Just give me a reason.





Right from the start
You were a thief
You stole my heart And I your willing victim
I let u see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them



Masih - Aku

Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu


This is real life

Firstly nak mintak maaf kat siapa-siapa yang mintak tolong aku editkan blog sebab aku dah start kerja. Memang lah balik petang, kerja office hour tapi bila balik letih and idea berterbangan.. Sorry ye. Cakap pasal kerja, today is my second day. Pergi interview hari selasa tu, esoknya dia suruh datang kerja. Kerja apa? Ala, kerja biasa je...




Nampak tak sampai dua calculator tu? Macam tak kena dengan jiwa kan.. Dah second day ni ok je.. Aku kerja bahagian audit. Tapi mungkin akan dihantar bahagian HQ. I don't want. Gaji memang lah boleh jadi banyak. Aku tak nak kerja malam atau sampai malam.. Nehii..... Sekarang dah selesa bahagian ni..

Aku kerja, kerja yang tak akan habis.. HAHA..

Orang lain kerja bagai nak gila buat OT untuk sara diri, aku pulak sebab nak beli fon baru. Hehe. Jeles semua orang dah pakai Note 2.

Tempat kerja.

Kat department aku ni, dalam bilik ada 5 orang. Tapi yang Chinese mam besar tu memang naik untuk pantau je. Yang dua orang lagi pulak selalu busy keluar tengok outlet. Tinggal la aku dengan Kak Sheena. Kitorang berdua je. Dua hari kerja, aku dapat tahu akak yang riuh-riuh yang selalu happy go lucky tu dah bercerai. Kawan baik sendiri rampas suami dia. Tapi diorang still baik. Kalau aku memang tak ah kan. Ni bukan gosip eh,akak tu sendiri yang cerita. Then akak meja depan aku tu pulak, ada anak sorang tapi dia tak jaga. Kak Sheena kata mungkin suami dia dah meninggal or mungkin dia bercerai.

Diorang kerja kuat. Ke sana, ke mari.. Buat OT sampai 8:30. Kerja untuk besarkan anak..Aku kerja sibuk nak beli fon baru. Bukan semua marriage tu berkahir dengan happy ending.. This is real life.

Baru masuk mesti tanya umur, dah kahwin dan adakah bakal berkahwin? HAHA..

Maaf.

Memang rasa benci tu dah hilang.
Tapi maaf, rasa benci tu dah hilang sekali dengan rasa sayang.

Perlukan tutorial code yang baru!

Korang mesti tahu kan aktiviti aku kalau balik rumah apa. Edit blog orang. Memang dah tak de kerja lain aku akan penuhi request kawan-kawan aku yang mintak tolong editkan blog diorang.

TAPI............
Tapi, masa balik tu, aku dah perasan template code tu dah macam lain. Ada aku baca kat satu blog ni, dia cakap boleh edit macam biasa. Aku bukak code dan tengok gitu je lah. Tengok macam senang je sebab dia dah bahagikan siap-siap.

Malangnya, bila aku nak start dengan blog kawan aku hari ni, aku macam blur. Lama aku tengok code. Line by line tahu tak? Aku cari code tak jumpa. Dia tak keluar pun bila aku tekan control F dan cari code tu. Menyirap betul. Maka aku study balik code-code yang ada. Bandingkan dengan code aku. Aku try masukkan kan code aku kat kawan aku. Tak jadi apa pun. Stress.

Biasanya dalam satu dua hari aku dah boleh siapkan satu blog yang dari togel tu siap dengan header. Header I need more time lah sebab kena cari idea ikut tema segala kan. Tapi kali ni aku mintak maaf sangat-sangat. Aku rasa aku perlukan satu hari untuk study dulu code baru ni.

Code memang sama, tapi aku kena tahu dulu kat mana tempat dia. Eiyy, siapa dah pro pasal template code baru ni please help me. Kalau ada tutorial yang baru ke..

So, waliey and zyra, blog korang akan siap lambat sikit tau.. Sorry.. I'll try my best okehh.

Selamat

Rasa macam lama tak update. Malas. Bukan malas, tak ada mood mungkin. Kalau dulu malas-malas pun ada jugak share lirik ke kan. Sebenarnya ada ba.......nyak nak cerita. Nak cerita pasal kebas baucer Faiz seratus, nak cerita hadiah-hadiah dari budak bilik. Nak cerita pasal hug Ira lepas tu tunggu dia balik baru nangis. Nak cerita jugak pergi makan burger kukus lava yang memang dah lama aku nak pergi tu, akhirnya dapat jugak pergi. Macam-macam lah.

