Sayang kau sekejap.

Terbaca conversation kawan aku dekat inbox dia semalam. Kawan aku ni lelaki. Dia tu bangang sangat bagi password kat aku suruh buat something kat FB dia tapi tak padam. Aku pun godek r. Haha.. Conversation ni aku dah edit sebab kau tahu je lah budak laki kalau dah bercomment comment kan. Tapi point penting lansung tak jejas.

Kawan dia : Kau cakap dah?
Dia : Tak pun. Kau serious ke?
Kawan dia: Serious la.
-potong-

Dia: Aku tak nak dia sedih dowh. Sian aku tengok sampai kurus gitu. Kawan aku tu kot.
Kawan dia: Relax r. Aku nak kenal je pun.
Dia : Kau tu kenal aku tahu dah.
Kawan dia : Tak nak tolong tak pe la. Bagi aku nombor dia.
Dia : Nanti aku tanya dia dulu.
Kawan dia: Kedekut parak.

Aku senyum-senyum je baca. Sayang jugak kau kat aku kan. Hehehe~
Aku terharu ni weyh. 

Kawan lelaki aku yang ini masa aku dok meroyan putus chenta lah sangat tu, mula-mula lansung tak tunjuk simpati kat aku. Asyik marah aku je. Dia cakap aku yang bodoh percaya. Nak touching lebih la. Over sedih la. Macam-macam marah aku. Kecik jugak la hati aku ni kan. Nampak macam tak ambek berat lansung. Tapi.......... Hehe, aku dah tak salah anggap kat kau dah. Even kau selalu kutuk aku, aku nak cakap yang, aku TERsayang kau kejap. Bhahaha. ;)

Kalau dia im aku, mesti cakap, "Oi gemok!" but actually.. ermmm.. :")

Masa terjumpa hari tu dia tercakap macam ni,
"Kau ni merayap je.. Pergi makan la weyy.."
Aku macam, apehal tetiba suruh aku pergi makan. Tapi bila nampak muka dia aku kira nak bertekak je, so aku kutuk dia benda lain dan tak perasan ke benda tu. Rupanya.. Hehehe..

Antara ayat dia yang selalu cakap kat aku.
"Kau ingat kau lawa ke perasan kurus tu?"

Kadang-kadang text aku,
"Oi gemuk, wat pe? Melantak? 


Thanx babe. :')


Dua tiga hari ni asyik terharu je.. Ada satu benda lagi yang buat aku terharu. Esok pulak aku ceghite. Alhamdulillah untuk semua orang yang aku ada. :)



Detak

Detak jantung seakan seirama. Mata bertentang, bunyi detak jadi senada. Detak jantung kamu, detak jantung dia. Kalau rasa ini hanya untuk sementara, letakkan dia sejauh jauhnya, kalau rasa ini untuk selamanya, kekalkan segala indahnya.

Orang bakal bercinta, ini untuk kamu. Bukan aku. Aku hanya tulis untuk kamu. :)

Tolong faham.

Aku tak suka nak text dengan lelaki yang bukan boyfriend aku. Contoh kau text aku macam ni.

'Salam Amani, tengah buat apa tu' (Baru intro la)

Mungkin sekali dua aku reply je lah kan sebab aku macam anggap kawan gitu. Tapi kalau SELALU, aku nak jugak jawap,
'Kau sebok apa aku tengah buat apa?'

Please don't act like kau tu boyfriend aku. Honestly, aku memang rimas.

Aku tak faham, we are just FRIEND. Kenapa bila aku tak reply nak touching. Kalau benda penting, mesti aku reply. Contoh,

'Jom reunion,nak?'
Memang aku akan reply dengan laju.

Aku, respect korang dengan 'alasan' kawan. Jangan la nak melebih. Tak reply nak touching bagai hantar text panjang-panjang. Ok lah, bukan ramai pun yang buat macam ni. Ada 3 orang dalam life aku sekarang yang atas nama 'kawan' tapi melebih.

