Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

That moment

So.. from KL to Jengka for Syazani's E-day last Sunday.. Alang-alang tu terus tinggal ruman Wan sampai Raya Haji je lah..




Kawan sekolah rendah ni. Zaman hingus belum habis kering. Kenduri dia makan sedap. Ikan patin masak tempoyak kot.. My favo! Ohemji.. Tak dua ketul pulak aku sebat. Orang lain bertunang tapi tengok lah siapa yang beria. Yang kawan aku Si Mus tu siap dengan pakai benda alah tu, si Wawa dengan macam princess ha.. HAHA..They so funny. Make fun sangatss.. Snap pic tok sah  cite lah kan.. Memacam.. Happy!:D

Congrats Syazani!

My Raya.

Raya haji tahun ini sangat happy sebab mak su and cik bell ada.. Pak Teh and family pun balek. So rumah sangat gegak gempita. Sampai tak tahu nak tidur mana.. Wan tempah lemang. Tok buat ketupat. Dua-dua favo kuh.(Apa je yang tak favo kan). Pagi  tu aku dah makan ketupat cicah rendang for breakfast, pastu makan laksa,pergi raya rumah Cik Nab makan nasik minyak pulak. Habis je nasik minyak dalam pinggan Mus whatsapp kata nak datang. So cecepat balek. Dah makan aku ikut diorang raya rumah Aini. Makan macaroni goreng pulak. Air tebu lagi.. First time aku pergi raya orang hidang air tebu. Bapak sedap. Then memula nak pergi Jengka 7 rumah Yana tapi dia belom siap masak, so kitorang pergi rumah Lia.. Syazani and Mus tak kenal pun Lia ni. Sebab Lia kawan aku masa kat Seri. Tapi diorang okey.Boleh buat kawan. Hehe..Kat rumah Lia makan nasik minyak lagi. Mak Lia punya nasik minyak sapeje nak tolak.


Ni bestpreng kite masa dari zaman hingos berselipat.



Apa yang best sangat dengan Hlovate tu?

Kecintaan aku pada karya Hlovate ni bermula dari.... ermm.. dari Syida! Kawan aku masa kat Seri dulu. Masa tu kalau Jemari Seni punya writer, aku suka karya Syud. Semua Syud punya novel aku ada. 

Hlovate, bagi peminat novel dia, mesti nak tahu dia ni sapa kan. Memang tak ada orang tahu la.. Just tahu dia ni student medic kat oversea. Tak tahu lah dah balik Malaysia ke belum.

Bagi aku, novel dia ada semua rencah. Bukan novel jiwang tak tentu arah. 

Novel yang aku beli ni cetakan ke dua belas  okeh. DUA BELAS! Lama tak lama novel ni boleh aku ketinggalan. Ye lah, aku kan dah lama jugak berhenti baca novel. 

Aku dah baca Versus, Tunas, Rooftop Rant, sekarang on the way 5 Tahun 5 Bulan pasal baru dapat tadi. Arma pergi Jemari Seni dan tolong belikan untuk aku dua bijik tu (5 Tahun 5 Bulan and Aa+Bb). Terima kasih Arma! Hantar dalam hujan tadi dia..

Versus.
Dalam Versus kau akan masuk dunia budak skates. Macam mana kau nak tinggalkan benda yang tak berapa baik untuk kau tapi kau suka amat dengan benda tu. Kau belajar macam mana daripada terpaksa, menjadi rela dan bertukar akhirnya kepada redha. 

Dalam Versus aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk jadi manusia yang lebih baik sebab aku tengok orang tu baik. Yang untuk duduk selayak dengan orang yang baik tu, kau belajar jadi baik.

Tunas
Tunas buat aku rindukan Seri teramat. Serius tak tipu. Dan segala kerja gila yang diorang buat dekat hostel tu memang tak gila bagi bebudak hostel. Aku rindu senior. Aku rindu crush. Aku rindu segala kenakalan dan kedegilan kami. 

