Because of....


If the person you love is suffering because of you, can you let her/him go?

My answer;
Yes, I will.

..sebab itu aku tak jawap sebarang panggilan dari kamu.
..sebab itu aku pura-pura tidak ambil tahu fasal kamu lg.

I hate hear your sad voice.
I hate myself to not love you as much as you love me.
I hate everything I've done to you.
I'm sorry...


Weekend dan rindu.

Saturday.

Aku tunggu bukan main lama tau x nak test seluar! Ramai gila orang. Dah la sorang nak try banyak gila. 
Nak kata sale sgt x jugak. Macam biasa je 50%. .
Aku beli jeans dua helai, cardigan dua helai, kasut sepasang and handbag kat jalan tar tuh.. Entah apa benda entah lagi aku beli. Sedar-sedar lesap RM300. Hee~

Kitorang iftar kat sini. Aku just ratah ikan keli bakar je. Minum air punyalah banyak sampai kenyang.

Bukan senang tau aku nak letak pic sememeh aku ni. Wakakak.. Lihat muka aku selebet gila. Pukul 10 lebih baru reti nak balek. 
Muka give up abes tunggu bus. Selebet oh!
Sunday aku dah cite kat sini. Pergi Mid valley plak dengan Cik Ira.

Ok bai. :)

Siang tadi Juna and Ejad whatsapp cakap nak datang KL.. Yahhoo..
Ejad keji gila send pic diorang iftar ramai-ramai yang aku x dapat join tu..
kalau lah fon aku ni boleh printscreen whatsapp diorang tuh!..
Kejam-kejam..!
Rindu kau jugak. Sobs. :'(
Sorry tau korang tak dapat iftar sama-sama.. Sayang semua.. Rindu,rindu,rindu!













Korean Food: Dubu Dubu Seoul Food

Semester ni kan, aku tak pergi mana-mana lagi. Asal weekend je aku ada hal. Kalau semester sebelum-sebelum ni, rasa every week kot aku pergi Sogo dengan Jalan Tar tu. Tapi tak pe, this week aku pergi jugak! Tapi aku malas nak cerita yang pergi situ. Ni aku nak share pasal makan. Aku dah jarang kan share. Pastu yang lama-lama pun aku bantai hide kan perabis. 

Semalam aku pergi Sogo and Jalan Tar. Hari ni pulak aku dengan Cik Ira pergi Mid Valley.. Kononnnya nak cari baju. Semalam kat Sogo aku dah beli dua helai jeans (tak termasuk yang lain-lain) ;p.. 

Sebenarnya kitorang cari Seoul Garden nak bukak puasa. Tapinya kitorang tak tahu pun sebenarnya kat Mid or Sunway ke.. Then terjumpa Dubu Dubu Seoul Food.. Jom tengok.

Cik Ira punya. Tajuk dia aku pun tak ingat. Haha
Aku punya. Tajuk dia Soondubu Jigae. Jemput makan..
Penantian satu penyiksaan. 

Cik ira kata dia tak boleh masuk kimchi tu. Tapi aku suka. aku makan kimchi je. Sayur yang lain aku tak makan sangat pun. Aku punya tu kan, yang macam soup dia tu aku pilih seafood. Dia boleh pilih daging,seafood or nak ayam pun boleh. Cik Ira punya daging. Boleh pilih jugak kalau nak ayam.Ha, yang depan aku tu kan taufu fa dia. Sedap!

Lepas ni nak try benda lain and kat restaurant lain pulak. Makan sambil dengar and tengok MV korea kan. Pasang pulak lagu dalam Boy Over Flower.. Korea habess..

Bagi aku kalau nak rasa boleh. Macam aku, aku memang suka try-try makanan.Ikut tekak memasing la...

Aku kalau gelak kan memang lah tak de orang nak buat bini. Wahaha.
Sementara nak tunggu iftar. Kitorang lelepak dulu kat tengah-tengah The garden and Mid tuh.. Cuci2 mata dulu.. Sejuk je kat situ. Cantek..

