Selamat

Rasa macam lama tak update. Malas. Bukan malas, tak ada mood mungkin. Kalau dulu malas-malas pun ada jugak share lirik ke kan. Sebenarnya ada ba.......nyak nak cerita. Nak cerita pasal kebas baucer Faiz seratus, nak cerita hadiah-hadiah dari budak bilik. Nak cerita pasal hug Ira lepas tu tunggu dia balik baru nangis. Nak cerita jugak pergi makan burger kukus lava yang memang dah lama aku nak pergi tu, akhirnya dapat jugak pergi. Macam-macam lah.

Tapi nantilah. Tunggu mood sampai walau dah basi kan. Sekarang tengah hanyut sebenarnya. Hanyut dengan novel Hlovate. Semua salah Syida sebab kenalkan aku dengan novel Hlovate. Sebenarnya hari tu sampai merajuk-merajuk dengan Faiz pasal baucer sebab nak beli segala novel Hlovate, tapi tak ada pulak. Nasib baik sempat beli dua bijik. Tunas dengan Rooftop Rant.

Hlovate ni orang dia macam mana ya. Dia macam tahu serba serbi. Sebab tu readers dia macam berteka teki dia ni lelaki ke perempuan. Tapi tahu dah, dia perempuan. Hlovate punya novel tak jiwang meleret leret macam cerita kena paksa kahwin, tapi tetap sweet penuh pengisian. Nak kata macam baca novel Islamik pun kadang ya, tapi Islamik dia tu sampaikan dengan cara santai dan.. entah, tak tahu nak cakap. Macam baca novel mat salleh pun ye jugak. Macam baca motivation book pun ye jugak. Bak kata Syida, 'Penuh pengisian.'

Sekarang tengah masuk dalam cerita Jade dengan Trisy. Rooftop Rant. Dipersilakan semua orang baca novel ni.

Bila dah balik rumah, aktiviti macam biasa bermalas malasan. Siang malam pagi petang kalau Faiz bangun wechat dengan dia. Kalau belum bangun kacau Ira. Ha, macam tu je lah. Err, ada lah mesej dengan ermm.. (Bukan adalah, tapi sejak balik Kuantan macam makin kerap je) Sehari dua kali cas fon. 

Setakat ni belum ada apa yang menarik. Mak sibuk carikan kerja untuk aku. Ada memang ada. Dekat tempat kerja anak kawan dia. Tapi malas nak pergi interview. Malas nauzubillah.

Datang mood, aku update lagi. Terima kasih sebab yang ini pun nak baca. Kan stalker? :)


No comments: