Untuk apa semua kata-kata itu kalau semuanya dusta belaka.
Untuk apa terus mengatakan penipuan kalau semuanya hanya akan melukakan.
Aku rayu hentikan semuanya. Aku mohon jangan teruskan.
Sama ada kau sedar atau tidak, apa yang kau buat sekarang telah melukakan hati dua pihak. Kalau aku orang pertama, aku dah kebal dan dah terbiasa. Tapi dia? Mungkin niat kau nak jernihkan keadaan. Tapi kau tahu ia takkan berlaku kan?
Sekali kesilapan, aku senang maafkan. Dua kali, aku masih maafkan, kali ketiga dan seterusnya aku bertahan, tapi bila kesilapan yang sama berulang, maaf. Aku juga ada perasaan.
Katalah apa saja yang kau mahu. Teranglah bagaimana yang kau rasa perlu. Aku tahu apa yang betul. Aku bukan kenal kau untuk sehari dua. Apa yang kau cuba sembunyikan, aku tahu satu persatu.
Aku mohon Allah beri aku kekuatan. Malam ini terbukti doa aku telah dimakbulkan. Tiada lagi air mata yang tumpah. Hanya rasa amarah. Mungkin aku perlu mintak supaya aku lebih bertabah dan kurangkan rasa amarah.
Hati aku tawar. Kosong.
Pada aku tiada yang manisnya lepas kau pergi. Pada aku tiada yang perlu aku ingat selepas kau buat aku macam sampah. Sebab ianya hanya buat aku lemah dan lebih parah.
Kau pilih dia, jadi untuk apa katakan semua ini lagi? Kau mahu dia, tapi masih cuba menafikan. Kenapa begitu? Kau bersungguh benar mahukan dia. Kau bersungguh benar berjanji padanya. Aku tahu itu. Aku tahu. Hope she will love u more than I did. :)
Selangkah kau pergi menuju hati dia, beribu langkah aku berlari jauh dari semuanya..
Aku enggan lagi bercakap soal hati dan perasaan. Hati aku jadi keping-keping. Selagi belum bercantum sepenuhnya, aku enggan berikan pada siapa-siapa.