Ruang - Hati - Luka - Sembuh


Dalam hati aku ni, ada banyak ruang dan tempat untuk orang-orang yang aku sayang, tapi hanya ada satu ruang untuk orang yang aku cinta. Ruang tu, satu ketika dahulu aku tempatkan untuk seseorang. Aku penuhkan satu ruang itu hanya untuk dia seorang. Kerana ruang itu hanya untuk dia seorang,maka dia jadi terlalu selesa dan sesuka hati untuk buat apa saja pada ruang yang aku tempatkan pada dia.

Bertahun tahun aku pertahankan dia pada tempat yang satu itu. Di ruang hati aku yang semakin luka dan parah. Tapi setiap kali luka, aku ubatkan dan ikhtiar sembuhkannya sendiri. Aku masih tempatkan dia pada ruang itu tanpa sedikit pun untuk tolak dia pergi walau seinci. Aku bertahan dan pertahankan. Tapi selepas bertahun aku jahit luka sendiri, dia sendiri yang keluar dari ruang itu walau aku tak benarkan. Dia kata ini untuk kebaikan aku. Dia kata semuanya demi aku. Hakikatnya, dia lama di ruang hati aku, aku tahu aku sebenarnya tak pernah ada dalam ruang hati dia.

Jadi, dia pergi dan gantikan orang lain untuk ada di hati dia. Dia buka hati dia luas untuk orang itu dan campak aku jauh tanpa belas. Kalau aku tahu dari awal yang bukan aku yang ada dalam ruang hati dia, aku tak akan bertahun tahun jahit luka sendiri.

Sejak saja dia keluar dari ruang itu tanpa izin dan tanpa belas, ruang itu seolah olah tertutup dengan sendiri. Dari aku yang terluka, jadi aku yang paling banyak melukai. Segalanya masih tersisa di ruang itu. Parut yang aku jahit sendiri masih terasa sakitnya, jadi aku tak mahu ruang yang tak sepenuhnya sembuh tu dihuni oleh sesiapa lagi.

February-March.
Bulan ini pada tahu lalu aku tekad campakkan dia juga dari hati selepas segalanya gagal ditutup lagi. Aku tahu segalanya. Aku tahu kebenarannya. Aku tak dapat elak dari benci dia. Aku tak dapat elak untuk  tak memaafkan dia.

Aku simpan cerita yang aku tahu sorang-sorang disudut hati tapi masa balik kampung dalam kereta entah macam mana aku tercerita pada semua. Dan hanya sebaris ayat dari mereka sampai hari ni mereka akan kata. 

"Dia kejam."

2 comments:

LaLa mhdnor said...

sabar ye, insyaAllah ada hikmah disebaliknya :)

NJihe.am said...

salam singgah, kuatkan semangat menghadapi cabaran hidup. Pasti ada ganjaran buat kita dari Allah :)