'Simple Giveaway by Lollyshoppe'


Nak join click banner. Tak rugi sebab sape join je dah dapat sagu hati. Jomsss..

Nyanyi satu lagu.......

Aku tak pernah nyanyi untuk siapa-siapa. Tak pernah. Aku tak pernah sebab aku tak pandai menyanyi. Suara katak panggil hujan pun sedap lagi ada tempo. Tapi sejak kenal budak kecik tu, benda yang tak pernah pun buang tebiat buat jugak. Iyalah, buat sebab setiap kali aku suruh dia nyanyi, dia MESTI nyanyi. MESTI. Jadinya bila dia suruh aku pulak yang nyanyi, dalam dalih itu ini, aku nyanyilah jugak. Kadang-kadang kalau gayut telefon tu atau selalunya kat we chat.

"Nyanyi lagu Syeera Sanders."
"Wohhaaa.. Tak nak aku."
Sebab aku tweet aku tengah dengar lagu Syeera Sander. 
Lepas berbolak balik....
Dan aku pun nyanyi...


"Ni aku nak tanya ni.."
"Apa?"
"Kenapa kau suka lagu tu.."
"Suka la sebab sedap.."
"Ye ke? Bukan sebab lagu tu kena dengan kau?"
"Naaaa........"

Hari berikutnya aku mintak upah dia main lagu tu dengan gitar. Syeera Sanders tu kan youtubers je,dia mana pernah dengar lagu tu pun. Tapi.. sebab aku yang request,.. Cannggg! Bukak FB ada lagu tu. He make me a video! Wahh, sayang gila adik lelaki tua aku sorang tuh! :D

Sayang Jebat Iskandat version 2! 

********************
"Eiyyy Mok.. Aku nak tanya ni.."
"Apa.."
"Kau still tak bleh lupa dia lagi ke?"
"Tak lah.."

...Namun ku.. masih tak bisa lupakan dirimu

"Kau still ingat kenangan and fikir dia lagi?"
"Takk....."

.tapi ku masih terfikirkan cintamu, dan aku.. merindui dakapanmu.

"Kau terbayang bayang senyum dia lagi.."
"Tak dah... Aku dah okey. Dulu ye la. Aku dengar lagu ni masa aku tengah frust tu. But now, bila dengar dah tak rasa apa dah."
"Ye ke ni..."

..namun ku.. masih terbayang bayang senyumanmu....

Betul ke Nina? Ye, betul.
Sendiri tanya, sendiri jawap.

"Ermmm, kalau macam tu tak pe la.."

But then, bila dia petik gitar dan nyanyi, dan sebut baik-bait lirik. Aku kesat air yang bertakung kat mata. Bertakung ja. Tak jatuh lagi.

Kali ni bukan sebab sedih putus cinta. Tapi terharu sebab ada orang faham apa sebenarnya yang sedang kita rasa..



Simple Giveaway by Nabeel Fikree



Assalamualaikum.


Terima kasih bebanyak kepada mereka semua yang dah sudi jadi sponsor untuk Simple Giveaway by Nabeel Fikree untuk kali ni. Giveaway kali ni dinamakan sebagai Simple Giveaway sebab hadiahnya simple je. Tak lah banyak mana meletop vavavoom pon hehe. Harap mendapat sambutan dari korang sebab senang je nak join. Guna cara kopi dan pasta je!


Simple Giveaway by Nabeel Fikree


Harap giveaway ni akan mendapat sambutan dari korang. Alang2 kan, bila dah baca tu teruslah join hihi. 


SYARAT-SYARAT :

  1. Follow blog NabeelStories.Com dan jangan lupa follow blog sponsor jugak!
  2. Buat satu entri bertajuk Simple Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy kod yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry.
  4. Tinggalkan link pada ENTRY INI sahaja!


NAK TAHU SENARAI HADIAH?
NAK JOIN? JOM KLIK SINI !




Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Apa yang best sangat dengan Hlovate tu?

Kecintaan aku pada karya Hlovate ni bermula dari.... ermm.. dari Syida! Kawan aku masa kat Seri dulu. Masa tu kalau Jemari Seni punya writer, aku suka karya Syud. Semua Syud punya novel aku ada. 

Hlovate, bagi peminat novel dia, mesti nak tahu dia ni sapa kan. Memang tak ada orang tahu la.. Just tahu dia ni student medic kat oversea. Tak tahu lah dah balik Malaysia ke belum.