Ok lah, aku dah penat gila dua hari dok berjalan. Duet berapa rat dah melayang layang.. Hehehe~~ Bye! :)






Tips khusyuk dalam berdoa.


Alhamdulillah atas semua doa yang telah dimakbulkan.
:)



Aku suka berada ditengah orang ramai.
Ia seperti menunjukkan pada aku bahawa aku tidak seorang di bumi Allah ini.
yang aku perlu buat adalah teruskan perjalanan.
Sekirnya aku tiba-tiba berhenti, akan ada orang yang menolak aku supaya teruskan.
Ia seperti mengingatkan aku bahawa aku tidak boleh berhenti di tengah jalan.
Aku mesti jalan sampai destinasi aku.
Bila aku sampai dan dapatkan apa yang aku mahu di destinasi itu,
aku akan pulang dengan senyuman kepuasan.

Allah itu Maha adil. Setiap perbuatan ada balasan kan. :) Biar DIA buat kerja DIA. Kita kat sini, teruskan hidup jangan pedulikan lagi.

Kawan aku cakap, kemaafan dendam yang terindah.

Jantung.


Pilih lah antara orang yang sangat kamu cinta dengan orang yang sangat cinta kamu.

Sekali pun jantung malah hati ku bertukar. Aku tetap pilih kamu. :)

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes dan semakin parah


Bisa kurasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
jadikanlah aku
Pilihan terakhirmu... :)

Mati kutu dan silap aku.


Mati kutu bila Twitter tak boleh bukak.. Adakah kerana aku curang dengan Facebook?? Kenapa Twitter??

People always make mistake. Aku jugak. I forgive myself for being so stupid. Sebab hanya dengan itu aku boleh pandang depan dan tak toleh lagi... :)


Esok nak bukak puasa dengan budak-budak ni. Faiz nak makan Dominos katanya. Raff pulak cakap tak kenyang. Tapi aku pun craving Dominos.. Sem ni tak makan lagi.. Ahh, nak dominos jugak!

Bunuh kang!


Kau tahu tak pukul tiga tu aku baru nak terlelap pasal aku ada banyak assignment dan aku suka buat tetengah malam. Aku ada banyak benda nak kena hafal segala. Nak kenal, nak suka, siang-siang tak boleh ke ha?? Tolong lah, aku tak tahu siapa yang bahangang sahangat jual nombor aku ke hape dekat orang-orang tak senonoh macam ni. Nak kata duduk oversea nombor Malaysia je. Pukul 3 aku baru nak terlelap, pukul 5 nak bangun sahur pulak. Ingat aku tak ada kerja lain nak angkat call and nak layan korang call banyak kali? Padan muka kena block semua. Huh!

Bulan puasa ni kan, menipis je kesabaran aku nih..

Thanx kak. :)


Situation


nampak tak permainan kat situ? Hahaha! ;)

Bukan.

Orang selalu kata pada aku, "You deserves someone better." Waktu mula-mula aku selalu nak cakap, hanya aku yang tahu siapa yang layak untuk aku. I just only want him. Tapi itu dulu. Waktu hati aku sedang parah. 

Aku nak dia tahu, aku marah bukan sebab dia keluar dengan perempuan itu dulu. Tapi aku marah dengan alasan mengapa dia pergi dari hidup aku. Yang aku mahu kebenaran. Tapi dia bagi jawapan dengan semua pembohongan. Dan yang paling merobek hati aku adalah bila aku dah tahu yang sebenar dia masih terus dengan segala penipuan.


Aku manusia biasa. Selama ini aku bukan jenis pendendam. Orang buat jahat dengan aku, even tak say sorry lama-lama, aku terus hapuskan rasa marah tu. Tapi untuk dia, aku ambik masa yang lama. Sangat lama. Namun akhirnya aku buat keputusan untuk lepaskan, untuk maafkan. Aku tak nak Ramadhan aku tahun ini sama seperti yang dulu-dulu. Aku tak nak lagi sia-siakan hari yang aku ada.

Aku tak tahu hari tu dia minta maaf kerana apa sebab aku tahu dia lansung tak rasa bersalah. Dia sendiri kata dia tidak kisah. 

Aku kalau boleh lansung tak mahu fikir lagi. Apa guna ingat orang yang lansung dah tak ingat pada kita. Tapi satu malam aku mimpi. Mimpi arwah ayah dia. Honestly aku tidak kenal keluarga dia cuma kenal muka sahaja. Mula-mula aku abaikan saja. Mimpi mainan tidur. Lepas dua tiga kali mimpi sama, satu hari aku baca Yassin dan sedekah. Mungkin hati aku sedang gundah. Dan bangun pagi itu dalam sedar tak sedar telinga aku terdengar ceramah. Dekat TV. Pasal 'Kemaafan'.

Mungkin dah tiba masa aku maafkan even orang itu lansung tak rasa bersalah. Tapi aku tak sanggup nak berdepan dengan mimpi yang cuba aku anggap sebagai mainan tidur itu. 

Aku simpan perkara ini dan hanya cerita pada kawan baik aku. Aku rasa dia patut tahu. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku. Cuma aku harap tiada perkara buruk yang berlaku.

Kalau dia baca, dia tahu. Kalau tidak, entah lah.

Mimpi apa, biar lah hanya aku dan Dia yang tahu. Aku masih ingin anggap ia sebagai mainan tidur. 

Berubahlah.berubahlah,berubahlah.

My weekend.

Weekend ni aku tak balik Kuantan pun. Aku ikut Zyra balik Banting. Dari sem lepas plan tapi tak jadi-jadi. Sem ni baru pergi. :)

Malam tu kitorang pergi Morib. Lepas orang balik tarawih, kitorang gerak. 10 minit je dari rumah dia. Lepak kat tempat dalam cerita HACKS tu. Haha.

Esoknya tak buat apa. Tapi malam after bukak puasa pergi jalan-jalan then pergi karok. Bertuah betul budak-budak ni bawak aku pergi karok kan. Hehe.

On sunday, tengah hari after semua siap kitorang gerak nak balik KL dah. Sebelum tu shopping dulu kat Kenanga Wholesale. Gila ah tempat tu. Baru aku tahu dan first time aku pergi. Best gila. Dia dekat dengan Times Square.

Family Zyra shopping sumpah gila! Main ambek-ambek je.. Then her dad bayar. family dia memang sporting sangat-sangat. Mak dia masak pun sedap! but I miss masakan mak kat rumah. Ermmm.

Kawan-kawan dia pun best. Karok gila-gila. Then adik beradik dia pun best! Tapi aku kena buli.. Adik dia buat aku rindu adik aku si Amer. :(

Kena buli sebab dia lagi tinggi pada aku! Caiitt..


 Pic lain ada kat kawan zyra. Aku tak ambek pun.. But what I can says, weekend yang sangat bermakna even tak dapat balik rumah! :D

Selamat berpuasa!

Thanx to my sponsor!
Alhamdulillah.

Assalamualaikum Ramadhan.

Selamat Berpuasa. Maaf segala khilaf. Maaf untuk segala lemahnya laku dan jiwaku. Maaf dan aku juga memaafkan. Betul apa yang selalu aku dengar, benar apa yang dia cuba ajar, aku lebih dan sangat tenang lepas aku padam segala dendam.

Alhamdulillah atas rahmat Allah. Ramadhan paling bermakna selepas enam tahun. Moga dosa-dosa aku selama ini terampun. :)




Penat tapi nikmat. :)

Tadi pergi beli barang untuk goodies beg for our event. Mula-mula aku Ira and Echa pergi dulu. Then Khai,Anis and Faiz menyusul. Kalau aku tahu Faiz bawak kereta, aku dengar cakap dia suruh pergi sekali. Caitt.. Dah cari barang and beli, tawar menawar bagai, dapat lah beli barang. Tapi ada lagi yang tak beli. Kira belum complete lah. Then hantar echa kat kolej dulu coz dia puasa. Dah hantar pergi Giant pulak. Lepas tu decide lah nak makan kat mana. We choose kat Sri Gombak je. 

Tadi lepas hantar echa kitorang patah balik pergi Giant, pastu orang tutup jalan pasal ada kenduri. Faiz hentikan kereta sebab dia nak alih kon tu. Dia terlupa nak tarik break ke apa entah, kereta tu bergerak. Gila ahh. Aku cuak jerit Faiz kuat-kuat. Aku,Ira and Anis cuak gila. Nasib baik lah cepat bertindak. Gila betul Faiz nih..

Pic orang lain x muat. Heheh.
Ok, boleyh try kat   Rodeo Steakhaus Sri Gombak ..

Now, kena siapkan tiga assignment yang bertangguh. Tiga-tiga nak esok lak tu! Tadi dah pergi buat kat library dengan Ira and Faiz. Tak siap pun. Sambung pulak ni.. Oh makk.. Penat gila.. 

Dah, nak sambung buat sambil tengok Ka Ha No Pyar Hai ramai-ramai.. Sambil nyanyi and menari..

Alhamdulillah for all the sponsor.
Murah sangat rezeki budak-budak tu..
:)


I'm singing my blues....




In love with this song. Ira punya pasal. ;p

My favourite scene.

  My favourite scene in Rooftop Prince. :)

My favourite scene in The strongest Kpop Survival.

Saje nak cakap, cite nih best sangat. Tengok tau.

Rooftop prince tu aku hasut Ira tengok. Dia yang tak pernah menangis tengok Korea pun touching. Best kan kalau our love story macam drama Korea. Love sampai 300 years.

Yang TSKS tuh pulak hasut Nurul dengan Zyra tengok. Dua-dua dok meroyan subnim dah. Satu kerja pun tak jadi. Aku dah habis tengok cite ni dua minggu lepas dah. Asyik delay je nak update. Ok, tengok tau. Sape nak boleh amek dengan aku. Hehe. ;)

Dear mom, I love you.

Pukul 3 pagi masih tak boleh tidur. Sembang-sembang dengan Nurul. Zyra and Dayah dah tidur. Nurul cerita ,cerita entah berapa bulan lepas punya cerita. Sem lepas masa dia datang kuantan.

Nurul : Hari tu masa Kak Nina renew sim card tu kan, kan saya duduk dengan mak Kak Nina kat meja tu kan, tiba-tiba mak Kak Nina cakap macam ni kat saya. 'Nina tu banyak kan menangis.' Terkejut saya tau.

Aku : Ha, ye ke? Pastu awak jawap apa.

Nurul : Saya macam tergamam tau masa tu. Saya cakap je lah, haah memang pun. Banyak dia nangis. Lepas tu mak akak cakap tolong tengok-tengokkan akak. Saya pun ia je la.. Saya yang sedih tauu..

Aku dah air mata berlinang dah.

Aku : Ala.. Kenapa mak saya tanya cam tu eh..

Nurul : Ye la.. Kak Nina ingat Kak Nina gelak-gelak buat macam tak ada apa-apa depan dia, dia tak tahu anak dia? Mak Kak Nina macam sedih tau tengok Kak Nina sedih. Dia macam rasa. Sebab tu bila Kak Nina menangis saya marah. Nanti mak Kak Nina pun sedih.