Mula-mula aku malas nak tulis entry nih. Tapi aku lagi malas nak explain dekat 3 orang yang macam ni. Aku memang dah tak reply LANSUNG text siapa-siapa. So, aku tahu korang memang suka sangat stalk blog aku sampai kalau aku update apa-apa, korang sibuk sangat nak tanya kan.

Korang cakap taknak desak aku, tapi act korang? Tolong la..

Bila aku tak reply korang text panjang-panjang sampai aku rasa bersalah gila kot. Korang kenapa?

Dua malam lepas aku dapat text panjang-panjang. Malam tadi pun sama dari orang yang berbeza. Aku dah la serabut nak buat asignment bagai, kau hantar tu lagi serabut kepala aku.

Korang belum jadi bf aku memang la dok sibuk nak text dari aku celik mata sampai aku nak tutup mata. Nanti dah jadi bf aku, korang yang jenuh kena marah sebab tak larat nak text aku. Benda sementara je. Aku dah pernah rasa. 

Aku tak suka pada perkara yang sementara walaupun hakikatnya, hidup kat dunia  ni sementara je. Now, korang nak sentap ke, nak apa ke, up to you lah. Aku letih jaga hati orang. 

Hanya mereka berjantina di atas je boleh text aku bila-bila masa dan apa-apa saja!
:)

Crazy weekend!

Weekend! Mari kita buat perkara yang kurang berfaedah.

First, make up tengah-tengah malam.
Kahkahkah.. Kawan aku comment kat FB, hantu mata.. Thanx to zyra hanee conteng muka kita.. :)

Kedua, pergi playground maen buai malam-malam.
Eh, mana pic maen buai? Japp..
Kesian buai ni kena bertahan berat aku kan.
Sunday! Jom pergi Taman Layang-layang.. Alolo.. Romantika sungguh tempat ini..
Hp asyik kat tangan je. Mesti orang ingat dok sms bf, padahal  dok tweet jee.. Hehe
Kau ada pic hudus cam niyh? Aku ada..
Baju pinky habes tu baju yang kawan aku kasi tu.. Yang aku cakap ri tu.. Hehe. Thanx to him.. ^_^

Main make up-make up malam sabtu, main buai malam ahad. Balik main buat tengok carekarama sambil buat latihan math and latihan Arab.. Ha, sila percaya.. Petang tadi pergi Taman Layang-layang.. 

Terima kasih kepada Efa kerana bagi pinjam broadband.
Maka, adalah update dari saya..
Esok saya ada public speaking.
Wish me luck!
:)









Tak makan hati dah, makan nasik pulak.

Gambar sekadar hiasan.
Semester lepas-lepas, ada sorang kawan aku nih, cabar aku dengan kawan aku lagi sorang. He said, kalau korang kurus, aku belanja baju. Masa tu aku buat tak tahu je. Aku tahu memang susah aku nak kurus. Tak sangka pulak aku terturun berat badan secara tak sengaja. dan tak sangka jugak lah dia betul-betul bagi! Haha.

Thanx sebab kasi baju pink tu. :)

Masa mula-mula aku masuk kolej, ramai tegur pasal badan aku. Sampai budak course lain pun tegur. Ye lah, dari badan macam tong drum tu kan. Tapi aku sedih bila yang tegur tu lebih tua. Tak tahu lah kenapa.

Farhana's mother :
"Eh, dulu nampak berisi sikit. Kenapa kurus pulak ni."
Farhana cakap mak dia cakap badan aku turun mendadak. Nampak cengkung bagai. Siap tanya kenapa.. Hehehe.. 

Nurul's mom.
Pandang aku atas bawah, atas bawah.
"Kenapa kau Na kurus sangat ni?" Then bebel-bebel. Hehehe..
Masa nak balik, aku salam then mom dia cakap macam ni, "Naikkan balik badan kau Na.."

