Apa yang best sangat dengan Hlovate tu?

Kecintaan aku pada karya Hlovate ni bermula dari.... ermm.. dari Syida! Kawan aku masa kat Seri dulu. Masa tu kalau Jemari Seni punya writer, aku suka karya Syud. Semua Syud punya novel aku ada. 

Hlovate, bagi peminat novel dia, mesti nak tahu dia ni sapa kan. Memang tak ada orang tahu la.. Just tahu dia ni student medic kat oversea. Tak tahu lah dah balik Malaysia ke belum.

Bagi aku, novel dia ada semua rencah. Bukan novel jiwang tak tentu arah. 

Novel yang aku beli ni cetakan ke dua belas  okeh. DUA BELAS! Lama tak lama novel ni boleh aku ketinggalan. Ye lah, aku kan dah lama jugak berhenti baca novel. 

Aku dah baca Versus, Tunas, Rooftop Rant, sekarang on the way 5 Tahun 5 Bulan pasal baru dapat tadi. Arma pergi Jemari Seni dan tolong belikan untuk aku dua bijik tu (5 Tahun 5 Bulan and Aa+Bb). Terima kasih Arma! Hantar dalam hujan tadi dia..

Versus.
Dalam Versus kau akan masuk dunia budak skates. Macam mana kau nak tinggalkan benda yang tak berapa baik untuk kau tapi kau suka amat dengan benda tu. Kau belajar macam mana daripada terpaksa, menjadi rela dan bertukar akhirnya kepada redha. 

Dalam Versus aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk jadi manusia yang lebih baik sebab aku tengok orang tu baik. Yang untuk duduk selayak dengan orang yang baik tu, kau belajar jadi baik.

Tunas
Tunas buat aku rindukan Seri teramat. Serius tak tipu. Dan segala kerja gila yang diorang buat dekat hostel tu memang tak gila bagi bebudak hostel. Aku rindu senior. Aku rindu crush. Aku rindu segala kenakalan dan kedegilan kami. 

Tunas ajar aku jadi perindu. Rindu pada kawan-kawan yang gila. Rindu pada indahnya dunia remaja.

Rooftop Rant.
Apa aku boleh kata pada karya Hlovate yang ini ya.. Berubah. Perubahan. 

Lepak atas rooftop sebab skip tuisyen dan TER jumpa someone yang tiba-tiba dapat kongsi rasa dengan kita memang coolio kan. Tiba-tiba rasa nak cari rooftop. Mana tahu dapat jumpa orang macam 'Jade' dan art kan segala cerita. :)

5 Tahun 5 Bulan.
Sebenarnya aku ada baca sikit dekat blogdrive Hlovate tapi tak perfect la cerita dia. Dan sebab itulah juga aku macam orang gila cari novel ni.. Mana ada dah kat Popular tu... Setakat ini aku suka semua fasal novel ini kecuali nama watak hero. Heh, HAHA....

Tak boleh nak review lagi sebab tak habis baca lagi...


9 comments:

mia :) said...

Salam. Yeayyy kita geng! hehhe
must read *yg trbaru* : ANTHEM
crita dia lbih kurang rooftop rant, psl prubahan.
watak trisy, jade & lekiu pun ada jugak.
Hlovate mmg best ^^

nyna amani said...

W'salam... Really?? Waa best2.. Nak baca nanti! Akan beli!

ridoma said...

wah geng novel..

Mysara Ab Rahman said...

kte pn suke karya2 hlovate..novel dye best2 n mmg cpt hbs! klu g pbakl tu mmg susah nk dpt buku dye sbb sold out! yg baru ni anthem ni blum dptkn lg

kasya syiera said...

tak pernah lagi baca karya hlovate tu ! tsk tsk kena beli ni

nyna amani said...

Mysara : memang pun.. Ini pun kawan belikan kat Jemari Seni.. :) Nnti kalau dah baca anthem buat review ya..

nyna amani said...

Kasya : Beli tau! Lansung tak rugi. Banyak ilmu dalam novel ni.. :)

Termoo Doremon said...

hlovate pnye novel mmg trbaek!!1 xpenah mngecewakan..skrg die de wat yg baru kn, kompilasi tunas + aA+bB.. wlaupon da bce, tp tetap beli gak..haha

Fatirah said...

hey geng kipas susah mati hlovate:)

da ada sume koleksi hlovate
tak sabar nak dapatkan koleksi terbaru pesta buku kali ni

Hlovatinta II