**********************

Aku kalau pasal boyfriend ke, pasal aku break aku bukan cerita sangat dengan mak. Mak aku tahu aku break pun dari adik aku. Masa aku sedih-sedih pun aku tak ada call mak nangis-nangis macam orang lain. Memang aku rapat jugak dengan mak, but aku tak akan tunjuk aku sedih depan mak. Aku tak nak buat dia risau pasal benda remeh. Aku rasa aku dah buat habis baik, tapi aku tetap kalah dengan 'rasa' seorang ibu.

Aku tahu mak risau. Masa dia tengok aku nak balik cuti sem hari tu dia macam terkejut tengok aku bila aku loss weight. Mungkin dia perasan bila dia masak anak dia dah tak makan macam dulu. Mungkin dia perasan malam-malam anak dia bangun solat dan mengaji tiba-tiba. Mungkin dia perasan anak dia bangun tidur dengan mata yang sembab dan bengkak. Bukan mungkin. Dia mesti perasan.

Sorry mom make you worry. Lepas ni mak masak aku pasti akan tambah even rasa dah kenyang. 

Hari tu mak aku call. Sem lepas la. Masa aku emosi belum stabil lagi. Mak call tapi aku ada test so aku call balik. 
"Mak, kenapa call tadi?"
"Saje la nak tanya anak mak ni dah ok ke belum.. Dah kuat ke.."

Sebak. Sangat sebak.

Aku tak pernah cerita buruk pasal ex aku dekat mak. Mak tanya kenapa, aku jawap, "Dia jumpa orang lagi baik. Biarlah.." Mak tak akan jawap apa-apa. Mungkin dia marah buat anak dia macam ni. Aku nampak tapi parent aku takkan nak masuk campur benda-benda remeh macam tu kan. Adik-adik pun nampak. Even abah aku pun sebenarnya bila kami sembang-sembang muka dia macam geram. Aku ada terbaca text mak bagi kat abah pasal aku dengan ex aku, abah boleh buat lawak pulak.

Mak : Nina dah putus dengan kawan lelaki dia tu.
Abah : Kenapa? Sebab akak gemuk ke? (masa tu gemuk lagi)

See??? Aku tunjuk text tu kat adik-adik aku. Diorang punya gelak sampai jatuh kerusi. Tapi aku rasa abah bukan buat lawak. Dia tanya serius. Sabar je lah..

Now?

I'm strong enough to face all this. I believe everything happen for a reason. Just wait and see. Thanx for break my heart, my mom's heart and my family's heart. ...but we never hate you. :)

Tak sabar nak balik Kuantan. Mak su dengan uncle nak datang rumah! Uncle dah berapa kali text tanya pasal balik. Mak su text lagi.. Terpaksa aku korbankan yang nak pergi pusat sains tu dengan diorang..It's ok, family first.. :)



RASA.

Aku kunyah meatball perlahan lahan. Sesekali aku jeling lelaki dihadapan aku. Dia kunyah fries dengan kelajuan normal.

"Do you like me?" Soalan tiba-tiba yang keluar dari mulut itu macam petir sambar muka aku. Hampir tersedak aku. Mujur tak tercekik meatball.

"What do you mean, ha? "

"No la. Nak tanya je.. I think, you like me."
Perasan! Kau memang perasan. Tapi kau bukan perasan aku suka kau. Kau perasan yang MEMANG aku suka kau! Malu.

"You blushing.." Dia tegur lagi.

"Apa you ni.. Jangan main-main boleh tak?"

Dia cucuk fries dan cuba suap aku. Aku geleng. Dia tahu aku memang tak suka.

"If you like me, sorry.. I don't like you..."

Gulp. Aku pandang dia. Mata kami bersatu. Kemudian dia senyum dan menyambung, 
"..but I do love you."


Rasa itu seperti terbang tinggi-tinggi. Melayang diudara sambil bunga api meriah memancarkan cahaya yang berwarna warni. Selamat datang cinta ke dalam hatiku.