Tunas ajar aku jadi perindu. Rindu pada kawan-kawan yang gila. Rindu pada indahnya dunia remaja.

Rooftop Rant.
Apa aku boleh kata pada karya Hlovate yang ini ya.. Berubah. Perubahan. 

Lepak atas rooftop sebab skip tuisyen dan TER jumpa someone yang tiba-tiba dapat kongsi rasa dengan kita memang coolio kan. Tiba-tiba rasa nak cari rooftop. Mana tahu dapat jumpa orang macam 'Jade' dan art kan segala cerita. :)

5 Tahun 5 Bulan.
Sebenarnya aku ada baca sikit dekat blogdrive Hlovate tapi tak perfect la cerita dia. Dan sebab itulah juga aku macam orang gila cari novel ni.. Mana ada dah kat Popular tu... Setakat ini aku suka semua fasal novel ini kecuali nama watak hero. Heh, HAHA....

Tak boleh nak review lagi sebab tak habis baca lagi...


untuk awak kawan saya............

Dear kawan saya,

Mungkin saya nampak macam tak ambik tahu. Nampak macam saya tak teringin lansung untuk bertanya. Sebenarnya saya sengaja buat macam tu sebab saya tak nak awak tahu yang saya tahu. Saya tak nak awak rasa tak selesa. Saya teringin sangat nak jumpa awak lepas saya tahu apa yang jadi. Even kita bukan rapat sangat, tapi satu masa dulu, kita pernah belajar sama-sama. Saya teringin nak peluk awak. Peluk anak awak. Teringin berkongsi segala rasa yang awak simpan dan pendam dalam hati selama ni. 

Bila masuk hal rumah tangga, kami orang luar bukan lagi macam waktu bercinta dulu sesenang rasa nak cuba menolong. Saya belum kahwin, saya tak tahu pahit manis orang yang dah kahwin. Meski hati saya sakit sangat dengar cerita, saya lansung tak kata apa dengan awak. Saya memang sibuk dengan hidup sendiri, tapi saya masih bertanya. Malah selalu bertanya progress kes awak, walau bukan terus dengan awak. Saya tanya orang yang rapat dengan awak. Dan orang yang rapat dengan awak, yang risaukan awak siang malam tu selalu update dekat saya. Hanya kita yang tahu..

Bila saya dengar kes tu dah selesai, saya terus rasa nak terbang sana peluk awak. Saya harap awak kuat dan tabah. Saya nak cium anak awak. Saya nak kata dengan dia, saya ada sama-sama dengan ibu dia. Saya akan tahan dia supaya tak rebah macam saya.

Saya tahu awak kuat. Sebab itu Allah bagi ujian yang macam ni. Saya tak sekuat awak. Selalu awak tahu, kami sentiasa ada untuk awak. 

Awak, jaga diri baik-baik, jaga anak saudara kami baik-baik. Saya dari jauh akan selalu doakan yang terbaik untuk awak. Jangan patah balik pada orang yang buat awak derita. Jangan kalah dengan rasa yang tersisa. Mesti kuat, mesti jadi iron mummy. :)

Saya sayang awak,kawan.. 

Kawan awak.
Nyna. 

Please...........

Masa tu lepak dekat The Curve. Our last met may be. Sebelum ni aku sorok lighter dia. Pernah jugak dia tertinggal lighter dalam kereta tapi aku tak bagi dia patah balik. So after makan dia macam orang gila cari lighter.  Dalam kereta merokok, sebelum makan merokok, lepas makan merokok. Nak masuk kereta merokok. Then sampai balik terlupa nak pulang balik. Nasib baik tinggal sebatang je..But kali ni aku ambik rokok dia terus simpan dalam beg aku. Ambek kau.

So I wrote a note dekat rokok tu. Tak sempat nak bagi. Aku wechat je. I really hope 1 day dia akan stop smoke.