Bila orang tegur-tegur aku sebenarnya macam touching. Rasa macam, eh, diorang perasan. Lepas tu diorang akan tanya kenapa dan aku memang tak tahu jawapan macam mana nak cakap. Biasanya aku akan jawap, "Makan hati.." Sambil gelak-gelak.

TAPI, 
sekarang dah tak makan hati dah. Dok makan nasik hari-hari.. Ah, tak nak gemok balek... 

Tahu tak jadi orang single ni murah rezeki?
Terasa nak baju, tiba-tibaada orang belikan.
Terasa tekak nak makan ice cream, tiba-tiba ada orang bagikan,
Order makan, tiba -tiba orang bayarkan.
Ngeh,ngeh,ngeh..
;p





For them

Pada 11 Ogos nanti, kami akan adakan majlis berbuka puasa dan aktiviti bersama anak-anak yatim. Lokasi rumah anak yatim masih lagi dalam pemilihan sebab kitorang tak boleh la nak buat yang ada anak yatim ramai sangat kan. Kemungkinan rumah anak yatim kat Ulu Yam tu. Waktu aku bersihkan kubur semester lepas, dua kali anak-anak yatim tu join jugak. So, aku agak lah, diorang tak ramai.

Now, our class masih sibuk dengan proposal. dan kitorang cari sponsor. So now, kami cari sponsor yang boleh kami bagi untuk anak-anak yatim pada hari tersebut. Tak kiralah sponsor apa pun, just to make them happy. 11 Ogos tu is bulan puasa yep. So, teramatlah banyak pahala korang kalau korang sudi nak bagi.

Korang boleh bagi apa-apa sekalipun. Benda comel-comel nak letak dalam goodies bag ke. Tak kisah la.. Fikir benda tu untuk budak-budak, not for us pun.. Kalau korang ada bakat buat cake comel-comel and terasa nak buat and derma, so make it. Sponsor korang is totally for them. Pen ke.. Kot-kot korang nak beli pen banyak-banyak and letak nama korang kat hujung tu. Something creative yang handmade ke, or APA_APA SAHAJA yang korang IKHLAS. :)

Just simple update. Tak ada pic or pape 

Later, aku akan update lagi pasal ni supaya korang boleh tengok keadaan dan situasi anak-anak yatim ni. So, siapa yang rasa nak sponsor, boleh contact aku kat Facebook or Twitter.

Facebook. SINI
Twitter. SINI.

Friends, followers,and strong.

Friends,
Sorry kalau kebelakangan ni lambat reply text, lambat angkat phone, lambat approve tag. Sekarang aku dah tidur awal. Aku bukan kat rumah lagi. Internet pun tak ada. Kadang-kadang je curi-curi guna update blog sebab follower tak putus follow.

Claz dah start, dan akan jadi sangat dan amat sibuk sebab aku ada event semester ni. Lagi pulak aku dah lain claz. Tuhan je tahu macam mana aku nak sesuaikan diri buat event dengan orang yang aku tak biasa. Orang yang aku tak berapa boleh 'masuk'. but I'm trying hard, Ketepikan apa-apa yang mengganggu fikiran. 

Tapi, janji tetap janji, even lambat reply text korang, angkat call after 2-3 kali missed call sebab tak perasan, aku still ada masa untuk korang. Cuma tak free 24 hours macam dulu. Sorry. Kalau free je terus aku contact korang balek kan? So, don't hesitate nak call aku k? 

New followers.
Disebabkan masa cuti aku ada join segmen, ramai jugak singgah and follow. Buat masa ni, aku tak boleh blog walking lagi. But promise, sehari dalam seminggu aku blog walking and follow korang balek ok.. Thanx semua yang singgah, comment and follow. Thanx banyak-banyak. :)


Aku selalu dengar kawan-kawan aku dan AKU SENDIRI pernah cakap, aku tak mampu nak lalui dugaan tu. Rasa tak kuat, rasa macam kenapa mesti aku?? Tapi ahjussi selalu cakap pada aku, kalau aku tak kuat, kalau aku tak mampu, Allah takkan uji. Kalau aku marah, maknanya aku marahkan Allah lah sebab yang bagi ujian tu is Dia. Now, aku ok je. Aku siap boleh hidup dengan sangat tenang. :)

Hidup, bukan macam drama Korea yang ada hero selalu nak protetc kita, In fact, Allah yang protect kita. Kalau kita rasa tak mampu hidup tanpa dia, mana Allah dalam hati kita?? Tapi satu yang kau boleh ambek dalam drama Korea tu, kalau jodoh tak kemana.. :)

Dah, jom layan Rooftop Prince!! Hari ni Jumaat, ada banyak masa lagi.. Hehe.

New Sem, new weight, new drama


I'm sorry.........

Eh, comot muka kan?
Aku harap dapat masuk kelas B semula. ok, memang itu yang sedang aku rasa. Aku rasa macam aku bukan diri aku dalam class A. Aku macam kurang cakap dan kurang bermaya macam pic kat atas. Nampak tak senyum tu senyum paksa?

After 2 months di rumah, tadi pergi timbang dengan Ira berat 45kg! Ok, sila percaya.

Ha.... Korang tengok drama Ameera tak? Tolonglah tengok. Drama tu best dan romantik amat!! Ok update cepat-cepat sebab guna BB orang.

p/s
nak pergi hafal bahasa Arab.
Esok ustazah nak tanya.
(ye-ye je)


Ruang


Andai ku bercinta lagi suatu hari nantiTunjukkan di manaRuang hati untuknya yang masih belum kau huni?


"Sebenarnya dah lama aku suka. Cuma baru hari ni berani nak bagi tau."

" Kenapa baru hari ni?"
"Sebab dulu kau dengan dia. Aku tahu kau sayang dia gila-gila,kau takkan layan aku."
"Habis sekarang?"
"Sekarang pun aku tahu kau sayang. Sebab tu aku datang."
"Ha?"
"Kau terlalu setia. Aku suka kau sebab tu. Cuma dulu aku tak ada peluang, sekarang mungkin."
"Kau  kata aku setia, macam mana boleh kata kau ada peluang pulak?."
"Kalau kena cara, kau akan setia dengan aku pula."

Diam, senyum,
Bagi kau mungkin. Bagi aku?

Aku bukan tak mahu bagi ruang atau apa-apa macam semua orang cakap,
sebenarnya mereka yang harus bagi aku ruang.

Jangan silap menilai,
memang aku pernah sayang,
sayang yang teramat sehingga rasa sayang itu bertukar kepada meluat.
Aku, hati aku, hanya Allah yang tahu.
:)

R I N D U

Baru seminggu dah rindu ni ceane?? :( Mak long rindu la anak buah mak long tiga orang ni....

Aqil Wafiq, Maya Aqilah Kaisara and Farhan Zikry.. Rindunya nak peluk-peluk....

New sem.

Bestnya jadual claz sem ni. #pengsan!

Saya pasti akan abaikan blog.
Pasti biarkan dia berhabuk.
Sem ini saya buat event. Saya akan paksa semua orang datang event saya. Haha.
Oh ya, saya sangat suka sebab boleh sibuk dan awak, awak tak boleh nak sibuk sangat jadi stalker ye. :)


Terima kasih awak-awak semua.

Type dengan selaju mungkin. Mak dah bising suruh buat sandwich untuk bawak esok. Nak pergi Ipoh.. Yahhoo...

Ok, entry ni nak big thanx kat orang-orang yang tolong saya sehari dua ni.

First, thanx to my friend, Walidah sebab bagi tumpang rumah dia. Bukan dia saja, mak dia yang comel, ayah dia yang kelakar, kakak dia yang lawak juga, and abang dia yang ensem tu. Semua layan saya baik sangat. Mak dia siap bungkuskan rendang daging untuk saya bawak balik. Ayah dia bungkuskan saya kerepek bawang yang famous kat jengka tu. Kakak dia yang sporting sangat-sangat. Buat saya macam family sendiri! Mak dia selalu tanya, "Nyna makan tak blablabla.." dan saya akan jawap, saya makan semua mak cik. Tolak batu dengan kayu je. Mak saya ajar, pergi rumah orang jangan cerewet. Hehe.. Waliey, if you read this, kirim salam rindu pada semua ye. Nanti jemput datang rumah pulak.

Second is Juna. Saya tumpang kereta baru dia balek jengka. Saya just bayar tol je. Haha. Pergi and balik tumpang dia. Thanx Juna.

Third is semua kawan-kawan yang buat saya happy on that day. Efa, Myra, Tiqah, and semua lah.. Sayang korang!

Kakak and abang ipar waliey. Sebelah tu mak dia yang comel. :D

Dulu waktu sekolah,meja dia sebelah meja saya.
Sayang awak semua. Nanti kita jumpa lagi ya.. :)




Must Try: Black Canyon

Dah lama kan aku tak review pasal makanan. Actually, dah lama aku nak try kat Black Canyon ni. Adik aku dah try dulu dah. Tak habis-habis kata best. Jumaat lepas masa keluar shopping siket, adik aku ajak pergi makan kat situ. Black Canyon ni dalam East Coast Mall. Sebelah Big Apple.

Drinks.
Selain makanan Ala thai, steak pun ada gak.
Mine, Phuket paradise. belakang tu adik aku punya freeze lime.
Udon me pe benda entah.
Aku terpengaruh dengan drama Jepun yang Mei's butler tu. Nak jugak rasa benda alah ni. Sedap habaq ang.. Memang terbaik ah!

Udang dia besar-besar baq ang.. Fresh and empat ekor lagi.
Aku rasa memang aku akan datang lagi just sebab nak makan ni!
Pe benda entah adik aku order ni.
Mula-mula sampai aku macam, ape benda la adik aku order ni. Aku pun lupa dah tajuk dia apa. Haha. Tapi rasa dia memang mavelous! Adik aku makan sampai licin kot. Memang sedap la.

Service cepat, mesra semua lah. Nanti aku nak try sandwich dia pulak sebab aku tengok ramai chinese order sandwich dia. Malay lak biasa la yang pedas-pedas. Memang sedap and boleh try ok!










Moga bahagia sampai syurga. :)


Muniey's big day sa...ngat awesome! She's super duper beautiful tadi.. 

Aku paling suka this pic. Don't know why.. :)



Semoga bahagia sampai syurga.. :)
Dak demuk ni muka tak puas ati sebab aunty Tiqah dia tak nak balik lagi and sibuk nak snap-snap pic je. Haha

Pic syok sendiri haruslah ada kan.
Ba...nyak nak story sebenarnya but tak sempat. Just quick update. Petang kang nak gerak balek then esok dah nak kena pergi Ipoh. Sangat amat letih. Rasa tak sempat nak update dah lepas ni sebab terus balek kolej.. Haiiya.. Penat oh..

Ini pic dari nset kitorang. Ada pic dari photographer snap masa dalam bilik pengantin and masa atas pelamin. Siap shoot muka terkejut segala.. Best............ sangat!

Masa dekat meja pengantin, abang kepada hubby Muniey pesan macam ni kat Muniey, "Jaga adik kome baik-baik eh.." Muniey angguk-angguk. That's so sweet. Sangat touch!

To Muniey,
You are so beautiful today. Seriously masa peluk-peluk nak balik tadi I really mean it.
She's a nice person. InsyaAllah dapat jaga rumahtangga dengan baik.
Entah bila dapat jumpa lagi. Cepat-cepat dapat baby comel-comel tau.
Luv you friend. :')

Nothing to worry,
one fine day,
we'll meet our Mr Right.
:)