Ini hanya cerita.
Sila jangan percaya.
yang penting jangan tanya apa-apa.
;p


Us


Ini adalah keadaan di dalam kereta Jumaat lepas. Macam sardin! Ini semua Si Faiz punya pasal. 
Asalnya kitorang rancang nak naik KTM sama-sama. Then petang tu Faiz call cakap kereta member dia kosong. So dia dengan kawan dia ajak kitorang sekali la. Aku dah cakap kitorang empat orang. Dia cakap muat. Mula-mula yang perempuan semua duduk belakang. Sekali pintu tak boleh tutup. Memang lawak ah. Last-last Faiz mengalah duduk belakang. Kawan dia duduk depan dengan Zyra. Zyra yang ambek pic sardin ni. So dia tak ada dalam gambar.

Sementara nak sampai tu macam-macam jadi. Dengan jammed bagai. Nak singgah McD pasal Si Faiz dok lapar-lapar. Yang bawak kereta kawan dia nama Afiq. (Fobia aku dengar nama ni) Haha. Zyra kena duduk sit depan sebelah si afiq tu senyap je dia. Faiz kat belakang tak habis-habis mengusik. Hahaha. Memang lawak ah dalam kereta sebab kitorang tak kenal sangat si Afiq ni pasal dia kawan Faiz.

Hantar Ira (Yang paling tepi belah kiri) dulu kat Kajang. Alhamdulillah tak sesat apa. Then sambung perjalanan sampai Seremban. Sampai Seremban abang Nurul pulak ambek. 

Dalam pukul 12 lebih jugak la kitorang sampai Tampin. Memang sakit badan-badan ha. 

Aku tak ambek banyak pic pun masa kenduri. Sibuk buat kerja lah sangat. Haha. Malas nak pegang phone. Tapi lauk macam biasa sedap-sedap. Tapi macam biasa jugak perut aku tak tahan. 

Hari ahad balik naik KTM. Aku berhenti sampai Bank Negara pasal nk jumpa Pak Su dengan Mak Su yang datang KL. Pergi Warisan kat Putrajaya makan satay then lepas makan pusing-pusing nampak orang ramai-ramai. Kitorang berenti kebetulan ada bunga api. First time aku tengok bunga api dekat-dekat. selalu dari jauh..  Awesome sangat. Padan la dalam drama Korea ada watak hero dengan heroin tengok bunga api. ;)

Nak dekat pukul 12 jugak lah sampai rumah. Penat sangat.

******************************
Then today aku kena pergi claz pukul 9! Nasib baik claz event sekejap je. 

Us. :)













Right Here

Malam tadi after habis kelas ganti dalam jam 10 malam, aku,Ira,Faiz and Raff melepak kat gerai burger bakar. Lepas satu topik, satu topik kami dok merapu. Sampailah topik cintan cintun. Entah cemana tersasar kan.

Raff : Kau dulu berapa tahun Nina? 6 kan?
Aku angguk tanda iakan. Kalau boleh malas nak masuk  topik ni. Tapi benda dah lepas kan.
Raff: Lama kot. Dah boleh ada anak dah.
Diorang gelak. Aku gelak.
Aku : Tahu tak pe. Nak buat camner.. Orang tak nak.. Sedih ni.. Aku heart broken ni.
Faiz : Kau heart broken ke?
Aku : Ye la, tak nampak aku heart broken? Sedih tau.
(Sambil gelak-gelak) Faiz cebik bibir sambil buat muka menyampah. Memang lah diorang ni tak tahu sangat aku mula-mula macam mana sebab bila pergi kolej buat macam biasa je. (Dulu la)
Raff : Kalau aku, aku tak sedih. Bukan salah aku. Lantak dia la..

Aku diam and terfikir. Tiba-tiba rasa Raff macam matang pulak waktu tu. Haha.

Dulu, sedih sangat kalau cakap pasal cerita lama tu. Sekarang siap boleh jadi bahan gurau kot. I'm okey. Lepas tu sambung merepek sampai pukul 11 lebih. Burger bakarnya dah lama pun habis.