Dua hari lepas aku keluar minum dengan kawan lelaki aku. My old friend. Memang dah lama gila tak jumpa dia. Last sembilan tahun lepas. Dia datang office ambek aku then kitorang pergi minum kat kopitiam. Bila dia keluar je rokok automatik tangan aku tarik the rokok and the lighter. Arghh, I can't control myself. Then tetiba tersedar, alamak, ni bukan Faz. So I give him back benda alah tu. Lepas tu dia ketawa. Hee..

Happy belated birthday Megat Farzurein. Hari tu kau call aku tengah kerja.. Tapi malam birthday aku wish kan... :D Aku tahu ada masa kau baca blog ni kan.. Sekarang busy dengan bisnes. Good luck. Janji nak datang sini bawak Faiz sekali kan.. Nanti kita pergi TC eh.. Kau kan suka sangat TC tu.. Rindu korang...... :")


Tak tahu macam mana kalau tak ada mereka ini. Kalau boring kat tempat kerja sebab selalu Ahad kerja sorang-sorang, Faiz akan call berjam jam teman aku buat kerja. Faiz yang akan kejut bangun pagi dan akan wish morning. Kalau dia kata rindu, aku laaaa...gi rindu gila.. Uii, nak nangis ghindu..


Selamat

Rasa macam lama tak update. Malas. Bukan malas, tak ada mood mungkin. Kalau dulu malas-malas pun ada jugak share lirik ke kan. Sebenarnya ada ba.......nyak nak cerita. Nak cerita pasal kebas baucer Faiz seratus, nak cerita hadiah-hadiah dari budak bilik. Nak cerita pasal hug Ira lepas tu tunggu dia balik baru nangis. Nak cerita jugak pergi makan burger kukus lava yang memang dah lama aku nak pergi tu, akhirnya dapat jugak pergi. Macam-macam lah.

Tapi nantilah. Tunggu mood sampai walau dah basi kan. Sekarang tengah hanyut sebenarnya. Hanyut dengan novel Hlovate. Semua salah Syida sebab kenalkan aku dengan novel Hlovate. Sebenarnya hari tu sampai merajuk-merajuk dengan Faiz pasal baucer sebab nak beli segala novel Hlovate, tapi tak ada pulak. Nasib baik sempat beli dua bijik. Tunas dengan Rooftop Rant.

Hlovate ni orang dia macam mana ya. Dia macam tahu serba serbi. Sebab tu readers dia macam berteka teki dia ni lelaki ke perempuan. Tapi tahu dah, dia perempuan. Hlovate punya novel tak jiwang meleret leret macam cerita kena paksa kahwin, tapi tetap sweet penuh pengisian. Nak kata macam baca novel Islamik pun kadang ya, tapi Islamik dia tu sampaikan dengan cara santai dan.. entah, tak tahu nak cakap. Macam baca novel mat salleh pun ye jugak. Macam baca motivation book pun ye jugak. Bak kata Syida, 'Penuh pengisian.'

Sekarang tengah masuk dalam cerita Jade dengan Trisy. Rooftop Rant. Dipersilakan semua orang baca novel ni.

Bila dah balik rumah, aktiviti macam biasa bermalas malasan. Siang malam pagi petang kalau Faiz bangun wechat dengan dia. Kalau belum bangun kacau Ira. Ha, macam tu je lah. Err, ada lah mesej dengan ermm.. (Bukan adalah, tapi sejak balik Kuantan macam makin kerap je) Sehari dua kali cas fon. 

Setakat ni belum ada apa yang menarik. Mak sibuk carikan kerja untuk aku. Ada memang ada. Dekat tempat kerja anak kawan dia. Tapi malas nak pergi interview. Malas nauzubillah.

Datang mood, aku update lagi. Terima kasih sebab yang ini pun nak baca. Kan stalker? :)