Kalau engkau jadi aku...

Kalau kau jadi aku,
engkau akan faham apa yang telah aku lalu,
kalau engkau jadi aku,
baru engkau akan faham kenapa aku bertingkah begitu.

Enam tahun yang berlalu bukan sekadar sebuah kisah cinta manusia.
Tapi perih dan getir menahan hanya Tuhan yang tahu.

Kalau engkau jadi aku,
engkau pasti akan lebih hormat perasaan aku.
Engkau tidak akan laku begitu.
Tapi engkau bukan aku.
Engkau tak faham dan tidak akan pernah faham.

Wahai manusia bernama lelaki yang memburu.
Fahami aku
Aku perlu ruang dan masa,
Segala yang berlaku dahulu, yang engkau tidak tahu itu,
berilah aku kesempatan pulihkan dulu.

Cinta enam tahun tidak akan boleh hilang untuk enam hari.
Harap engkau faham.

Aku enggan bertemu lelaki seperti dia lagi buat masa ini. Luka masih berdarah. Jika sudah jadi parut pun, sakitnya masih terasa.

2 comments:

jannah latif said...

rindu update tbaru dr kau nyna.. :)

nyna amani said...

Hehe.. update dah...