Entah bulan yang keberapa, entah hari yang keberapa, entah jam dan minit yang keberapa, tidak pula aku cuba untuk mengira. Kerana berapa lama pun waktu itu berlalu, aku tetap pemilik hati yang sama. Aku rasa sudah lama. Aku rasa seperti telah banyak perkara yang berlaku. Aku kenal dia, dia, dan dia. Dan disitu kisah bermula.
Aku tidak berniat untuk menyakiti sesiapa. Aku hanya ingin keluar dari kepompong yang dahulunya dicipta oleh dia untuk aku. Tapi aku salah langkah.
Aku menghargai mereka. Malah sangat berterima kasih kerana cuba buat aku bahagia semula. Tapi bila lebih yang diminta, mereka buat aku rasa sungguh serba salah.
Ini kata benar dari hati aku,
Selagi dalam hati aku masih ada dia, selagi itu aku tidak boleh 'mencuba' dengan sesiapa. 'Mencuba' itu hanya akan jadi ruang untuk aku melukai. Dan aku tidak mahu begitu. Fasal hati, Fasal perasaan, aku lain. Aku tidak serupa dia yang boleh cari pengganti dan bertukar sayang sekelip mata.
Maka aku harap semua faham keadaan aku. Ini untuk kebaikan semua. Kamu,kamu dan kamu, mahu aku mencuba sedang dalam hati aku tidak sikit pun ruang untuk kamu? Memang, kamu boleh kata 'lama-lama..' Tapi sampai bila 'lama-lama' itu? Jadi aku undurkan diri dari semuanya sekali. Adalah lebih baik aku tidak dengan sesiapa supaya tidak ada seorang pun yang rasa tidak adil.
Kamu,kamu dan kamu tidak kenal benar aku siapa. Percayalah, kecewa itu akan sebentar saja...
Maaf.
No comments:
Post a Comment