Memilih.

"Kau ni memilih sangat sebab tu la tak kahwin-kahwin. Boyfriend pun tak ada."

Aku pernah jadi manusia yang tak memilih. Selagi aku suka, selagi hati aku jatuh kepadanya, siapa dia dan bagaimana dia aku tak pernah kisah. Kalau aku memilih, ex(es) aku tak handsome kaya berharta macam G Dragon pun (eh). Semuanya biasa biasa saja. Dan kerana aku TIDAK memilih, maka pengakhiran bagi semua kisah aku tak begitu baik. Maka kali ini berilah aku peluang untuk memilih. Biar lah sedikit lambat. Aku tak mahu berlumba lumba untuk kahwin just because orang lain dah kahwin. Perancangan Tuhan itu, aku percaya lebih indah.

Menantilah 'kisah kahwin' aku dengan doa doa. Moga yang terbaik untuk aku. :)


No comments: