Tak makan hati dah, makan nasik pulak.

Gambar sekadar hiasan.
Semester lepas-lepas, ada sorang kawan aku nih, cabar aku dengan kawan aku lagi sorang. He said, kalau korang kurus, aku belanja baju. Masa tu aku buat tak tahu je. Aku tahu memang susah aku nak kurus. Tak sangka pulak aku terturun berat badan secara tak sengaja. dan tak sangka jugak lah dia betul-betul bagi! Haha.

Thanx sebab kasi baju pink tu. :)

Masa mula-mula aku masuk kolej, ramai tegur pasal badan aku. Sampai budak course lain pun tegur. Ye lah, dari badan macam tong drum tu kan. Tapi aku sedih bila yang tegur tu lebih tua. Tak tahu lah kenapa.

Farhana's mother :
"Eh, dulu nampak berisi sikit. Kenapa kurus pulak ni."
Farhana cakap mak dia cakap badan aku turun mendadak. Nampak cengkung bagai. Siap tanya kenapa.. Hehehe.. 

Nurul's mom.
Pandang aku atas bawah, atas bawah.
"Kenapa kau Na kurus sangat ni?" Then bebel-bebel. Hehehe..
Masa nak balik, aku salam then mom dia cakap macam ni, "Naikkan balik badan kau Na.."

Bila orang tegur-tegur aku sebenarnya macam touching. Rasa macam, eh, diorang perasan. Lepas tu diorang akan tanya kenapa dan aku memang tak tahu jawapan macam mana nak cakap. Biasanya aku akan jawap, "Makan hati.." Sambil gelak-gelak.

TAPI, 
sekarang dah tak makan hati dah. Dok makan nasik hari-hari.. Ah, tak nak gemok balek... 

Tahu tak jadi orang single ni murah rezeki?
Terasa nak baju, tiba-tibaada orang belikan.
Terasa tekak nak makan ice cream, tiba-tiba ada orang bagikan,
Order makan, tiba -tiba orang bayarkan.
Ngeh,ngeh,ngeh..
;p





4 comments:

K O R I E said...

saya pun mkn nasi hari2 =p

nurshamila said...

yela kak. dah single nih, open la sikit, tak kena kongkong sgt. haha cuma kena jga batas la. akak naikkan sikit ja berat badan tu, bg jadi ideal balik

Zakiah Adun said...

nk kurus jugakkkk >,<

nadzirah sofia said...

aku pun mse mule2 kurus tu mak member aku tegor "apsal kurus ni?tak makan ke duk u?"