Untuk dia, untuk dia..

"You know my name, not my story. You've heard what I've done, not what I've been through. If you were in my shoes, you'd fall the first step."

Hidup saya tak mudah. Hidup awak pun tak mudah. Masing-masing ada lalui perkara perit masing-masing. Saya jugak dan awak tahu apa cerita dia. Tapi awak memang tak tahu apa yang saya lalui. Hari-hari yang saya tempuhi. Awak tak tahu.

Awak boleh cakap saya begitu begini. Awak boleh teka sesuka hati. 

Awak suka saya. Saya hanya boleh berterima kasih, tapi tidak untuk berkasih kasih. Jadi awak rasa saya salah?

Saya tak pernah janji apa-apa. Saya tahu, janji itu, kalau tak boleh nak tepati  jangan dibina. Jangan bina bertingkat-tingkat sebab sampai hari ini saya masih sedang cuba runtuhkan tingkat-tingkat itu. Jadi saya tak mahu awak jadi seperti saya.

Ada orang pernah janji pada saya dia akan dengan saya sampai bila-bila. Dia janji dia akan berubah dan setia dan saya tunggu dia bertahun tahun lamanya. Apa yang saya dapat hanya kata semata-mata.

Awak tahu waktu itu saya masih cinta dia. Bila awak call malam-malam dan tercakap pasal dia, saya titiskan airmata. Kemudian sedaya upaya awak cuba pujuk saya. Saya ingat awak faham saya.

Tak mungkin saya boleh suka awak sekelip mata. Saya pun dah halang awak tunggu saya. Tapi awak kata awak tetap nak tunggu saya. Saya tak suka kemudian awak salahkan saya.

Saya tahu kenapa awak salahkan saya. Sebab awak baca blog ini. Awak nampak sepertinya saya bahagia tanpa awak. Entah apa lagi yang awak baca sampai awak boleh keluarkan kata-kata yang sangat menghiris hati saya.

Memang saya bahagia. Saya ada kawan-kawan dan keluarga. 'Dia' juga semakin saya lupa sebab awak jugak yang kata, dia tak cintakan saya jadi kenapa masih perlu nak sedih. Tapi itu tak bermakna saya boleh suka awak. Itu lansung tak buat saya boleh jatuh cinta dengan awak. Lansung tidak.

DAN, saya boleh suka dan jatuh cinta pada siapa-siapa saja yang saya suka. Sebenarnya awak tak suka bila saya bahagia dengan orang lain. Awak ingat tak saya pernah cakap,

" Kalau dia (my ex) tak happy dgn saya tapi happy dengan orang lain saya redha. Sebab kita nak tengok orang yang kita sayang tu happy kan."

Tolong doakan saya bahagia. Bahagia dengan sesiapa juga sekalipun bukan dengan awak. Tolonglah, saya dah letih derita. Kalau saya buat awak sakit hati tanpa sengaja, dari hujung rambut sampai hujung kaki ampun maaf saya pinta.



Kalau orang suka kita, dan kita tak suka dia itu satu dosa, maafkan saya.

Terjawap tak kenapa saya nak tutop blog?
Ramai sangat tanya.
Tak tahu sebenarnya nak jawap macam mana.
Maaf juga kalau ada sesiapa lagi yang
saya buat dia terluka tanpa sengaja.
Saya ini manusia biasa.
Khilaf itu dimana-mana.
:)


No comments: