Selepas sebulan tak ada weekend. Selepas sebulan terkejar-kejar. Hari ni, selepas our business plan dah di submit, maka terlepas lah satu beban untuk semester lima ni.....
Sebulan busy, dan tiga hari tak tidur malam. Tidur, tapi tidur sejam dua waktu pagi. Itu pun curi-curi masa.
Bermula Jumaat, 15 March 2013.
Bukanlah bermula Jumaat sebenarnya, sebelum tu lagi hidup aku dah huru hara dengan BP ni.
Dugaan demi dugaan kot. Mula-mula duit viva kitorang hilang. Kena curi dekat surau! Bayangkanlah dekat surau! Lepas tu aku pulak belum jumpa packaging. Dan, big thanks untuk Megat sebab cari my packaging sampai jumpa. Kalau dia perempuan, dah lama aku peluk sebab masa tu aku memang dah pasrah gila dah dengan packaging.
Dia boleh suruh aku turun lepas tu buat muka sedih,
"Sorry Nyna, aku tak jumpalah..."
Aku masa tu macam, hmm, tak apalah aku boleh cari inisiatif lain. Sekali dia bukak pintu belakang kereta then,
"Jeng.. Jeng..." Dia keluarkan packaging. Arghh! Aku dah la banyak kerja tak settle, dia boleh main jeng jeng pulak kan.. Apapun, memang terima kasih banyak-banyak carikan benda alah tu! :)
Benda penting kot. Then, petang tu ekyn pulak call kata tertinggal bun kitorang. Aku terus turun pergi cari. Ya Allah, penatnya Tuhan saja yang tahu.
Jumaat malam kitorang kena siapkan mana yang tak siap sebab esoknya nak viva. Makanya, bermulalah perkampungan dari surau sampailah dekat bilik aku. Jannah and Fatin buat kerja kat bilik aku sampai siang tu. Kitorang lansung tak tidur. Boleh bayangkan tak sedangkan esoknya kitorang ada viva.
Thanks to Zack belikan roti canai hantar kat aku pukul 4 pagi. Hee. ;p
Sabtu , 16 March 2013.
Dari jumaat tu tak tidur, terus buat burger kitorang untuk viva. Masak-masak apa semualah. Maka selesailah viva kami yang sepatutnya mula pukul 11:30 pagi sampai 12:30 tengah hari tapi start pukul 1 tengah hari nak dekat pukul dua dan berakhir pukul 4. Haa.. Engko nampak tak betapa lamanya kitorang viva? Everything okey kecuali bahagian finance. Alhamdulillah, me as marketing manager semuanya ok. Sumpah aku risau sales forecast aku, but Alhamdulillah again, betul.. :)
Lepas viva aku dengan Ekyn masak pulak. Ekyn masak spageti then aku buatkan burger kitorang. Makan ramai-ramai. Lepas kemas-kemas, (Diorang dah tertidur dah, penat sangat) aku termenung then terlelap sekejap.
Malam dalam pukul 9 pulak kitorang ada dinner OMSA. Lepas OMSA, Faiz text tanya nak overnight tak. Ira memang dari awal ajak aku overnight. 11:30 malam kitorang keluar dari hostel pergi overnight. Aku, Ira, Jannah, Faiz, Raff and Megat. Mula-mula nak pergi karok kat Sri Gombak tapi full. Then pergi Superstar kat Wangsa Walk. Karok 3 jam. Then konon nak pergi makan satey kajang. Pergi Kajang sia-sia. Satey apa pukul 3 pagi?? Then nak lepak Putrajaya pun dah tutup. Dalam dok pusing-pusing, aku, Jannah, and Ira dah terlentok. Sedar-sedar dah sampai NZ kat KLCC.
Kat situ bersepah orang mabuk, kitorang mamai-mamai baru bangun tidur kang orang ingat mabuk gak. Mujur pakai tudung. Amendalah Raff suka sangat lepak situ. Penuh manusia runtuh akhlak. Ada cina tu mabuk mujur tak jatuh kat aku. Aku tahu diorang ni, rindu zaman clubbing lettew.. Mujur memasing dah insaf.
Ahad, 17 March 2013
Even viva dah lepas, BP belum hantar. Isnin is last date. So sekali lagi pakat-pakat berkampung kat bilik aku. Kali ni sekali dengan group Ira datang berkampung. Dari petang sampai pagi ni, Isnin, 18 March kitorang buat BP. Disebabkan our finance tak balance-balance, maka kami terlambat hantar BP. Dan macam sebelum ni, kitorang tak tidur.
Isnin. Today.
Hantar BP dah lewat. Sepatutnya pukul 10 pagi, 10 lebih baru hantar.. Lepas satu beban. Selebihnya tawakal je lah.. :)
***************************************************
Thanks Nurul ajarkan Financial Manager kitorang account.Thanks Ira share information dengan aku.Thanks to our bos, Faridzul, and all managers, Fatin, Ekyn, and Jannah.Thanks to Zack hantar roti canai pukul 4 pagi.Thanks to Megat carikan packaging sampai jumpa.Thanks bebudak bilik yang layan tetamu-tetamu saya.
Budak bilik aku asyik-asyik,
"ETR, pulangkan Kak Nina saya.."
HAHA, aku selalu tak ada kat bilik dan aku, bila buat kerja serius. Kesian diorang. Now, I'm back.
Thanks to semua lah. :)