Adik-adik saya. |
Sejak kawan dengan Faiz dan Faz, aku dengan Ira keluar selalu ada bodyguard. Selain dari suka berjalan dan bawak kami berjalan, Faz selalu jadi tukang komen baju atau apa-apa yang nak beli, Faiz jadi tukang pegang barang aku atau tukang tunggu Ira kalau Ira tertinggal dekat belakang. Faiz kalau ikutkan bukan jenis suka pergi shopping. Kalau lambat dia tarik muka atau buat lembik lutut, sebab itu kalau rasa nak shopping malas ajak dia. Tapi dia nak jugak ikut sebab dia kata nanti bosan. Pishang dekat bilik.
Faz ok. Selalunya kalau keluar, aku yang kata nak beli apa-apa tapi dia yang pegang dua tiga plastik bag dah. Dia memang pantang nampak apa-apa tambah-tambah perfume. Lepas tu aku dengan Ira akan jadi tukang bau perfume dia sampai pening kepala. Penyudahnya dari geleng angguk jadi angguk semua.
Ira selalu senyap dalam kereta. Ira memang tak banyak cakap orang dia, jadi Faz suka usik cakap macam ni bagi Ira bersuara, " Bam, (nickname Ira) , kau suka Faiz ye bam." Bila usik macam tu baru Ira jawap untuk protect diri. Faz lagi nak usik dia akan cakap, "Ke, kau suka aku..." Lucu tengok Ira cuba protect diri dia. Kemudian kami semua ketawakan situasi tu. :)
Sabtu lepas kami pergi SOGO. For the first time untuk Faz dia naik kenderaan awam iaitu BAS, sebab kereta dia hantar bengkel. Muncung je mulut. Untuk Megat Farzurein, selamat datang kedunia kami. Dunia orang biasa yang kemana-mana dengan kenderaan awam ni... HAHA..
Masa naik bas, Faz cepat-cepat cari tempat duduk yang dekat dengan aircond, lepas tu ada bangla duduk sebelah dia, faiz kat sebelah aku dah bisik, "Faz jumpa abang sedara dia. "
Setiap kali kami luangkan masa bersama, aku selalu terlupa aku pernah sedih atau kecewa atau apa-apa saja. Mood baik aku akan turn on. Dan dengan mereka ini kadang kala aku hilang tatasusila sebagai perempuan bila gelak tak ingat dunia. Faiz always make joke. Itu salah satu sebab aku selesa kawan dengan dia. Ada je yang buat aku marah then gelak. Faz pun sama. Ada je yang nak jadi bahan mainan atau bahan lawak. Ira walaupun bukan jenis banyak bercakap, tengok dia ketawa aku pun bahagia.
Aku akan rindu korang. Akan selalu. :)
Aku akan rindu korang. Akan selalu. :)
2 comments:
haha.. teringat zaman belajar dulu. selalu naik bas.. senang dan jimat
Ha ah, mmg jimat. :)
Post a Comment