Review novel Fixi; GANTUNG. |must read|

Disebabkan aku dah bosan baca novel kahwen paksa, kahwen kontrak kahwen wasiat segala, aku cuba cari bahan bacaan lain. Dekat twitter kecoh sangat novel novel fixi so aku pun tergoda dan try baca.

Aku start dengan novel asrama. Best. Rasa macam ada kat zaman nakal nakal kat seri dulu. Tapi aku tak nak review asrama sebab GANTUNG | Nadia Khan ni lagi bapak best.

Kalau kau nak baca novel nadia khan kau kena;

Kuat iman; sebab kau kena pandai la nilai benda tu patut buat ke tidak or sekadar dlm novel and jangan terpengaruh.

Minda kena buka; sebab bagi aku tak sesuai la dengan kita yg kononnya penuh ciri ketimuran ni.

Kuat daya memikir; cehh sgt. Aku masa baca ni mak aku panggil ke apa aku mana dengar punyalah dah masuk dlm cite tu. Pergh bahaya

Cite dia pasal 4 orang budak sekolah (Gibss, Troll, KJ, Ray) yg cipta musketeer code. Tak boleh ada steady gf. Kalau sorang 'makan', semua kena 'rasa' sekali sampai lah one of them break the rule. Jatuh cinta.....

At the same time,
Ada sorang minah psiko muncul and buat diorang jadi huru hara.

Yang bestnya watak Fara la boleh cakap and nampak roh.

Dalam ni aku suka watak Gibss and KJ pasal KJ suka prank orang, Gibss ermmm... ahh korang baca la. Serius, Gibss bukan watak mcm Tengku Adam Mukhriz dlm Ariana Rose, but he better than that yg mana kau akan fall in love dgn dia even dia nakal mampuss.

Kalau kau harap novel cinta semata memang tak dapat ah dalam ni. Dia lebih pada friendship and misteri tapi bila masuk bab cinta pergh mak aii sweet amat. Kah!

4 setengah bintang untuk GANTUNG sebab setengah lagi hilang pasal aku ni kampung siket, bab bab blue dlm novel aku tak berapa boleh hadam la. Yang lain, daebak!!


3 comments:

Anonymous said...

Novel ni patut dibuat movie la..sumpah best kot..

siti noor ashraf said...

U ptot baca novel kacau, keluaran pixi gak tp novelist die I lupe aape..seram siot baca meremang bulu

Farahaqilah mohd sani said...

Yes.. betul tu.. kacau terbaek.. aku suka watak malika...