Sebab dia tinggal aku, maka aku belajar banyak benda dan andai satu masa aku betul-betul dah ada yang punya, aku mungkin lebih bersedia.
Menyaksikan (amboi ayat menyaksikan) persengketaan couple ni memang buat aku nak gelak. Bukan gelak kan mereka, tapi gelakkan diri sendiri. Dulu, aku macam yang si perempuan itulah. Tingkah aku, cara aku layan rasa marah dan bengang aku, cara aku face dengan karenah ex aku, sangatlah tak matang. I see she's crying in front of me. I can feel the pain. She's suffered a lot.
Bila kita kecewa, bila dah pendam lama-lama, kita akan buat benda-benda bodoh. We want them to feel our pain too. So dengan sengajanya we hurt them. Sebenarnya, tu semua keruhkan lagi keadaan. Contohnya macam aku dulu lah, after broke up, dok blog tulis segala kan,. How stupid I am. My ex never talk bad about me. My ex never blame me. He know he make mistake, tapi aku juga ada silap aku and he never mention it to public like me.
Orang lelaki bukan faham apa yang kita nak. Apa yang kita rasa. Apa yang kita kecewa pasal dia. We have to make it clear. Jangan main tarik tali. Jangan nak suruh dia faham bila kita dah buat dia sakit hati sebab kita sakit hati dengan dia. Dulu aku ingat dia buat-buat tak tahu, buat-buat tak faham. Tapi sebenarnya, bila aku berkawan dengan kawan-kawan lelaki aku, diorang memang spesis bengap tak faham. Bukan sengaja buat-buat tak faham. Bukan.
Kadang-kadang, erm, bukan kadang-kadang la, memang selalunya bila diorang buat sesuatu dan kita rasa benda tu salah, dia just mintak maaf. Sebenarnya, diorang tak rasa pun benda tu salah. Ayat senang, "I bukan curang pun." Kan? Siapa pernah kena sila angkat tangan. Dia ada kawan perempuan, keluar dengan kawan, keluar tak bagi tahu, tak mesej, diorang bukan rasa salah pun. Diorang tak rasa diorang buat salah dan bila kita marah, dia ingat benda tu perkara yang kecil. Mintak maaf then settle.
Kita pulak, cuba fikir kenapa kita marah? Sebab bila kita yang tak mesej, keluar dengan kawan lelaki, keluar tak bagi tahu, dia marah kan? Sebab tu kita rasa tak adil. Sebab tu jadi BENGANG.
Bagi aku, lepas apa yang jadi pada aku, dan apa yang jadi sekeliling aku, aku belajar satu benda. Kalau aku ikat dia kemas macam mana pun, kalau memang Allah kata dia bukan dengan aku, memang akan terlepas jugak dari ikat kemas aku tu. Tapi kalau aku lepas bebas dia, buat apa yang dia dan aku suka (selagi tak melebih) kalau dah memang jodoh, memang dia yang akan datang ikat kita lagi kuat dan tak lepas dah.
Nak bercinta kena ada dua hati yang kuat. Kuat tahan dugaan. Kuat tahan perasaan. Kuat dan penuh kesabaran.
Aku tak kuat untuk semua tu.
Jadi aku pilih jadi pemerhati.
Pilih untuk sendiri.
Sorry.
Kalau semua orang faham.
Kan?
:)
Again,
You can put the blame on me.
But please,
Don't bringing up my past.
1 comment:
love the phrase on the pic :)
sye singgah.
Post a Comment