Kelebihan dan kelemahan aku adalah berkenaan ingatan. Bagaimana ingatan itu akan dikatakan kelemahan adalah bila mana aku cuba nak ingat perkara penting yang ada dalam buku tebal untuk diingat demi masa depan. Lebih tepat, ilmu untuk jawap exam. Sungguh terasa benak otak nih bila cuba nak ingat baris-baris ayat penting itu. Mungkin banyak sangat dosa. Kot.
Yang menjadi kelebihan adalah ingatan aku terhadap peristiwa. Jika peristiwa itu telah menjadi past tense, maka berubah jadi kenangan. Ya, ingatan aku terhadap itu sangat susah untuk dipadam. Kelebihan yang kadang jadi kelemahan.
Mungkin aku ni jenis yang, benda penting abaikan, benda tak penting, fikirkan.
Sejak dari hari hitam tu, sehingga hari ini, Allah itu tidak henti-henti uji aku. Bermula dari ..... (malas nak sebut), my uncle saket, kes budak kampung aku, laptop buat hal, handphone hilang, kena kencing dengan Celcom.
Sebenarnya aku ni bukanlah jenis yang cengeng benar. Tapi sejak dari ermm, malas nak sebut lagi. Rasanya aku jadi manusia paling cengeng dalam dunia. Nasib baik ego aku masih tinggi. Tidak menangis terang-terang lagi. (eh, iye ke?)
Esok sudah mahu pulang. Harapnya, doanya, segala akan jadi baik-baik saja. Entah aku masih kuat atau akan rebah. Aku sendiri tak tahu.
No comments:
Post a Comment