Bagi aku, novel dia ada semua rencah. Bukan novel jiwang tak tentu arah. 

Novel yang aku beli ni cetakan ke dua belas  okeh. DUA BELAS! Lama tak lama novel ni boleh aku ketinggalan. Ye lah, aku kan dah lama jugak berhenti baca novel. 

Aku dah baca Versus, Tunas, Rooftop Rant, sekarang on the way 5 Tahun 5 Bulan pasal baru dapat tadi. Arma pergi Jemari Seni dan tolong belikan untuk aku dua bijik tu (5 Tahun 5 Bulan and Aa+Bb). Terima kasih Arma! Hantar dalam hujan tadi dia..

Versus.
Dalam Versus kau akan masuk dunia budak skates. Macam mana kau nak tinggalkan benda yang tak berapa baik untuk kau tapi kau suka amat dengan benda tu. Kau belajar macam mana daripada terpaksa, menjadi rela dan bertukar akhirnya kepada redha. 

Dalam Versus aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk jadi manusia yang lebih baik sebab aku tengok orang tu baik. Yang untuk duduk selayak dengan orang yang baik tu, kau belajar jadi baik.

Tunas
Tunas buat aku rindukan Seri teramat. Serius tak tipu. Dan segala kerja gila yang diorang buat dekat hostel tu memang tak gila bagi bebudak hostel. Aku rindu senior. Aku rindu crush. Aku rindu segala kenakalan dan kedegilan kami. 

Tunas ajar aku jadi perindu. Rindu pada kawan-kawan yang gila. Rindu pada indahnya dunia remaja.

Rooftop Rant.
Apa aku boleh kata pada karya Hlovate yang ini ya.. Berubah. Perubahan. 

Lepak atas rooftop sebab skip tuisyen dan TER jumpa someone yang tiba-tiba dapat kongsi rasa dengan kita memang coolio kan. Tiba-tiba rasa nak cari rooftop. Mana tahu dapat jumpa orang macam 'Jade' dan art kan segala cerita. :)

5 Tahun 5 Bulan.
Sebenarnya aku ada baca sikit dekat blogdrive Hlovate tapi tak perfect la cerita dia. Dan sebab itulah juga aku macam orang gila cari novel ni.. Mana ada dah kat Popular tu... Setakat ini aku suka semua fasal novel ini kecuali nama watak hero. Heh, HAHA....

Tak boleh nak review lagi sebab tak habis baca lagi...


SAYA TUKAR LINK BLOG. TERIMA KASIH

untuk awak kawan saya............

Dear kawan saya,

Mungkin saya nampak macam tak ambik tahu. Nampak macam saya tak teringin lansung untuk bertanya. Sebenarnya saya sengaja buat macam tu sebab saya tak nak awak tahu yang saya tahu. Saya tak nak awak rasa tak selesa. Saya teringin sangat nak jumpa awak lepas saya tahu apa yang jadi. Even kita bukan rapat sangat, tapi satu masa dulu, kita pernah belajar sama-sama. Saya teringin nak peluk awak. Peluk anak awak. Teringin berkongsi segala rasa yang awak simpan dan pendam dalam hati selama ni. 

Bila masuk hal rumah tangga, kami orang luar bukan lagi macam waktu bercinta dulu sesenang rasa nak cuba menolong. Saya belum kahwin, saya tak tahu pahit manis orang yang dah kahwin. Meski hati saya sakit sangat dengar cerita, saya lansung tak kata apa dengan awak. Saya memang sibuk dengan hidup sendiri, tapi saya masih bertanya. Malah selalu bertanya progress kes awak, walau bukan terus dengan awak. Saya tanya orang yang rapat dengan awak. Dan orang yang rapat dengan awak, yang risaukan awak siang malam tu selalu update dekat saya. Hanya kita yang tahu..

Bila saya dengar kes tu dah selesai, saya terus rasa nak terbang sana peluk awak. Saya harap awak kuat dan tabah. Saya nak cium anak awak. Saya nak kata dengan dia, saya ada sama-sama dengan ibu dia. Saya akan tahan dia supaya tak rebah macam saya.

Saya tahu awak kuat. Sebab itu Allah bagi ujian yang macam ni. Saya tak sekuat awak. Selalu awak tahu, kami sentiasa ada untuk awak. 

