Ini adalah keadaan di dalam kereta Jumaat lepas. Macam sardin! Ini semua Si Faiz punya pasal.
Asalnya kitorang rancang nak naik KTM sama-sama. Then petang tu Faiz call cakap kereta member dia kosong. So dia dengan kawan dia ajak kitorang sekali la. Aku dah cakap kitorang empat orang. Dia cakap muat. Mula-mula yang perempuan semua duduk belakang. Sekali pintu tak boleh tutup. Memang lawak ah. Last-last Faiz mengalah duduk belakang. Kawan dia duduk depan dengan Zyra. Zyra yang ambek pic sardin ni. So dia tak ada dalam gambar.
Sementara nak sampai tu macam-macam jadi. Dengan jammed bagai. Nak singgah McD pasal Si Faiz dok lapar-lapar. Yang bawak kereta kawan dia nama Afiq. (Fobia aku dengar nama ni) Haha. Zyra kena duduk sit depan sebelah si afiq tu senyap je dia. Faiz kat belakang tak habis-habis mengusik. Hahaha. Memang lawak ah dalam kereta sebab kitorang tak kenal sangat si Afiq ni pasal dia kawan Faiz.
Hantar Ira (Yang paling tepi belah kiri) dulu kat Kajang. Alhamdulillah tak sesat apa. Then sambung perjalanan sampai Seremban. Sampai Seremban abang Nurul pulak ambek.
Dalam pukul 12 lebih jugak la kitorang sampai Tampin. Memang sakit badan-badan ha.
Aku tak ambek banyak pic pun masa kenduri. Sibuk buat kerja lah sangat. Haha. Malas nak pegang phone. Tapi lauk macam biasa sedap-sedap. Tapi macam biasa jugak perut aku tak tahan.
Hari ahad balik naik KTM. Aku berhenti sampai Bank Negara pasal nk jumpa Pak Su dengan Mak Su yang datang KL. Pergi Warisan kat Putrajaya makan satay then lepas makan pusing-pusing nampak orang ramai-ramai. Kitorang berenti kebetulan ada bunga api. First time aku tengok bunga api dekat-dekat. selalu dari jauh.. Awesome sangat. Padan la dalam drama Korea ada watak hero dengan heroin tengok bunga api. ;)
Nak dekat pukul 12 jugak lah sampai rumah. Penat sangat.
******************************
Then today aku kena pergi claz pukul 9! Nasib baik claz event sekejap je.
Us. :) |
No comments:
Post a Comment