**********************
Weekend ni balik rumah Nurul. Ada kenduri. Mom dia jemput. Weekend satu lagi nak pergi Pusat Sains Negara pulak. Satu kelas pergi. Macam best kan? Kitorang pergi dulu sebab nanti nak guide anak-anak yatim tu.. Alhamdulillah, proposal kitorang diterima dan dah boleh proceed. 

Lepas tu dah puasa kan? After puasa kitorang plan nak pergi panjat gunung Broga! Teringin sangat nak panjat gunung. Siap nak tengok matahari terbit bagai. Hope apa yang di plan tu jadi lah. Syokknya.. :D

Dua quiz Math aku dapat 100%! Alhamdulillah.. 

Malam tadi waktu baca Yassin rasa macam sebak sangat.
Allah sangat-sangat sayang aku.
So many thing yang Dia bagi kat aku lately hanya aku dan Dia yang tahu.

Ira pun sebak masa baca Yassin.
She lost his father. Her mother passed away masa cuti sem ari tu.
She's very strong.
Semalam rasa macam nak peluk Ira.
nak cakap dengan dia,
"It's ok, I'm here with you. Always.. :')"
Al Fatihah untuk parent dia.










Untuk kita. :)

Tonight is malam Nisfu Syaaban tapi tonight jugak aku ada class ganti bahasa Arab. Ermm.

Amalan kita sepanjang tahun ini diangkat, dan amalan kita untuk setahun yang akan datang akan dikira bermula keesokan harinya.


Kat atas tu aku baca dalam satu artikel. Maknanya, esok dah bukak buku baru. 


Ya Allah, syukur aku masih ada peluang untuk buku baru ni.


Disebabkan esok dah bukak buku baru, aku nak minta maaf pada semua kalau aku ada buat salah or silap secara sengaja or tak sengaja. Ye lah, kalau kita buat salah dengan ALLAH, InsyaAllah diampunkan sebab Allah tu Maha Pengampun kan. Tapi manusia ni lain. Macam aku sendiri lah.


Actually, nisfu Syaaban kali ni aku rasa macam lain sangat-sangat. Aku rasa macam aku betul-betul bukak buku baru. Kalau sebelum ni honestly aku cakap, memang tak rasa apa-apa and tak berubah apa-apa. :)


Semester ni pun aku rasa macam ada la jugak berubah. Class dah rajin pergi. (So far la). Aku dah kikis tabiat suka mandi tengah malam. Hehe. Then before pergi claz even terbangun lewat, sempat jugak kemaskan katil. Kekeke~

Yang lain-lain, Allah je yang tahu. :)

p/s:
Hope boleh khatam Al Quran lagi sebelom raya. :)





Kad Amer untuk abah. :)

Minggu lepas Abah hantar text dekat aku cakap Amer bagi kad hari bapa kat dia. Abah suruh aku tengok kat web dia. Tapi line sangat lembab and aku x dapat nk search.

Semalam, tiba-tiba my mom call cakap on the way ke sini dah.. Hehe.. Hooreyyy..

Sekejap tadi adik aku tag kat aku kad yang Amer buat untuk abah. Adik aku yang bongsu tu (Amer) now darjah dua.

Aku x tahu la aku punya muka warna apa sebenarnya. Haha.


Ini lah yang ayah aku cakap tu. Ni mesti ilham masa kitorang pergi Ipoh satu family hari tu. Haha

Adik aku yang sorang ni sa..ngat nakal dan sangat manja sebab dia sorang je anak lelaki dalam family. Semua manjakan dia. Dah la buas. Hope bila besar dia jadi manusia yang baik. Jangan jadi macam kakak dia yang ini. :)

Adik aku yang bagi aku link ni cakap, diorang semua tak tahu bila masa Si Amer ni buat kad tu. Masa dia susun buku ikut jadual, tiba-tiba dia keluarkan something dari beg sekolah dia and bagi dekat abah. Masa tu abah tengah tengok TV and adik aku tu pun tengah tengok TV. 

