Sebenarnya, aku masih tertanya tanya,
Sebenarnya, aku masih tercari cari,
Sebenarnya aku masih terasa rasa,
Sebenarnya aku masih terngiang ngiang.
Tentang apa yang sebenarnya aku tahu adalah bukan semua orang tahu apatah lagi untuk semua faham. Hanya aku, hanya aku yang tahu dan faham.
Tanya aku kenapa begitu sukar. Kerana aku lalui yang bertahun itu seolah olah bertahun,tahun dan tahun. Pasti kau tidak betah untuk faham bukan?
Tanya aku kenapa tidak dengan yang lain. Jawapan yang pasti dan nyata, bukan aku tidak mahu, malah sangat perlu. Cuma belum ada yang mampu. Bukan lah memilih. Tapi jika hanya sekadar bertukar kata, tanpa ada rasa debar dan detak dihati, (sambil pegang dada) aku tidak boleh. Maka jawapan yang lebih tepat adalah belum jumpa. :)
Tak salah kan begini saja. Tapi Nurul kerap sangat kata, "Kak Nina, awak kena cari. Umur awak dah berapa." Wah, betul-betul terasa sudah tua.
Sebenarnya banyak perkara yang aku nampak selepas semuanya. Aku nampak kehidupan aku sebagai perempuan. Semuanya gara-gara kaunseling dengan doktor baru-baru ini. Haha.
Yes, misi untuk banyak duit. Sekurang kurangnya bila dapat shopping, hati lega sedikit.. Mari belajar bijak-bijak. Kerja elok-elok. :p
Merepek kan? Haha.
2 comments:
semoga akak kuat !
Thanx dear.. :")
Post a Comment