Untuk dia, untuk dia..

"You know my name, not my story. You've heard what I've done, not what I've been through. If you were in my shoes, you'd fall the first step."

Hidup saya tak mudah. Hidup awak pun tak mudah. Masing-masing ada lalui perkara perit masing-masing. Saya jugak dan awak tahu apa cerita dia. Tapi awak memang tak tahu apa yang saya lalui. Hari-hari yang saya tempuhi. Awak tak tahu.

Awak boleh cakap saya begitu begini. Awak boleh teka sesuka hati. 

Awak suka saya. Saya hanya boleh berterima kasih, tapi tidak untuk berkasih kasih. Jadi awak rasa saya salah?

Saya tak pernah janji apa-apa. Saya tahu, janji itu, kalau tak boleh nak tepati  jangan dibina. Jangan bina bertingkat-tingkat sebab sampai hari ini saya masih sedang cuba runtuhkan tingkat-tingkat itu. Jadi saya tak mahu awak jadi seperti saya.

Ada orang pernah janji pada saya dia akan dengan saya sampai bila-bila. Dia janji dia akan berubah dan setia dan saya tunggu dia bertahun tahun lamanya. Apa yang saya dapat hanya kata semata-mata.

Awak tahu waktu itu saya masih cinta dia. Bila awak call malam-malam dan tercakap pasal dia, saya titiskan airmata. Kemudian sedaya upaya awak cuba pujuk saya. Saya ingat awak faham saya.

Tak mungkin saya boleh suka awak sekelip mata. Saya pun dah halang awak tunggu saya. Tapi awak kata awak tetap nak tunggu saya. Saya tak suka kemudian awak salahkan saya.

Saya tahu kenapa awak salahkan saya. Sebab awak baca blog ini. Awak nampak sepertinya saya bahagia tanpa awak. Entah apa lagi yang awak baca sampai awak boleh keluarkan kata-kata yang sangat menghiris hati saya.

Memang saya bahagia. Saya ada kawan-kawan dan keluarga. 'Dia' juga semakin saya lupa sebab awak jugak yang kata, dia tak cintakan saya jadi kenapa masih perlu nak sedih. Tapi itu tak bermakna saya boleh suka awak. Itu lansung tak buat saya boleh jatuh cinta dengan awak. Lansung tidak.

DAN, saya boleh suka dan jatuh cinta pada siapa-siapa saja yang saya suka. Sebenarnya awak tak suka bila saya bahagia dengan orang lain. Awak ingat tak saya pernah cakap,

" Kalau dia (my ex) tak happy dgn saya tapi happy dengan orang lain saya redha. Sebab kita nak tengok orang yang kita sayang tu happy kan."

Tolong doakan saya bahagia. Bahagia dengan sesiapa juga sekalipun bukan dengan awak. Tolonglah, saya dah letih derita. Kalau saya buat awak sakit hati tanpa sengaja, dari hujung rambut sampai hujung kaki ampun maaf saya pinta.



Kalau orang suka kita, dan kita tak suka dia itu satu dosa, maafkan saya.

Terjawap tak kenapa saya nak tutop blog?
Ramai sangat tanya.
Tak tahu sebenarnya nak jawap macam mana.
Maaf juga kalau ada sesiapa lagi yang
saya buat dia terluka tanpa sengaja.
Saya ini manusia biasa.
Khilaf itu dimana-mana.
:)


Nak tutup lahh

Sebenarnya dah lama aku nak tutup blog ni. Tapi bila setiap hari follower ada je follow aku macam tak jadi nak tutop. Ada banyak sebab aku nak tutop. Tapi aku sangat suka menulis. The only way aku cakap apa yang aku x dapat nak cakap. Mungkin aku tutup blog ni and bukak blog lain. Dulu dah tukar link, but now better aku tutop dan bukak lain. 
May be esok nak tutop then cuti sem buat blog baru. Err, ok kan.

Raya sangat best bila...


