Aku tak tahu aku patut sedih atau apa. Tapi bila saja aku baca, aku hanya senyum. No more tears. Sungguh, melupakan dia adalah satu benda yang paling susah. Rasanya lagi susah dari ambek Business Math. Ada pernah satu hari tu aku lepak minum petang dengan Faiz dan aku tiba-tiba tercerita pasal dia dekat Faiz. Aku cerita sambil aku senyum ja. Lepas tu Faiz cakap,
"Sweet jugak dia."
"Sebab tu aku belajar maafkan dia. Dia pun pernah buat aku bahagia. Aku happy."
"Sepatutnya dari awal lagi kau buat macam tu."
"Ha ah.. Dia baik sebenarnya.. Dia ok. Cuma silap dia tak nak terus terang dengan aku. Kalau dari awal dia cakap dia betul-betul tak sayang aku kan tak jadi macam ni.."
Itu waktu aku borak dengan Faiz. Borak dengan kawan baik aku pulak.
"Kau tak nak kawan dengan dia ke?"
"Aku nak, tapi aku tak boleh."
"Kenapa?"
" Sebab aku memang tak boleh jadi kawan dengan dia. Memang dengan dia aku tak boleh jadi kawan."
Kadang-kadang aku terfikir macam mana bila kami masing-masing dah ada hidup sendiri nanti. Dia ada keluarga dia, dan aku dengan keluarga aku. :)
Dia pernah membahagiakan. Tapi kesilapan dia buat aku lansung tak nampak itu. Bila aku tahu dia sebenarnya cintakan orang lain selepas enam tahun, aku merasakan yang semua bahagia itu adalah fake. Semua yang dia buat itu entah apa tujuan dia aku tidak tahu. Sebab itu aku sukar maafkan dia. Sebab itu aku perlu banyak masa untuk tidak marah-marah pada dia.
Aku doakan dia bahagia. Dan aku pasti dia mampu membahagiakan. Alangkan aku yang dia tak cinta ni pun dia boleh buat aku bahagia, apatah lagi dengan orang yang dia benar-benar cinta, bukan? :)
To his love,
Jaga dia untuk aku. Dia sendiri pun sudah banyak terluka.
To him.
Jaga dia untuk aku. Dia sendiri pun sudah banyak terluka.
To him.
Maaf untuk segala lepas laku.
4:51 pagi lepas terbaca benda yang tak sepatutnya aku baca.
1 comment:
barang yg lepas jgn di kenang.. :)
Post a Comment