Raya sangat best bila...


Hye semua.. :)

Ramai dah yang buat entry pasal raya but aku baru nak cerita hari ni. Gambar tak banyak sebab lupa nak bawak camera. Lepas tu sibuk sangat beraya sana sini and layan tetamu yang datang.

Ok, let's start with my first raya.

Kalau orang lain raya bangun awal-awal, aku macam biasa bangun waktu biasa. Haha. Kawan aku dah warning awal-awal suruh bersiap awal jangan dia datang baru nak mandi. Teruk benau anak dara nih. Then siap-siap mula dengan salam-salam semualah kan. Sayangnya pic tak elok sebab my phone kalau gelap pic x cantik. Dslr tertinggal. :(

Lepas je dah salam siapa yang ada, oh ya, aku raya rumah belah abah dulu sebab belah abah kami dah tak ada atuk and nenek. Since my uncle pun baru pulih, we spend time dengan dia lah. Family belah mak pulak, family Mak Long je tak balik. Memang meriah belah sana. Tapi sayang tak ada gambar dengan diorang sebab aku datang pun dah lewat petang.

First kitorang pergi rumah Tok Ngah. Beraya kat rumah dia dulu. Aku hadap karipap serunding dia sorang-sorang je. Masa nak balik tu kan, Tok Ngah perempuan peluk aku and cakap, "sepuluh ribu ni.." Aku macam loading sekejap then lama sikit baru faham. Hehe.

Dah balik tu aku, adik-adik, pak cik and mak su pergi raya rumah jiran. Sebenarnya aku jarang ikut orang beraya. This year bila aku beraya, makcik2 yang ada mesti macam, "Ni anak Din (My dad, dekat kampung orang panggil Din) ka?" "Ni yang sulung ke? Macam muka mak dia.." Ha, itulah kalau balik kampung.. Macam-macam lagilah kan. Harap faham lah.. ;p



Banyak buah rumah jugak kitorang pergi. Petang tu pulak, kawan aku datang rumah. Kawan baik aku masa sekolah kat kampung dulu. Lepas tu tiba-tiba buat kerja gila ajak pergi Jengka lain. And,and,and guess what? Aku dengan Cik Muspirah ni naik motor panas-panas pergi Jengka 4 and Jengka 7! Betul-betul kerja gila dengan tak pakai helmetnya. Dulu aku pernah duduk Jengka 4 tu, so aku pergi rumah kawan aku Ruby. Rindunya tempat lama tu.. Then pergi rumah kawan Mus kat Jengka 7. Yana nama dia. Tak sangka pulak dia kenal aku. Tapi aku ni jenis tak perasankan orang..


Lepas beraya sakan, kitorang pun balek..

Second day!

Aku ingat second day dah tak ada apa-apa dah, kalau raya pertama aku yang sibuk beraya, second day pulak aku yang sibuk layan tetamu. Thanx semua yang datang.. :)

And, yang paling best is, kawan aku Jannah, Lili and Muzammir datang! Yahhoo.. Happy sangat-sangat diorang datang.. Dah beraya rumaha aku, angkut aku pergi raya jengka 4 lagi. Dekat rumah Awatif pulak. Thanx tu Encek driver Muzammir yang hantar aku balik pulak. Haha, kena buli..

sayang jannah. xoxo. Haha.
Pic lain dekat handphone awatif.. Yang ada kat aku ini je.. Apapun, thanx korang.. :D

Malam pulak kawan aku Ruby datang. Oh ya, raya kedua tu is open house kat rumah belah mak. Buat nasik hujan panas. Kawan aku Ruby ni is my bff kat sekolah rendah dulu. Happy sangat-sangat dia datang sebab bawak dua orang anak dia! Ruby datang dengan family dia. Husband and anak dia sepasang. Ya Allah, comelnya anak dia.. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je dia hantar pic anak dia yang nombor dua tu waktu bersalin. Sekarang dah boleh berlari lari dah.. 

yang baju pink tu cousin aku.
Si Abang ni pandai je aku amek pic dia buat peace.
Kualiti gambar sangat menyakitkan hati kan?

Third raya still orang datang tak putus. Fourth raya YB pulak datang visit my uncle. Orang datang siang sampai ke malam. Thanx semua.. :)

Selamat hari raya!

Ok, lepas raya misi kuruskan badan pulak! K bai. :)
Raya sangat best bila kawan-kawan kita datang kan? :D










4 comments:

Razil Tahir said...

wahh! meriahnya beraya!
Raya saya busy jugak.. nak tulis tapi, pannjang sangat laaa.. huhuhuh

Jannah Latif said...

aku x sempat lg nk update entry raya.. busy memanjang. huhu

xoxo :)

nadzirah sofia said...

berat naik ke raya ni?haha

nyna amani said...

@nadzirah sofia
Ha ah naik! HAHA.