Hye semua.. :)

Ramai dah yang buat entry pasal raya but aku baru nak cerita hari ni. Gambar tak banyak sebab lupa nak bawak camera. Lepas tu sibuk sangat beraya sana sini and layan tetamu yang datang.

Ok, let's start with my first raya.

Kalau orang lain raya bangun awal-awal, aku macam biasa bangun waktu biasa. Haha. Kawan aku dah warning awal-awal suruh bersiap awal jangan dia datang baru nak mandi. Teruk benau anak dara nih. Then siap-siap mula dengan salam-salam semualah kan. Sayangnya pic tak elok sebab my phone kalau gelap pic x cantik. Dslr tertinggal. :(

Lepas je dah salam siapa yang ada, oh ya, aku raya rumah belah abah dulu sebab belah abah kami dah tak ada atuk and nenek. Since my uncle pun baru pulih, we spend time dengan dia lah. Family belah mak pulak, family Mak Long je tak balik. Memang meriah belah sana. Tapi sayang tak ada gambar dengan diorang sebab aku datang pun dah lewat petang.

First kitorang pergi rumah Tok Ngah. Beraya kat rumah dia dulu. Aku hadap karipap serunding dia sorang-sorang je. Masa nak balik tu kan, Tok Ngah perempuan peluk aku and cakap, "sepuluh ribu ni.." Aku macam loading sekejap then lama sikit baru faham. Hehe.

Dah balik tu aku, adik-adik, pak cik and mak su pergi raya rumah jiran. Sebenarnya aku jarang ikut orang beraya. This year bila aku beraya, makcik2 yang ada mesti macam, "Ni anak Din (My dad, dekat kampung orang panggil Din) ka?" "Ni yang sulung ke? Macam muka mak dia.." Ha, itulah kalau balik kampung.. Macam-macam lagilah kan. Harap faham lah.. ;p



Banyak buah rumah jugak kitorang pergi. Petang tu pulak, kawan aku datang rumah. Kawan baik aku masa sekolah kat kampung dulu. Lepas tu tiba-tiba buat kerja gila ajak pergi Jengka lain. And,and,and guess what? Aku dengan Cik Muspirah ni naik motor panas-panas pergi Jengka 4 and Jengka 7! Betul-betul kerja gila dengan tak pakai helmetnya. Dulu aku pernah duduk Jengka 4 tu, so aku pergi rumah kawan aku Ruby. Rindunya tempat lama tu.. Then pergi rumah kawan Mus kat Jengka 7. Yana nama dia. Tak sangka pulak dia kenal aku. Tapi aku ni jenis tak perasankan orang..


Lepas beraya sakan, kitorang pun balek..

Second day!

Aku ingat second day dah tak ada apa-apa dah, kalau raya pertama aku yang sibuk beraya, second day pulak aku yang sibuk layan tetamu. Thanx semua yang datang.. :)

And, yang paling best is, kawan aku Jannah, Lili and Muzammir datang! Yahhoo.. Happy sangat-sangat diorang datang.. Dah beraya rumaha aku, angkut aku pergi raya jengka 4 lagi. Dekat rumah Awatif pulak. Thanx tu Encek driver Muzammir yang hantar aku balik pulak. Haha, kena buli..

sayang jannah. xoxo. Haha.
Pic lain dekat handphone awatif.. Yang ada kat aku ini je.. Apapun, thanx korang.. :D

Malam pulak kawan aku Ruby datang. Oh ya, raya kedua tu is open house kat rumah belah mak. Buat nasik hujan panas. Kawan aku Ruby ni is my bff kat sekolah rendah dulu. Happy sangat-sangat dia datang sebab bawak dua orang anak dia! Ruby datang dengan family dia. Husband and anak dia sepasang. Ya Allah, comelnya anak dia.. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je dia hantar pic anak dia yang nombor dua tu waktu bersalin. Sekarang dah boleh berlari lari dah.. 

yang baju pink tu cousin aku.
Si Abang ni pandai je aku amek pic dia buat peace.
Kualiti gambar sangat menyakitkan hati kan?