Adik aku siap buat handmade card kot. Aku lansung tak wish. Tapi aku dah say sorry dah. Abah aku tu mesti tak senang duduk sebab sekarang kat rumah tinggal anak dia tiga orang je pasal adik aku pun dah masuk kolej jugak. Asyik text je bila nak balek. Last-last buat surprise datang sini. Hehe..




P/s:
Aku janji nak post pasal anak yatim tu kan?
sorry, aku still x dapat pic sebab yg pegi bukan aku.
Sabar eh.










Allah knows what's best for us.

Nurul : Kak, online tak?
Aku : Online. Why?
Nurul : Nampak tak saya post apa?
Aku : Saya tak on FB, on Twitter je. Jap.
Nurul : Cepat  la tengok.


Aku: Cehh, awak la tu?
Nurul : Takk lah, Kak Nina la..
Aku: Hehe, saya ke? Saya cam tu eh?
Nurul: Ye lah, macam Kak Nina dulu. Malam je menangis. Tapi esoknya ok dah gelak-gelak.
Aku: Speechless..

Sumpah aku tak tahu Nurul perasan aku menangis malam-malam. (Dulu la) Aku selalu tak perasan kalau someone tuh sangat ambek berat pasal aku. Nurul, nampak dia macam tak kisah. Dulu, nak sebut pasal ex aku dalam bilik pun dia cakap tak nak dengar dah. Dia marah. Sangat marah kalau aku dok sebut-sebut lagi. 
Dia selalu cakap, "Saya tak suka orang buat kawan saya macam tu.." :)

Nurul, yang hidup dia dengan study,study dan study. Dia break dengan bf dia pun aku tengok dia macam ok je. Tak de lah macam aku haa.. Student account kan.. Dok dengan calculator je lah kan. Hehe.. 

Lebih kurang 7 bulan lepas, aku macam diawang awangan. Aku rasa segalanya dah musnah. Rasa macam aku dah tak ada apa-apa lepas apa yang aku pertahankan for 6 years lebur macam tu je. Aku macam orang bodoh sampai orang annoying. Hilang selera makan, tidur terjaga tengah-tengah malam. Ish, macam-macamlah. Nak cerita pun malu. Macam over je. Then suddenly aku tersedar, aku kena kuat. So aku pura-pura kuat. Aku nangis malam-malam kononnya tak ada orang tahu, tapi sebenarnya ada orang tahu. After a few months, dengan pura-pura kuat, rupanya aku memang boleh jadi kuat. Nothing to worry. He's nothing actually. Aku sebenarnya boleh je hidup without him. Dan, kalau aku tahu hidup aku akan semakin baik without him, aku akan mengalah awal-awal lagi. Aku tahu dia tak cintakan aku lansung pun, aku dah tahu lama sebenarnya, tapi aku yang degil nak pertahankan lagi. Now, aku dah terlepas. Aku dah tak takut dia akan pergi sebab kali ini dia memang dah betul-betul pergi.

Remember, Allah knows what's best for us. Aku tahu ramai kawan aku yang tengah lalui benda yang sama macam aku 7 months ago. Kuat ok. Allah ada, aku ada. Allah uji kita. Lepas je ujian tu, kau akan rasa apa yang aku tengah rasa sekarang. Alhamdulillah.

Thanx my ex for leave me. I know what is life because of you.. :)

Kau tengok Irma Hasmie, she meet someone better. Tengok tak hubby dia? Ya Allah, bagi aku itu doa. Orang selalu cakap, "She will meet someone better." and.. that's it.. Sebab tu aku percaya dengan doa-doa korang untuk aku.. :D



There's another thing to learn about tears: they can't make somebody who doesn't love you anymore love you again.