Tapi nantilah. Tunggu mood sampai walau dah basi kan. Sekarang tengah hanyut sebenarnya. Hanyut dengan novel Hlovate. Semua salah Syida sebab kenalkan aku dengan novel Hlovate. Sebenarnya hari tu sampai merajuk-merajuk dengan Faiz pasal baucer sebab nak beli segala novel Hlovate, tapi tak ada pulak. Nasib baik sempat beli dua bijik. Tunas dengan Rooftop Rant.

Hlovate ni orang dia macam mana ya. Dia macam tahu serba serbi. Sebab tu readers dia macam berteka teki dia ni lelaki ke perempuan. Tapi tahu dah, dia perempuan. Hlovate punya novel tak jiwang meleret leret macam cerita kena paksa kahwin, tapi tetap sweet penuh pengisian. Nak kata macam baca novel Islamik pun kadang ya, tapi Islamik dia tu sampaikan dengan cara santai dan.. entah, tak tahu nak cakap. Macam baca novel mat salleh pun ye jugak. Macam baca motivation book pun ye jugak. Bak kata Syida, 'Penuh pengisian.'

Sekarang tengah masuk dalam cerita Jade dengan Trisy. Rooftop Rant. Dipersilakan semua orang baca novel ni.

Bila dah balik rumah, aktiviti macam biasa bermalas malasan. Siang malam pagi petang kalau Faiz bangun wechat dengan dia. Kalau belum bangun kacau Ira. Ha, macam tu je lah. Err, ada lah mesej dengan ermm.. (Bukan adalah, tapi sejak balik Kuantan macam makin kerap je) Sehari dua kali cas fon. 

Setakat ni belum ada apa yang menarik. Mak sibuk carikan kerja untuk aku. Ada memang ada. Dekat tempat kerja anak kawan dia. Tapi malas nak pergi interview. Malas nauzubillah.

Datang mood, aku update lagi. Terima kasih sebab yang ini pun nak baca. Kan stalker? :)


Bad girl, nice guy. :)

Semalam saya dan dua orang lagi kawan saya telah bertolak ke Semenyih dengan menaiki kereta sewa. Selepas paper Law, kami tidur sebentar dan ambil kereta pada pukul satu tengah hari. Disebabkan kami sewa setengah hari, maka kami harus pulangkan semula pada jam satu pagi.

Selepas pulang semula dari Semenyih dan puas bergomol dengan Adam, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur. Sisa masa yang ada kami ke TS, karok dan ke danau.

Bermulalah penggembaraan kami............
Penggembaraan kepala hangguk! Kitorang terpaksa berani mati panjat tembok tinggi untuk masuk ke hostel kerana gate kunci pukul 12 malam ye.. Sebelum itu sempat lagi saya bergaduh dengan kawan lelaki saya. Jadi saya geram dengan dia, saya dan kawan-kawan tekad panjat tanpa sebarang bantuan dari beliau. Huh!

Tiga orang spiderwomen tadi memulakan langkah-langkah memanjat. Pinjam-tak-bagi-tahu abang kedai tu kerusi dia, letak slow-slow kat tepi tembok, dan saya orang pertama panjat the tembok. Saya panjat kerusi, saya pijak paku yang ada. Paku tu dipaku seperti tangga untuk pijak. (Saya tak tahu kenapa paku tu ada kat situ. ) Bila dah sampai atas, saya bajet untuk turun. Saya ingat kaki saya sampai, tapi rupanya tembok tu memang tinggi dan saya terpaksa terjun dengan gaya spiderwomen. Hasilnya, pergelangan bahu saya masih sakit sampai ke hari ini. Lengan saya luka tergeser dan calar di badan. 

Saya dah selamat sampai tapi tiba-tiba ada abang yang kami pinjam kerusi tak bagi tahu tu tegur Ira dengan Nurul. Nak tolong katanya. Dia ingat kami nak keluar. Padahal nak masuk. Dia siap nak ambikkan tangga. HAHA. Tak payah la bang.. Tak mencabar. Saya tak nampak apa yang berlaku, saya hanya dengar perbualan tu sebab tembok yang memisahkan kami. Next is giliran Ira. Dia panjat lepas tu tunggu lama atas tembok sebab fikir cara paling selamat untuk dia mendarat. HAHA. She's so funny. And last, Nurul. Ok, done.

Dah bertahun-tahun saya tak buat kerja gila seperti ini. Sudahlah buat perangai pada usia begini. Bila nak matang ni..?


Tapi kami masih impikan lelaki begini. HAHA. Pigi da... Jangan mimpilah kan..... ;)



Guess what? Beliau akan datang Malaysia bulan enam ni! MELTING!


I'm not mad.


You destroyed me with your harsh words. Thanks.