Third raya still orang datang tak putus. Fourth raya YB pulak datang visit my uncle. Orang datang siang sampai ke malam. Thanx semua.. :)

Selamat hari raya!

Ok, lepas raya misi kuruskan badan pulak! K bai. :)
Raya sangat best bila kawan-kawan kita datang kan? :D










1 Syawal


Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin mom and dad. Only Allah know what I've been through this year. How bad I am make my mak and my abah worry. For all my weakness, for all my mistake, I'm sorry.




Maaf untuk semuanya....

A few months ago.

Efa : Kenapa deactive FB tu?
Me : Saje, nanti jadi timeline yang lama-lama tu terkeluar. Malas nak ingat.

Yes, motif sebenar aku  active FB yang sekarang dan deactive yang lama adalah yang aku bagi jawapan kat Efa. Selalu bila orang tanya aku jawap, "Malas nak serabut kepala. Ramai orang tak kenal kat FB yang itu."

I do everything to forget my past. Tukar link blog,cari nama yang orang susah nak jumpa for my new FB. Block siapa yang patut. Ya, aku memang berjaya. Hasilnya, dia memang tak dapat contact aku kat mana-mana. HOHO.

Tapinya, sekejap je. Ada malaun mana entah bagi link blog baru aku. FB pulak masih selamat.

Tapi lagi, sekarang aku tetiba gatal tangan nak active balik FB lama. Then aku unblock semua orang termasuk mereka-mereka itu. Sebabnya, aku rasa dia dah puas kot sakitkan hati aku. Rasanya dia dah tak akan inbox aku semata mata nak sakitkan hati aku sebab hati aku dah kebal dah.

Jeng,jeng,jeng.. Gatai online dua-dua lepas tu serabut kepala orang chat. Lepas tu buat-buat offline. Tak lama deactive balik. Tak de kerja. HAHA.

Sebenarnya aku nak buat ucapan raya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Well, aku nak mintak maaf pada mereka-mereka ini.

To F-e,
I'm sorry if I hurt you. Aku betul-betul tak ada niat nak buat kau kecewa, nak buat kau terluka. Aku betul-betul tak boleh nak teruskan lagi even as a friend. I just need my old life. Not with anyone, yet.

To F-l
You, sorry sangat,sangat,sangat. Yup, I memang elakkan diri. I tak tahu macam mana nak terus terang. I dah cuba cakap secara sarcastic but you yang tak putus asa. I really appreciate apa yang you rasa pada I, but I just can't. I'm sorry.

To S-l
Thanx selalu dengar my problem. Selalu bagi nasihat. Selalu buat I rasa semangat. but, bila you cakap pasal perasaan, keaadaan dah tak sama macam dulu lagi. Yes, lepaskan you adalah kehilangan terbesar dalam hidup I, but I tak nak you semakin terluka macam orang lain.

Ahjussi,
Sorry dari dulu tak pertahankan relationship kita. Baru aku sedar dan rasa apa yang you rasa. I miss you. Honestly, I miss us.

H-z
We never declare anything. But you treat me macam aku nih gf kau. The way you treat me just like my ex. I hate it. actually, I'm scared. Aku tak nak orang yang sama dalam hidup aku. Aku tak hingin sikap yang sama dan aku perlu lalui perkara yang sama. The way you treat me betul-betul macam dia. It's just a temporary. Lepas tuh kau pun akan lenyap dengan orang lain. That's why I choose to let go. I hate everything that you want to control. And, I'm sorry for that. I'm sorry to ignore all the text and phone calls. 

Ex,
I'm sorry to all my harsh words. I'm sorry to force you for a long time. Kalau aku tahu kau sebenarnya lansung tak sayang aku, aku akan lepaskan kau awal-awal. Aku takkan seksa kau sampai enam tahun. Knowing that you really happy without me make me really regret to accept you back 5 years ago.. 

Ex,ex,ex,
Sorry for all my weakness. Maaf aku tak sedar aku juga pernah buat orang terluka. Maaf aku juga pernah buat orang kecewa. Maaf kerana aku buat lansung tanpa sengaja. Lansung tak sedar. Maaf, doakan aku bahagia. Aku doakan semua bahagia juga.

