Dia tersenyum sedikit., "And maybe it sounds lame, tapi kat sini, dalam ni.."Azril mengunjuk dadanya,"Dia ada kat sini. Dia takkan hilang. Don't ask me to chase all this away. Because, I just can't."


Azril Mastaufi.
m/s 214.
Syud, Tentang..Dhiya

Cikgu aku kata, kalau kita suka baca tak kiralah baca apa pun termasuklah novel, kalau dia beri kita inspirasi, beri kita kata semangat, itu dah dikira baik. Bermakna, adalah 'sesuatu' yang kita belajar dari apa yang kita baca. Ini kali kedua aku baca novel Syud yang ini. Kali pertama dua tahun lepas dan aku pernah review novel ini. Aku kata rasa macam nak bercinta balik. Tak sangka dua tahun kemudian, aku baca masa aku dah tak punya buah hati pengarang jantung tu. :)

Orang kata hidup ni kena ada angan. Barulah nanti boleh jadi kenyataan.. Novel ni buat angan aku yang hampir berkubur-mungkin juga dah terkubur- kembali hidup. Terasa sesalnya aku sia-siakan usia dengan bermain-main. Terasa sesalnya tak belajar macam watak Dhiya Nurlisa yang sampai ke oversea. Terasa sesalnya habiskan waktu,cinta dan segalanya untuk orang yang tak sepatutnya.

Novel ni buat aku percaya fasal jodoh. Jodoh tu tak akan kemana. Dan buat aku percaya,  kalau orang tu-yang kita sayang sangat tu-yang kita tak boleh lupa sangat tu, sebenarnya boleh. Cuma diri kitalah yang kena pilih nak yang mana satu.

Ada seorang kawan aku, yang putus cinta macam aku, tapi dia masih baru dari aku lah. Dia selalu cakap yang kalau ex dia datang balik pada dia, dia akan balik semula. Aku pulak kata jangan,jangan,jangan dan aku rasa entah untuk ke berapa kali entah. Tapi mungkin kisah dia dengan kisah aku lain. Lelaki itu -- yang sebenarnya kawan aku jugak-- bukan jenis pencurang. Selama ini pun tidak pernah menipu. Jadi sebab itu dia masih mahu cuba.

Kalau aku? Mungkin kalau aku cakap tak ada orang percaya. Tapi aku sangat-sangat harap sampai mati pun aku tak akan jumpa dia lagi. Bukan marah, bukan benci. Tapi aku takut aku tak dapat kawal diri. Aku takut maaf yang aku beri aku akan tarik balik sebab teringat atas segala apa yang dah dia buat pada aku. Hari-hari aku doa, doa supaya hati aku seikhlas mungkin maafkan dia.

Aku cuma harap hidup aku ini lebih baik dari selama aku kenal dia, atau lebih baik dari sebelum aku kenal dia. Aku pernah kata pada Azie, aku nak buat hinopsis (aku tak sure betul ke tidak nama dia). Alah, yang dalam drama Winter Sonata tu emak dia buat dia lupa pasal silam dia. Sebab aku kata pada Azie, kalau alzheimer tu nanti aku lupa pulak apa yang dah belajar. Ini khas untuk lupa dia je. Semua fasal dia. Sebab bila hati kita ni terlalu-teramat luka, kenangan yang indah dan manis itu dah tak ingat dah. Ingat yang pahit-kelat saja..

Sekarang ini aku boleh kata aku okeyy. Itupun orang masih ragu-ragu. tapi betullah. Aku okeyy. Okeyy yang maksud aku dah tak menangis lagi teringatkan dia. Okey yang dah tak ambil tahu fasal dia atau kehidupan dia. Cuma yang tak okey nya bila ada perkara-perkara serupa tingkah dia, aku akan berdesis teringat dia. Maknanya tak lupa sepenuhnya lah.

Mungkin nanti, bila dah jumpa pengganti. Err, mungkin orang yang aku ternanti-nanti.. Err, mungkin seseorang yang benar-benar sudi... Datang dan lenyapkan semuanya. Macam Azril datang dalam hidup Lisa dah lenyapkan Faiz dan Ezwan. Macam Firas datang dalam hidup Wardah dan lenyapkan Ilham. Mungkin. :)
See, novel is a therapy okeyy.

