29 Februari

Petang semalam lepas penat dengan Treasure Hunt, aku dah terbungkang tidow. Tetiba Si Faiz mesej cakap Raff ajak tengok 29 Februari.  Aku pun pergi bilik Ira, memang tengah tidur lah semuanya pasal memang penat gila.  Pujuk Ira then pukul 9 malam kitorang gerak pergi Wangsa Walk. Kitorang sampai tu dah pukul 9 lebih. cepat-cepat beli tiket and masuk panggung. Masa kitorang masuk dah sampai scene bapak Budi kena penggal kepala dengan komunis.

Aku tak tahu nak cakap cerita ni macam mana. Apa yang aku boleh cakap is cerita ni berbeza dari cerita lain. KRU kalau buat cerita faham-faham la kan. Diorang ni memang creative.

Kitorang asalnya nak tengok yang 3D, tapi masa tu tak ada. Apa yang aku boleh cakap, cerita ni SANGAT CANTIK. Haa.. punyalah tak tahu nak describe macam mana. Kalau nak tahu apa yang aku maksudkan, pergi lah tengok.

Apapun, aku suka love story dalam cerita ni. Watak Budi yang setia gila babi sampai tak tua-tua sebab cari Si Lily tu. Even bila jumpa balik Si Lily tu dah tu kerepot pun dia still jaga lagi.. Ha, macam tu la cinta sejati kan.. Oh ya, Budi ni lahir 29 Februari, tu yang dia lambat tua tu.. Orang dah tua dia tak sedar pun dia tu sebenarnya dah tua pasal fizikal dia maintain muda je lagi. Tak sama dengan orang biasa.

Faiz kat sebelah aku tengok touching scene kawan dia yang buta tu dikatakan 'dah pergi tinggalkan kita...' Padahal.... Ha, tengoklah sendiri.

Budi, remy Ishak, sebelah tu kawan dia Razak yang buta.
Raff pulak dah habis cerita tak habis-habis ayat ni ;

Lily : Kalau budi jadi kelip-kelip, kemana Budi nak terbang?Budi : Kalau Budi jadi kelip-kelip, Budi takkan terbang kemana-mana. Budi akan kat sini terangi hidup Lily..

Nak practise kat awek dialah tu.. HAHAHA.

Ira pulak tak abes-abes bengang tak ada 3D sebab dia kata kalau tidak mesti macam rasa kelip kelip tu kat tepi-tepi kita..

Yang paling aku suka dalam cerita ni is babak merdeka. Gila meremang bulu roma aku.. KRU memang genius lah buat cerita macam ni. Rasa 'hidup'.

Tapi yang aku tak suka is scene menyanyi. Tak kena lansung timing dia. Aku baru nak sedih. Masa dah nak mati pun tiba-tiba menyanyi. Faiz kat sebelah marah kat aku dia kata scene sedih aku pegi bantai gelak. Padahal Raff kat hujung dah gelak. Ira pulak dok tahan gelak. Faiz je konon-kon focus pastu gelak jugak. Haha, bongok je bebudak nih..


Heroin dia Chinese ni. Memang pandai berlakon and cantik sangat dia.. Ha, lagi satu aku memang puji make up dalam cerita ni.. Sekali dengan Budi aku nampak apa sebenarnya yang nak disampaikan dalam every scene, every year and semualah..

Amboi, komen macam gheti sangat kan.. Itu je lah. Pergi lah support filem 3D Melayu ni. Best woo.. Aku rasa kalau tengok 3D mesti lagi gempak. Aku tengok scene bapak Budi kena penggal kepala tu even tak 3D pun dah menjerit.

3 comments:

nadzirah sofia said...

cite dia aksi2 ke?

nyna amani said...

@nadzirah sofia
bukan, cerita cinta and patriotik.

nur said...

bez x citer nih?? hee...blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..