Asalnya Jumaat lepas aku merancang nak pulang ke kampung pasal mak cik aku baru balik dari Langkawi. Dia balik kampung, so aku nak jumpa dia dekat sana. Kebetulan cousin aku hantar text aku bagi tahu yang pak cik aku dah dibawa balik semenanjung.
Jumaat, aku dah balik lewat. Macam-macam hal jadi before aku dapat naik bus!Dalam bus duduk sebelah mamat ensem for the first time. Haha. Ok, tak nak cerita pasal tu dulu. Nanti aku cerita.
Esoknya, aku pergi tengok pak cik aku lambat sebab masa my dad sampai aku belum siap. Ok, sebenarnya belum siap tu belum mandi. Hehe. Then petang aku pergi dengan Pak Cik aku yang belah mak.
Sebelum tuh my mom dah pesan, if rasa nak menangis, keluar dulu. Jangan menangis depan dia. Masa tu aku macam biasa je. Call adik aku, suara menangis dah. Adik aku cakap Pak Cik aku dok tanya2 aku. Petang, dalam pukul empat lebih, aku pergi. ICU 2, tingkat 4.
Aku langkah perlahan lahan. Sampai dekat katil, aku tengok and dalam hati, 'Ni pak cik aku ke? Ya Allah, he totally different. Aku tahan air mata sungguh-sungguh. Dia angkat tangan. Aku salam and dia buat isyarat nak peluk and kiss pipi aku macam biasa. Tapi wayar berselirat. Aku tak boleh peluk. Aku pusing pergi katil belah lagi satu and kiss pipi banyak kali and dahi..
Leher bertebuk. Badan Ya Allah kurus sangat. Dia banyak kali angkat tangan suruh aku tengok tangan dia. Kurus sangat-sangat! Muka dia lain. Tapi masih senyuman yang sama.
Aku cakap aku nak keluar kejap sebab ada orang lain nak masuk. (ICU boleh masuk dua orang,dua orang je). Bila sampai luar, aku pun merambu rambu la air mata.
Macam mana aku tak sedih. Aku sangat,sangat rapat dengan dia. Apa aku nak, mintak dia akan bagi. Tambah-tambah pasal makan. Dia yang akan buat sendiri. Nak makan udang? Satu periuk besar dia masak. Nak tom yam? Sebelanga besar dia buat. Dia belum kahwin and belum ada anak so, dekat siapa lagi dia tumpang manja if bukan anak-anak saudara dia.
Sebelum dia sakit, sebenarnya dia merancang nak datang rumah aku dulu dekat Kuantan and jalan-jalan before balek kampung kat Jengka. Tapi, dah la payah nak jumpa, bila dia sakit, sangat susah kami nak pergi tengok dia kat sarawak tuh.
Sungguh aku tak tahu nak sembang apa. Aku cakap, 'Blackhead pak cik dah banyak. Nanti nina picit' Sebab dulu, asal nampak muka aku. aku jadi tukang facial dia. Aku rindu dia kutuk-kutuk ex aku. Baru aku tahu kenapa dia tak suka ex aku. Mungkin dulu dia tak tahu macam mana nak cakap.
Semalam sekejap sangat aku dapat cakap dengan dia. Aku tak faham dia cakap sebab susah, tapi aku cakap-cakap jugak. And, hari nih aku dah balik and tak sempat nak jumpa. Adik aku cakap dia tanya aku and cakap aku tengok dia sekali je.. Menitik nitik air mata aku dengar.
Ya Allah, kalau boleh aku sendiri nak jaga dia. Tapi aku betul-betul kena balik. Aku akan cari masa untuk datang lagi. InsyaAllah..