untuk awak kawan saya............

Dear kawan saya,

Mungkin saya nampak macam tak ambik tahu. Nampak macam saya tak teringin lansung untuk bertanya. Sebenarnya saya sengaja buat macam tu sebab saya tak nak awak tahu yang saya tahu. Saya tak nak awak rasa tak selesa. Saya teringin sangat nak jumpa awak lepas saya tahu apa yang jadi. Even kita bukan rapat sangat, tapi satu masa dulu, kita pernah belajar sama-sama. Saya teringin nak peluk awak. Peluk anak awak. Teringin berkongsi segala rasa yang awak simpan dan pendam dalam hati selama ni. 

Bila masuk hal rumah tangga, kami orang luar bukan lagi macam waktu bercinta dulu sesenang rasa nak cuba menolong. Saya belum kahwin, saya tak tahu pahit manis orang yang dah kahwin. Meski hati saya sakit sangat dengar cerita, saya lansung tak kata apa dengan awak. Saya memang sibuk dengan hidup sendiri, tapi saya masih bertanya. Malah selalu bertanya progress kes awak, walau bukan terus dengan awak. Saya tanya orang yang rapat dengan awak. Dan orang yang rapat dengan awak, yang risaukan awak siang malam tu selalu update dekat saya. Hanya kita yang tahu..

Bila saya dengar kes tu dah selesai, saya terus rasa nak terbang sana peluk awak. Saya harap awak kuat dan tabah. Saya nak cium anak awak. Saya nak kata dengan dia, saya ada sama-sama dengan ibu dia. Saya akan tahan dia supaya tak rebah macam saya.

Saya tahu awak kuat. Sebab itu Allah bagi ujian yang macam ni. Saya tak sekuat awak. Selalu awak tahu, kami sentiasa ada untuk awak. 

Awak, jaga diri baik-baik, jaga anak saudara kami baik-baik. Saya dari jauh akan selalu doakan yang terbaik untuk awak. Jangan patah balik pada orang yang buat awak derita. Jangan kalah dengan rasa yang tersisa. Mesti kuat, mesti jadi iron mummy. :)

Saya sayang awak,kawan.. 

Kawan awak.
Nyna. 

4 comments:

Shakira Pathi said...

Tolong mana mampu jea sebagai rakan ni :)

ezyra daniel said...

sehabat sejati selalu ada sweaktu susah dan senang

ika sulaika said...

x mmpu tlong pakai tangan , boleh pakai lidah ataupon hati <3 saya doakan kbhgiaan dia dri jauh :D

sufi mukhriz said...

mendoakan untuk kawan itu yang paling baik....doakan yg terbaik utk dia...