Aku dah tak ingat berapa lama aku jadi single. Sebab aku tak kira and aku tak hingin nak kira. Kalau boleh, toleh belakang sikit pun aku tak nak. Aku dah letih bersedih and menangis. Now, aku nak menghargai hidup sendiri.
Korang percaya tak aku tak pernah pergi karaoke? Karaoke jamban tuh aku penah masuk kejap teman kawan aku then keluar. Sebab aku rasa sangat entah hape2 tempat tuh. But, disebabkan orang asyik kata karaoke tuh best sangat, aku pun join diorang pergi, bukan karaoke jamban okey. And, memang pun. Kitorang pergi 4 orang. bilik tuh muat la untuk 4 orang. Kitorang dalam tuh dah macam orang gila. And, aku tak tahu siapa sebenarnya yang putus cinta. Aku ke, diorang? Asyik nyanyi lagu sedih je.. Aku pulak yang nyanyi lagu happy. And, masa mula-mula aku ingat macam aku akan sedih la kan. Maybe sambil nyanyi sambil menangis tapi tak lansung. Air mata sikit pun tak keluar. Haha.
Malam tuh pukul 11 baru balik. Aku, Nurul, Zyra and Farhana. Teksi tak ada. Kitorang balik jalan kaki lalu tepi kubur. haha. Nasib la kan..
And, hari Selasa tuh Faiz pulak ajak pergi karok. Then kitorang pergi 4 orang. Aku,Ekyn, Faiz and syahir. Tapi aku tak nyanyi pun. Aku gelak tengok diorang nyanyi je. Semua 3 orang nih kaki karok punya orang. Sakit mental aku aku rasa nyanyi dangdut lah ape lah. Sakit perot gelak. Dengan menari sambil nyanyi memori daun pisang. Adoy, sabar je la..
Ha, Ahad tuh kitorang pergi TS, jalan kt BB. bapak sakannya. last week memang aku tak sempat nak fikir benda lain. Jumaat malam pergi SOGO, sabtu ada kemahiran Insaniah, malam pergi karok, Ahad pergi Ts, bb semua tuh. Berjalan sakan. Barulah terasa bermaknanya life nih.
This week nak pergi Jalan Tar pulak. Nak cari Telekung baru for my mom and ntok diri aku sendiri. Masuk Sogo lagi and tengok beli apa yang patut.
Voucher RM200, sabar ye.. Dalam kepala nak grab novel and motivation book. :)
This week gelabah gila sibuk dengan assigment CSC. Actually benda tuh senang je. Tapi last minit baru dapat idea. Malam jumaat tuh, aku, Ekyn, Faiz and Faridzul siap pergi Mcd lagi konon2 nak siapkan assignment. Tapi tak siap jugak. Padahal esoknya nak hantar dah. Main je lebih. Aku if ada diorang nih memang nak terkeluar usus je la.. Apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Kitorang semua dapat hantar assignment tuh.. :)
Terima aksih kehidupan yang sibuk. Kau buat aku lebih menghargai hidup.
No comments:
Post a Comment