Perlukan tutorial code yang baru!

Korang mesti tahu kan aktiviti aku kalau balik rumah apa. Edit blog orang. Memang dah tak de kerja lain aku akan penuhi request kawan-kawan aku yang mintak tolong editkan blog diorang.

TAPI............
Tapi, masa balik tu, aku dah perasan template code tu dah macam lain. Ada aku baca kat satu blog ni, dia cakap boleh edit macam biasa. Aku bukak code dan tengok gitu je lah. Tengok macam senang je sebab dia dah bahagikan siap-siap.

Malangnya, bila aku nak start dengan blog kawan aku hari ni, aku macam blur. Lama aku tengok code. Line by line tahu tak? Aku cari code tak jumpa. Dia tak keluar pun bila aku tekan control F dan cari code tu. Menyirap betul. Maka aku study balik code-code yang ada. Bandingkan dengan code aku. Aku try masukkan kan code aku kat kawan aku. Tak jadi apa pun. Stress.

Biasanya dalam satu dua hari aku dah boleh siapkan satu blog yang dari togel tu siap dengan header. Header I need more time lah sebab kena cari idea ikut tema segala kan. Tapi kali ni aku mintak maaf sangat-sangat. Aku rasa aku perlukan satu hari untuk study dulu code baru ni.

Code memang sama, tapi aku kena tahu dulu kat mana tempat dia. Eiyy, siapa dah pro pasal template code baru ni please help me. Kalau ada tutorial yang baru ke..

So, waliey and zyra, blog korang akan siap lambat sikit tau.. Sorry.. I'll try my best okehh.

No comments: