Kamu 1

Aku bukanlah terlalu rindu seperti tahun tahun yang lalu.
Cuma aku masih sibuk mahu tahu lagi fasal kamu
Jadi bila tangan aku gatal jenguk segala macam social network kamu
aku sedar,ada rasa sayang yang masih bersisa.

Boleh aku kata aku masih mahu duduk di tempat pengganti aku itu?
Boleh aku kata yang aku masih mahu dengar detak jantung kamu?
Atau boleh aku kata aku masih mahu renung mata hidung dan bibir kamu?

Aku tahu perkara begitu tak akan sekali kali berlaku.
Cuma aku keliru, kenapa yang bahagia kamu dan derita masih aku?

Tolong jawapaku.

No comments: