Tolong faham.

Aku tak suka nak text dengan lelaki yang bukan boyfriend aku. Contoh kau text aku macam ni.

'Salam Amani, tengah buat apa tu' (Baru intro la)

Mungkin sekali dua aku reply je lah kan sebab aku macam anggap kawan gitu. Tapi kalau SELALU, aku nak jugak jawap,
'Kau sebok apa aku tengah buat apa?'

Please don't act like kau tu boyfriend aku. Honestly, aku memang rimas.

Aku tak faham, we are just FRIEND. Kenapa bila aku tak reply nak touching. Kalau benda penting, mesti aku reply. Contoh,

'Jom reunion,nak?'
Memang aku akan reply dengan laju.

Aku, respect korang dengan 'alasan' kawan. Jangan la nak melebih. Tak reply nak touching bagai hantar text panjang-panjang. Ok lah, bukan ramai pun yang buat macam ni. Ada 3 orang dalam life aku sekarang yang atas nama 'kawan' tapi melebih.

Mula-mula aku malas nak tulis entry nih. Tapi aku lagi malas nak explain dekat 3 orang yang macam ni. Aku memang dah tak reply LANSUNG text siapa-siapa. So, aku tahu korang memang suka sangat stalk blog aku sampai kalau aku update apa-apa, korang sibuk sangat nak tanya kan.

Korang cakap taknak desak aku, tapi act korang? Tolong la..

Bila aku tak reply korang text panjang-panjang sampai aku rasa bersalah gila kot. Korang kenapa?

Dua malam lepas aku dapat text panjang-panjang. Malam tadi pun sama dari orang yang berbeza. Aku dah la serabut nak buat asignment bagai, kau hantar tu lagi serabut kepala aku.

Korang belum jadi bf aku memang la dok sibuk nak text dari aku celik mata sampai aku nak tutup mata. Nanti dah jadi bf aku, korang yang jenuh kena marah sebab tak larat nak text aku. Benda sementara je. Aku dah pernah rasa. 

Aku tak suka pada perkara yang sementara walaupun hakikatnya, hidup kat dunia  ni sementara je. Now, korang nak sentap ke, nak apa ke, up to you lah. Aku letih jaga hati orang. 

Hanya mereka berjantina di atas je boleh text aku bila-bila masa dan apa-apa saja!
:)

1 comment:

nadzirah sofia said...

yg ni aku mmg sokong! sekali sekala msg tu bole la layan, ni klu dah 24 jam nak msg, it was like "eh, ko ni sape?bkn bf aku pun" =,=