Friends and families, May Allah bless all of you. Thanx for everything

Sekejap tadi aku godek-godek youtube tuh, aku jumpa satu video nih. And automatik aku teringat masa mula-mula aku saket sebab putus chenta lah sangat ni.

Lebih kurang tiga bulan lepas, lepas aku dapat tahu Encek Ex ada perempuan lain. Dada aku macam nak pecah. Aku tak tahu nak pecahkan dekat siapa. Dalam bilik tak ada orang sebab semua pergi kelas. Tangan aku capai handphone dial nombor AZIE. Dia angkat je call, aku lansung x bercakap. Just menangis, menangis, menangis macam orang mati laki. Oh, bodohnya rasa. Dia tanya kenapa, aku jawap sekat-sekat bagi point. Dia terus jawap. "Tunggu, nanti aku datang."

Bayangkan dia yang tengah ada hal kat Temerloh masa tu terus datang KL. Dia teman aku sehari semalam.

 Budak-budak bilik aku macam-macam buat lawak nak hiburkan hati aku.

Hampir dua hari aku tak pergi kelas, hari kedua, budak-budak class aku pulak datang tengok aku. Macam datang melawat aku dalam hospital sakit jiwa je. Masa nak balik diorang peluk aku. bagi aku semangat. *Bila ingat balik, sumpah tengah kesat air mata nih.

Inbox Facebook aku penuh dengan nasihat and segala macam motivation. dari yang kenal sampai yang tak kenal. Kawan aku yang bertahun tak bertegur and lost contact boleh jadi close dekat Twitter..

Lia cakap. " If kau menangis lagi, siap kau!" Lia paling tak pandai pujuk. But bila bercakap dengan dia, aku tenang and senyum.

Adik-adik aku tak payah cakap. Diorang memang tak suka kat ex aku. My mom, sangat worry. She knows her daughter. Saudara mara semua tak pernah tak ada dalam hidup aku.

Apa lagi yang aku nak? Aku just hilang sorang. Yang ada dengan aku more than hundred people. Sentiasa berada di sekeliling aku. Saat aku terasa lemah dan mahu rebah. Diorang cepat-cepat tahankan aku.

Hanya kerana seorang, aku buta. Aku tak nampak apa yang ALLAH tunjukkan pada aku. Apa yang limpahkan pada aku. Syukran. Alhamdulillah.

Selepas hari ini, selepas entry ini ditulis, aku mula berhati hati untuk titiskan air mata lagi. Sebab tak mahu orang-orang yang bersungguh hentikan air mata aku, bosan dan penat dengan sikap aku sendiri. Aku mahu hargai mereka dengan cara ini. Senyum dan gembira. I'll try my best! :)

Best Friends: You laugh, I laugh. Yoy cry, I cry. You fall, I laugh then I fall too because I was laughing so hard.


 No need for revenge. Those who hurt you will eventually screw themselves up. And if you're lucky, God will let you watch.

Thanx to all. Ya Allah, Alhamdulillah. Bless them Ya Allah... I love them.

2 comments:

Jannah Latif said...

sabar tu kan separuh dr iman. wlu pun ilang sorg tp msih ade beratus kan..
nyna kan kuat, msti boleh pnye!

let bygone be bygone.
hidup msti terus kn.. :)

nyna amani said...

Thanx Jannah! I luv you. :')