The end of our short love story.

Lama aku ambil masa untuk menulis fasal ini. Bimbang kalau-kalau setiap patah yang bakal aku luah lukakan mana-mana hati. Tapi jenuh juga aku nak jawap bila orang tanya pasal kami. Honestly, our relationship dah the end. Maaf untuk semua yang mendoakan bahagia. Maaf mengecewakan semua yang baru berkongsi rasa bahagia ini.

Kenapa? Apa dah jadi.

Biarlah aku kata memang tak ada jodoh. So many things happen yang tak dapat aku nak kongsi. Aku tak mahu hanya kerana satu silap dia, buat aku lupa sembilan puluh sembilan lagi baik dia. Dan kerana aku juga ada silap aku.

Terima kasih untuk segala bahagia yang dia pinjamkan untuk aku selama setahun lebih ini. Sebagai kawan dulu, dia tidak pernah mengecewakan. Lelaki terbaik pernah aku ada. Mana mungkin aku lupa orang yang selalu buat aku senyum dan ketawa. Orang yang menghiburkan aku bila aku duka nangis fasal entah apa-apa. 

Berkawan tak sama macam masa bercinta. Even masa bercinta sekejap itupun dia sangat beri aku bahagia. Malah dia lelaki yang berjaya buat aku lupa kekasih enam tahun itu. 

Yang menyanyi untuk aku.
Yang petik gitar untuk aku.
Yang menangis untuk aku.
Yang melukis untuk aku.
Yang berjaga untuk aku.
Dia.

Tapi, dia juga lelaki. Dia juga buat kesilapan. Cuma aku tak mahu menulis fasal silap itu. I don't want to talk bad about him. 

Untuk pengganti aku nanti, tolong jaga dia baik-baik. Aku tak tahu siapa dan bila cuma aku mahu pesan,

- Dia nampak macam happy tak ada apa-apa tapi sebenarnya dalam hati dia dan diri dia bukanlah begitu kuat. Dia mudah goyah.

- Kalau awak tahu kelemahan dia, jangan keep teasing him sebab dia akan rasa rendah diri. (That's what I always did, keep teasing him)

- Kalau dia kata dia lapar, cepat-cepat temankan dia. Selain dia ada gastrik, dia sebenarnya bosan. 

- Dia suka makan berteman bukan sebab dia biasa berteman tapi sebab dia tak biasa berteman. Dia selalu makan sorang bila kat rumah sebab tu slain dekat rumah, he need friends untuk teman dia makan.

- Dia makan bersepah, dia tak makan telur kuning. Kalau telur kuning cair, cepat-cepat ambek jangan bagi dia nampak sebab dia geli.

- Dia tak pandai order makanan kalau kat tempat tak biasa dia pergi. Kalau menu baru, pilihkan something yang ada nasik dan ayam. He will like it.

- Kalau dia merajuk, jangan biar dia. Keep texting and or keep calling his name. Dia akan tak layan sekejap lepas tu dia akan okey.

- Dia ada satu sifat which is kalau dia geram dia suka hentak meja or tutup pintu kuat. (Kalau dia bengang sangat tapi dia cuba tahan baran dia.) 

- Please ingat ini, aku selalu risau kalau dia bawak kereta malam sebab ibu dia pernah cakap mata dia kalau malam tak nampak sangat. Please ingatkan dia always careful kalau drive malam-malam.

- If he request you something, try to fulfill it sebab kadang-kadang kalau dia kata tak apa sebenarnya dia kisah. Bukan kadang-kadang, selalunya.

- Dia ada ramai kawan perempuan. Dia akan layan kawan more than you maybe. Kalau tak tahan, jangan jebakkan diri. Sebab itu kelemahan dia. Dia akan lebihkan kawan. 

-Kadang-kadang dia lupa apa yang dia janji, tapi apa yang kita janji dengan dia memang sampai sudah dia akan ingat.

- Don't make he feel like dia macam tak diperlukan. Sebab dia sangat cepat berkecil hati. :)

Itu je lah kot. Banyak tapi cukuplah setakat ni.

For you,
Jaga diri, jaga hati sendiri dan hati orang lain. Belajar jadi bijak buat keputusan. Don't repeat your mistake. I'll forget you. I'll forget us. But I'll never forget what you've done to me. All the joy and pain, I'll remember till my last breathe. 

I love you my lil bro.
I love you my bestfriend.
I love you my namja.
Take care.

Thanks for everything......:)
Hidup baik baik.
Selamat tinggal. 


6 comments:

sabrinashekhahmad said...

Sayunya baca . Sis terlampau ambil berat tentang dia :') I means his little things . Stay strong , okay :'D

nyna amani said...

Thanks for drop your comment here Sabrina. Of course I did. He is my bestfriend before became my ex.. :')

NZ said...

hmm..sedihnya..be strong k

nyna amani said...

Aku okey je.. :) Thanks Zakiah..

Jannah Latif said...

aigoo.. concern giler ko kat dia kn. its ok nyna. hidup masih pnjg. chill! :)

nyna amani said...

Ye lah, pernah kawan lama kot.. Sy chill je.. :)