:)

Maaf.





Sehari sebelum Syawal.

Penghujung Ramadhan.

Mimpi, I'm sorry. I can't do what you ask me. That's why when 'you' ask, I just keep crying until wake up.  Tak boleh nak angguk, tak boleh nak kata tak. Apa yang aku boleh kata, "Uncle, maybe you tersalah masuk dalam mimpi saya.. I'm not the right person. Please don't come into my dream. 

Al Fatihah..



Jadilah matang....

Aku : Apa first impression kau kat aku masa mula-mula dulu?
Kawan aku: Matang.
Aku: Now?
Kawan aku : Macam hampeh.

HAHAHA.

Aku : Kalau saya tak bagi tahu saya umur 22, korang nampak tak macam saya umur 22?
Mereka : Lansung tak. Ingatkan sama dengan kitorang.

HAHAHA.

Yang first tu is kawan lelaki aku.
Yang second is budak-budak bilik aku.

Matang.
Bagi aku matang is cara kita berfikir dan buat keputusan. Samaada ia akan menyusahkah diri kau sendiri, orang lain or, keputusan yang kau buat cukup baik dan tak jejas siapa-siapa.

Aku? Honestly aku lansung tak matang. Aku belum cukup bijak buat keputusan. Aku selalu terburu-buru. Bila aku buat keputusan, nanti mesti aku menyesal. Tindakan aku selalunya tanpa fikir panjang.
Itu dari segi fikiran.

Dari segi sikap lagilah tak matang. Aku still lagi suka perkara-perkara yang macam kebudak budakan.

Tapi,
Ada satu tahap atau keadaan, aku boleh jadi sangat matang. Bergantung kepada keadaan.

Perlu ke matang ni?
Definisi sebenar matang bagi aku masih sangat kabur. Cuma bagi aku as long tahap pemikiran dan tindakan kau tak menyusahkan orang lain it's ok lah kalau tak matang pun.

So, apa pendapat korang pasal matang?

Kau nampak tak ketidakmatangan aku dengan kawan aku kat situ? Orang sibuk ambek gambar budak-budak and sibuk uruskan budak-budak, kitorang berdua je sibuk dok posing dekat dinasour tuh. Hampeh! HAHAHA!

Born


Our mini landak dah beranak pulak! 4 ekor semuanya. Rumah aku sekarang ada dua ekor kitten, 2 ekor mini landak dewasa, 4 ekor baby mini landak. Dah macam zoo dah haa..

Aku bukan pencinta binatang and aku tak tahu kenapa dalam family aku sorang je yang kurang suka.
Dulu lansung x boleh. Sekarang je dah ok sikit.
Sumpah geli tengok kan?
Ini pun adik aku yang ambekkan pic sebab  my uncle nak tengok.

Siapa suka dan tahu macam mana nak uruskan baby landak nih ??

Demam raya


Haha, masing-masing dah meroyan nak raya.



Andai aku

Waktu, waktu pantas berlalu
Meninggalkan jauh saat kita berpisah dulu
Namun ku masih tak bisa lupakan dirimu
dan aku.. masih sayangkanmu.

Hari-hari pantas berlalu
dan memori kita kini hanya sejarah lalu
tapi ku masih selalu fikirkan cintamu
dan aku.. merindui dakapanmu..

Andai aku diberi peluang kedua
akan aku jagamu
menyintaimu sepenuh hatiku
Andai kita, bisa kembali bersama
Takkan pernah aku tinggalkanmu
Lepaskan genggaman tanganmu.
Oh....

Hari-hari pantas berlalu
dan memori kita kini hanya sejarah lalu
namun ku masih terbayang bayang senyumanmu
dan aku... masih tangisi kepergianmu.

Kau haru tahu,
kau harus tahu..
Aku masih... perlukanmu..
Bukan niatku
Bukan niatku tinggalkanmu..
Tapi dirimu yang memaksa a...ku..

Andai aku-Syera Sanders.








Hampir hilang sekali lagi.

Update sambil packing barang nak balik. Hoho.

Bukan nak cerita pasal event. Nak cerita fon yang hampir hilang sekali lagi. Okeyy, semua orang akan tahu saya ini sangat-sangat careless okeh! FYI, fon saya dah dua kali hilang.

Ceghitanya,

Tadi aku turun nak pergi print assignment sebab nak hantar. Dah hantar kat department, turun-turun terasa macam kosong. Lepas tu aku terus berlari lari sampai semua orang tengok larian aku yang mengalahkan orang marathon tuh. Aku aim tertinggal kat stationary tempat yang aku print tadi. Sekali pergi tak ada. Ok cuak.

Akak yang kerja dalam tu call dapat tapi tak angkat. Ira call tak angkat. Ok, aku dah start pasrah dah. Aku cakap kat Ira, tak pelah, aku nak pinjam fon dia dulu and nak pegi beli simcard baru.

Pergi kedai beli simcard, balik tu  Nurul cakap aku tertinggal fon kat department pasal dia call lecturer yang angkat. Boleh???

Ok, disebabkan ira pergi tolong ambek, aku tunggu je la kat bilik.

Ceghita Ira.

Dia cakap lecturer semua tanya macam-macam. Tapi soalan yang tak boleh blah yang buat kitorang gelak besar bila Madam tanya,

"Dia letak nama awak apa?"

Ira jawap sambil tunduk, "Pipi Embam." HAHAHA!

Ok-ok, sebenarnya yang letak nama tu bukan aku. Faiz, dia memang suka sangat kan main fon orang. Fon aku digodek godeknya. Bila aku nak call dia, keluar 'Abang Hot'. Dia yang start panggil Ira Bam. Sampai lekat satu kelas. Dia pergi bantai tukar kat fon aku tu. Aku pulak tak ada masa nak tukar or nak cara ke handphone tu.

Apa pun, syukur sangat jumpa balik fon aku. Aku dah nak nangis pasal fon tu atok aku yang bagi. Nampaknya kali ni aku betul-betul kena tukar nombor. Bawal sial betol nombor tu. Haha, padahal diri sendiri yang careless.

Happy Birthday Ira.
May Allah bless you..
:)

..yang paling bermakna. :)

Masa tahun baru hari tu, aku ada azam dalam hati which is, this year aku nak buat sesuatu yang bermakna dalam life aku sebab aku dah banyak sia-siakan waktu aku. Well, tak sangka aku ada peluang macam ni.

And, ini adalah perkara paling bermakna dalam hidup aku. Make charity event for orphans. :)

Sabtu, Pusat Sains Negara.

Pukul 9:30-10.00

Muka aku xley blah.


Selebihnya korang tengok kat FB aku lah. Lembab pulak nak upload nye ha.. Tekan SINI. Aku x private pun. Semua boleh tengok. :)

Kitorang sampai Pusat Sains dalam pukul 11.30. Kitorang bahagikan group. Budak-budak group aku enam orang. 3 lelaki 3 perempuan. Tapi aku sempat dengan diorang sekejap je sebab bekejar nak pergi amek kuih and beli hamper and macam-macam lah. dalam pukul 1 lebih, aku, Raff, Aiman and Anis bekejar pergi One Utama ambek macaroon, pastu nak beli hamper pulak, pastu pergi rumah Anis ambek kuih muih, pergi rumah Aiman ambek balang air, Pergh, dengan jam bagai sebab rumah Anis kat Cheras Perdana, rumah Aiman aku lupa dah. Kitorang pergi secepat yang mungkin. 

Pukul 5 sampai Giant. Kitorang empat orang macam running Man tolak troli bagai sebab takut tak sempat. Sambar barang yang diorder bergegas balik kolej pulak.

5.30 sampai kolej terus bersiap untuk iftar with them. 

Okeh, nanti sambung lagi.

Aku sangat penat, kawan-kawan aku sampai sakit pinggang-pinggang. Dah la assignment berlambak-lambak. Tapi bila dapat comment positive and segalanya berjalan dengan baik, hilang semua rasa tu. 




Sehari sebelum event

Jumaat, sehari sebelum event. 

After kelas BEL (BEL presentation ye hari tu!) , aku, Ira, Raff and Faiz terus gerak pergi Sri Gombak untuk tukar duit and Jalan Tar untuk beli barang. Sebelum tu kitorang nak pergi tukar duit. Duit raya untuk budak-budak tu. 5 buah bank kitorang pergi tau tak. Dah habis la, bukan time dialah. Last-last pergi Hong Leong bank tukar duet. Lepas tu cepat cepat gerak ke Jalan Tar nak beli kain apa benda entah diorang mintak, beli tisu lah, plastik sampah lah. Ha, macam-macam lah. Waktu tu tengah hari kot. Dah la time orang sembahyang Jumaat, memang jam gila ah.. Kitorang rush sebab petang tu pukul 3 ada kelas pulak. Tuhan saja yang tahu betapa penatnya. 

Malam pulak hias student center. Angkat meja, kerusi pasang sound semualah. Lepas tu main-main. Request lagu lah apalah. Haha. 









Seronok sangat!

*****************************************
Sabtu, THE DAY!!
Pusat Sains Negara.
Me and Faiz in bus.

To be continue......... Sebab aku belum ambek pic kat Anis. HAHA. 
Ni je pic yang ada dalam fon aku.
Lagipun kang jadi panjang entry ni.
Ada masa aku sambung.








After a long time...........

I  got 5 days MC, Ohmygod...~~ Pang!! HAHAHA.
After a long time... Me with jubah! Hoho. Last pakai masa form 2 dekat Seri. (Kat seri every Friday pakai jubah.)

Ba......nyak nak cerita pasal event. Tapi tunggu pic dulu. Alhamdulillah event kitorang berjalan dengan sangat baik and, dapat comment yang sangat positif! Penat sangat pasal hari ni aku keluar lagi. Baju raya,tudung raya,kasut raya semua dah complete. Event pun dah habis. Now focus on test,common test and quizes.. 

Nanti aku cerita full pasal event okeh.. Wait.. :D





Minggu ini.


Monday, tunai janji dengan Si Faiz makan Dominos.Kitorang pergi 4 orang. Aku,Ira, Faiz and aku suruh Faiz bawak gf dia sekali. (Raff merajuk tak ajak dia. Padahal hari tu dia yg kata tak nak Dominos. Tak kenyang lah apalah..)

Yang hujung sekali belah kiri is my favorite! Faiz pun. Dah kena berebut dgn dia. Top secret punya sauce. Yummeyh!

Malam pulak ramai-ramai pergi pasang banner.


Nampak macam rendah je kan. Hakikatnya tinggi sangat! Aku pegangkan tangga terketar ketar tengok Faiz panjat.
Hope segalanya berjalan dengan lancar. Aamiin.
Haha, salah eja. Sepatutnya Darul Kifayah. Thanx kepada yang menderma! May Allah bless us. :)








Rasa macam nak................

1. Quiz OB.
2. Presentation Com.
3. Beli barang VIP. (Event)
4. Presentation BEL
5. Assignment Software.
6. Prepare untuk goodies beg. (baru siap 65%)
7. Tabung derma untuk anak-anak yatim.
8. Preparation untuk TEST MATH!
9. Ujian lisan Bahasa Arab.
10. EVENT!!


Rasa nak guling-guling je dengan benda ni!
Dari 10, esok dah khamis bari 3 siap.
Semalam pergi Chow Kit cari barang kat Plaza GM tak ada yg menarik.
So hari ni pergi Seri Gombak pulak.
Ni baru balek rehat kejap update blog.
Tadi pergi bilik Khai ambek jubah.
Jubah nak pakai waktu berbuka.
Nasib baik muat.

Ok dah.
Penat!! 
Nak buat slide 





Semakin hampir.