Awak, jaga diri baik-baik, jaga anak saudara kami baik-baik. Saya dari jauh akan selalu doakan yang terbaik untuk awak. Jangan patah balik pada orang yang buat awak derita. Jangan kalah dengan rasa yang tersisa. Mesti kuat, mesti jadi iron mummy. :)

Saya sayang awak,kawan.. 

Kawan awak.
Nyna. 

Please...........

Masa tu lepak dekat The Curve. Our last met may be. Sebelum ni aku sorok lighter dia. Pernah jugak dia tertinggal lighter dalam kereta tapi aku tak bagi dia patah balik. So after makan dia macam orang gila cari lighter.  Dalam kereta merokok, sebelum makan merokok, lepas makan merokok. Nak masuk kereta merokok. Then sampai balik terlupa nak pulang balik. Nasib baik tinggal sebatang je..But kali ni aku ambik rokok dia terus simpan dalam beg aku. Ambek kau.

So I wrote a note dekat rokok tu. Tak sempat nak bagi. Aku wechat je. I really hope 1 day dia akan stop smoke.

Dua hari lepas aku keluar minum dengan kawan lelaki aku. My old friend. Memang dah lama gila tak jumpa dia. Last sembilan tahun lepas. Dia datang office ambek aku then kitorang pergi minum kat kopitiam. Bila dia keluar je rokok automatik tangan aku tarik the rokok and the lighter. Arghh, I can't control myself. Then tetiba tersedar, alamak, ni bukan Faz. So I give him back benda alah tu. Lepas tu dia ketawa. Hee..

Happy belated birthday Megat Farzurein. Hari tu kau call aku tengah kerja.. Tapi malam birthday aku wish kan... :D Aku tahu ada masa kau baca blog ni kan.. Sekarang busy dengan bisnes. Good luck. Janji nak datang sini bawak Faiz sekali kan.. Nanti kita pergi TC eh.. Kau kan suka sangat TC tu.. Rindu korang...... :")


Tak tahu macam mana kalau tak ada mereka ini. Kalau boring kat tempat kerja sebab selalu Ahad kerja sorang-sorang, Faiz akan call berjam jam teman aku buat kerja. Faiz yang akan kejut bangun pagi dan akan wish morning. Kalau dia kata rindu, aku laaaa...gi rindu gila.. Uii, nak nangis ghindu..


I choose you Part 2.

Part 1. HERE.

I want to meet your brothers. To get along with them. It will be awkward, but still, I want to be around people you close with.

Happy me when you start to get jelous. Now I know, you starting fall in love with me.. :)
 This is what I really want to do with you. Donate blood! I hope one day we can donate blood together. 
 And we share our favourite song with one earphone. ^_^
I'll accompany you play game and tease you when u lost. ;P
We're waiting for sunrise but fall asleep together.... :)

We cook together and I'll let you taste it. :)

I want to gardening with you. :)

To be continue....

I choose you Part 1.

Without knowing.. I choose you.


Buy me even cheap couple ring. I don't mind as long its from you... :)

And I really happy everytime u try to show off our couple ring to others. And show me that u always wear it even when u working...
 :)

I'll buy you my favourite books, to share my interest with you.. :)

And... You buy me a guitar,
Teach me how to play and I'll sing you a song... :)
I  want to face my fear with you. 
We fight, but u always make me win. You pretend u lose the game. :)

I want to do this kind of stupid thing with you. We both write our love note and keep the memories until we grow old.. :) So, everytime u come to our favourite place, you'll remember me.. 

To be continue...............
;)

Nyesal.

Tak berani nak nangis sebab nanti kena marah.
Tak berani nak sebut sebab takut kena marah.
Tak berani nak cerita sebab takut kena marah.
Tak berani nak buat apa-apa sebab takut kena marah.

Sebab mereka akan marah apa saja berkenaan dengan my EX.

Tapi aku nangis juga.
Tapi aku sebut juga.
Tapi aku cerita juga.
Dan aku reply juga.

Aku degil. Aku tak dengar kata.

Lepas tu menyesal gila.
Menyesal suruh Faiz bukak FB dan bacakan inbox. Menyesal menangis dekat dia tersedu sedu. Menyesal cerita dekat dia all the thing yang jadi. Bukan ja menyesal tapi MALU.


Begitu buruk?

Ku harus pergi meninggalkan kamu

Yang telah hancurkan aku

Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya


Cintaku lebih besar darinya

Mestinya kau sadar itu

Bukan dia, bukan dia, tapi aku


Begitu burukkah ini Hingga ku harus mengalah
Cintaku.. Lebih besar dari benciku...