Semalam saya dan dua orang lagi kawan saya telah bertolak ke Semenyih dengan menaiki kereta sewa. Selepas paper Law, kami tidur sebentar dan ambil kereta pada pukul satu tengah hari. Disebabkan kami sewa setengah hari, maka kami harus pulangkan semula pada jam satu pagi.
Selepas pulang semula dari Semenyih dan puas bergomol dengan Adam, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur. Sisa masa yang ada kami ke TS, karok dan ke danau.
Bermulalah penggembaraan kami............
Penggembaraan kepala hangguk! Kitorang terpaksa berani mati panjat tembok tinggi untuk masuk ke hostel kerana gate kunci pukul 12 malam ye.. Sebelum itu sempat lagi saya bergaduh dengan kawan lelaki saya. Jadi saya geram dengan dia, saya dan kawan-kawan tekad panjat tanpa sebarang bantuan dari beliau. Huh!
Tiga orang spiderwomen tadi memulakan langkah-langkah memanjat. Pinjam-tak-bagi-tahu abang kedai tu kerusi dia, letak slow-slow kat tepi tembok, dan saya orang pertama panjat the tembok. Saya panjat kerusi, saya pijak paku yang ada. Paku tu dipaku seperti tangga untuk pijak. (Saya tak tahu kenapa paku tu ada kat situ. ) Bila dah sampai atas, saya bajet untuk turun. Saya ingat kaki saya sampai, tapi rupanya tembok tu memang tinggi dan saya terpaksa terjun dengan gaya spiderwomen. Hasilnya, pergelangan bahu saya masih sakit sampai ke hari ini. Lengan saya luka tergeser dan calar di badan.
Saya dah selamat sampai tapi tiba-tiba ada abang yang kami pinjam kerusi tak bagi tahu tu tegur Ira dengan Nurul. Nak tolong katanya. Dia ingat kami nak keluar. Padahal nak masuk. Dia siap nak ambikkan tangga. HAHA. Tak payah la bang.. Tak mencabar. Saya tak nampak apa yang berlaku, saya hanya dengar perbualan tu sebab tembok yang memisahkan kami. Next is giliran Ira. Dia panjat lepas tu tunggu lama atas tembok sebab fikir cara paling selamat untuk dia mendarat. HAHA. She's so funny. And last, Nurul. Ok, done.
Dah bertahun-tahun saya tak buat kerja gila seperti ini. Sudahlah buat perangai pada usia begini. Bila nak matang ni..?
Tapi kami masih impikan lelaki begini. HAHA. Pigi da... Jangan mimpilah kan..... ;)
Guess what? Beliau akan datang Malaysia bulan enam ni! MELTING!
1 comment:
ohh itu standard hehehe dok hostel kalau xpernah panjat pagar xbest lah hahahaa
Post a Comment