'Nak kuat macam kamu.'
Kamu nampak saya kuat sebab saya masih lagi hidup sehingga hari ini. Hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu. Biarkan masa pulihkan semuanya. Untuk kamu, di awal-awal kamu dilukai, rasanya adalah memang seperti. Rasa yang tiada daya untuk buka mata hadapi hari yang bakal kamu tempuhi.
Pastinya bangun pagi tiada lagi text dari dia. Sebelum tidur dan kamu pasti terasa sangat sukar apabila memikirkan kamu tidak lagi dapat berkongsi segalanya dengan dia.
Aku faham. Kerana aku melalui hari-hari itu. Kamu juga tahu bukan? Percayalah, masa akan buat kamu biasa. Masa akan menyebelahi kamu. Teruslah berdoa dan berdoa. Allah is always with us. Believe me.
Kalau kamu dapat lihat hati aku, ia pasti lebih parah dari kamu. Ada parut yang belum sembuh tapi sudah dtoreh dengan yang baru. Tapi aku masih hidup dan sihat, bukan?
Jiwa yang punya hati dan perasaan adalah jiwa manusia. Jiwa dan perasaan apabila diuji, terasa lemahnya kita sebagai manusia, lebih tepat sebagai hamba ALLAH. Maka berpalinglah kamu kepada yang Satu. Kerana di mana kamu berada, di situ ada DIA. Bukan dia. Dia tidak akan ada untuk kesat air mata kamu. Apatah lagi untuk menghentikannya. Tapi DIA, sentiasa melihat kamu dan menunggu masa untuk gantikan dengan bahagia. Dia mampu? Tak, dia tak mampu. Dia hanya mampu buat kamu sedih, sakit dan suffer!
1 comment:
Masa akan menentukan semuanye :'(
Post a Comment