Result


To all Uitm's student yang dapat result hari ini, termasuk diri aku sendiri, Congrats siapa yang dekan, yang lepas semua dan yang kurang tu, it's ok.. Biasalah tu.. Haha.

Me?

Alhamdulillah sangat-sangat.. Don't know how to describe.
Thanx lecturer Uitm yang tanda paper Math aku.
Aku sangat risau Math. Dan tak sangka aku... Yeayyy! :)
Hahaha..

Ya Allah, Alhamdulillah sangat-sangat. Yang penting my pointer..........
Ok, senyum lagi.
Tak nak cakap banyak dah..
:D :D
I'm happy!!
:D

A sad story



“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.


Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?


I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!


With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.


The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.


In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.


This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.


I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.


My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.


On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.


On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.


She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.


Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.


Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.


But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.


She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.


That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed -dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….


The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.


So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!


If you don’t share this, nothing will happen to you.


If you do, you just might save a marriage. Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.



One of my favourite story yang famous dekat Facebook.
Dan setiap  kali aku baca pun, aku masih mampu titiskan air mata..

Tahu tak macam mana rasa dia bila orang yang awak sayang pergi dekat orang lain.
Dan orang lain tu tahu awak akan kecewa,
tapi dia teruskan juga hubungan tu.
Dan orang tu bahagia atas derita awak.
Tak tahu?
Suatu hari nanti awak akan tahu.
:)


Kehadapan mereka yang kusayangi....

Mereka-mereka ini antara yang terawal wish sebab sehari sebelum birthday.. Tenkiyu..

Okeyy.

Orang first call is Nurul!! :) 12:04a,m.
Second is........ Zyra and her siblings. Zyra,Ajad and Ajiqq :D.. 12:13a.m
Third is...... Faiz! 12:27a.m.

Zyra ingat dia orang first. Bila dapat tahu Nurul call dulu,bengang dia. HAHA. Faiz pulak buat ayat sweet je kan.. "Nina,ada kad ni. Dengar aku baca. Kepada kawanku Nor Amanina, Selamat Hari Lahir.. and blablabla.." Haha, Korang sweet sangat.. :")



 3 orang terawal yang sms pulak. Kalau nak screenshot semua tak panjang la pulak. Jangan kecik hati yang lain. Aku simpan semua text.. :)

 Kawan-kawan Fb yang wish. tapi sebenarnya kebanyakan kawan-kawan yang kenal. Kalau boleh aku nak printscreen semua birthday wish dari kawan-kawan aku. It make me sangat-sangat touching okeyy.. :")

Dekat inbox pun, tenkiyu semua.. Thanx sebab rajinkan tangan type untuk wish.

Thanx kawan kita belanja kita BR.
Thanx Mom and Dad bagi hadiah yang tak ternilai tahun ini.
Thanx for the cake and special foods on my birthday.
Thanx buat kita happy sangat.
:D

Kita sayang awak semua...
:)

Yang kita terlepas sebut,maaf.
Tapi kita ingat semua..
:D


World Walking Day at Taman Gelora

Wake up early for World Walking Day! Kitorang gerak ke sana nak dekat pukul 7.

Semangat aku tengok aunty-aunty,uncle-uncle, adik-adik comel semua dengan baju hijau semua.. :)

Masa senamrobik kan,tengok badan Kak Mona tu cantik je.. Kena senaman nih.. (Ye-ye je) Oh,rumah aku dengan Taman Gelora ni dekat ja.. Dalam 5 minit boleh sampai dah. Tapi disebabkan my mom yg bawak,lambat lah sikit kan.. HAHA. ;p

Aku pergi dengan Mak and my sis. Mak aku semangat sekali. Pagi-pagi kejut kitorang bangun nya.. Pic tak ada. My mom bukan suka orang ambek pic dia. Nak tutup muka je..


Baju american size. Size M pun besar.. 

Apa nak cerita ye.. Cuma nak cakap sangat best okeh! Maybe tak seramai kat Putrajaya,tapi sangat meriah.. Disebabkan beratur punya lama nak ambek air milo, x sempat nak ambek pic budak Akademi Muzik nyanyi.. My sis dapat lucky draw! Kitorang balik awal sebab aku nak keluar dengan Arma. Celebrate birthday dia hari ni. :)

Yang itu,nanti kita cerita sebab pic ada kat Arma... Bye! ;)