 Banner kitorang paling tinggi. Haha. Malam tadi ramai-ramai pergi pasang banner.

Doakan segalanya berjalan dengan lancar yup..
Aamiin.
:)

Event!


Masa nak pilih size, Ezzry jahat gila letak size XL! Nasib baik aku tengok dulu.

My event T-shirt
Next week is our event! Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam sibuk plan event apa nak buat. 

'Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak yatim.'

Pagi kitorang bawak 30 orang anak yatim pergi Pusat Sains dulu. Then nanti petang berbuka sama-sama. :)

Alhamdulillah I've got 3 sponsors. Then kerja aku dipermudahkan. Disebabkan aku urus bahagian cenderahati, sangat-sangat lega ada orang sponsor goodies beg. Now aku dengan kawan-kawan aku which is anak buah aku lah sangat, tengah cari barang untuk VIP je. Then settle!

Aku tak tahu nak describe macam mana. Kitorang dapat sponsor catering, ada orang sponsor macaroon. Murah betul rezeki budak-budak tu..

Siapa-siapa ada nak derma boleh contact aku macam biasa okeh.. Thanx. :)






Seoul Garden pulak!!

Salam. Hye..

Nak cerita pasal semalam. Aku, entah hape yang merasuk tiba-tiba ajak bebudak ni pergi berbuka kat Seoul Garden. Asalnya Zyra dengan Farhana pergi dengan budak claz dia. Aku dengan Ira kan memang dah lama nak makan kat Seoul Garden tu. Then petang tu jugak aku tanya siapa nak ikut. Dah cukup orang, aku call kereta sewa. Masa tu pukul 1. Kelas kitorang habis pukul 5. Sewa kereta pukul 5.30.

Aku mintak tolong Farhana reserved dulu tempat untuk kitorang. Tapi boleh orang tu tak bagi reserved ramai-ramai. Gilo ke apa. Tapi tak apalah, balik kelas, solat semua terus gerak. Waktu macam tu kan jalan jam, ingat sempat nak sampai and reserve? Memang tak la kan. So kitorang berbuka minum air je dulu and solat Maghrib. After tu kitorang pergi balek. Oh, lupa nak cakap. Kitorang pergi kat KL Festival City..

Nah, pic untuk korang. Tapi pic makanan tak banyak sebab kitorang dah makan mana ingat nak ambek gambar apa dah.Lepas makan baru lah sibuk nak ambek pic.

Disebabkan bulan Ramadhan tak ada package (boleh cam tu?). So kitorang kena satu kepala RM48. Macam-macam ada.. Memang rasa dalam drama Korea dah.

Mula-mula amek sorang sikit je. Lepas tu kang dok ulang-ulang. Lepas bangun-bangun..
Aku kononnya bercadang nak ambek prawn banyak-banyak. Tapi sebab TERlalu banyak benda lagi menarik, prawn pun dah x tertarik. Hoho~


Sedappp!!!




Aku ulang ambek ice cream sampai dua kali tau takk!! Haha.

Cuba kira ada berapa pinggan keliling aku tu. Wahahaha!

Us. :)

Meja kami terpisah... Tak pe lahh.. Si baju biru tu, Azman kuat gila makan! 

Ok, that's all. Bye. :)
Sorry la tak amek pic makanan banyak-banyak. Korang faham kan betapa laparnya kitorang sebab hampir pukul lapan baru betul-betul berbuka pasal orang dah penuh. Hehe.

Bagi aku makanan kat sini biasa je. Cuma lain. Err, ye ke biasa? Apsal aku rasa macam nak pergi lagi! Korean food dan makan Korean style. Memang style habess..

Lepas makan sampai pukul 10, kitorang pergi danau sampai pukul 1 pagi. Lepas tu ronda-ronda KL nak habiskan minyak. :agipun gate pukul 4 pagi baru bukak. Pukul 3 lebih semua dah terlentok. Gila kan? Padahal hari ni kelas pukul 8:30 pagi.

Ada dua perkara yang buat aku gembira. Makan dan berbelanja. ;p