Dear mom, I love you.

Pukul 3 pagi masih tak boleh tidur. Sembang-sembang dengan Nurul. Zyra and Dayah dah tidur. Nurul cerita ,cerita entah berapa bulan lepas punya cerita. Sem lepas masa dia datang kuantan.

Nurul : Hari tu masa Kak Nina renew sim card tu kan, kan saya duduk dengan mak Kak Nina kat meja tu kan, tiba-tiba mak Kak Nina cakap macam ni kat saya. 'Nina tu banyak kan menangis.' Terkejut saya tau.

Aku : Ha, ye ke? Pastu awak jawap apa.

Nurul : Saya macam tergamam tau masa tu. Saya cakap je lah, haah memang pun. Banyak dia nangis. Lepas tu mak akak cakap tolong tengok-tengokkan akak. Saya pun ia je la.. Saya yang sedih tauu..

Aku dah air mata berlinang dah.

Aku : Ala.. Kenapa mak saya tanya cam tu eh..

Nurul : Ye la.. Kak Nina ingat Kak Nina gelak-gelak buat macam tak ada apa-apa depan dia, dia tak tahu anak dia? Mak Kak Nina macam sedih tau tengok Kak Nina sedih. Dia macam rasa. Sebab tu bila Kak Nina menangis saya marah. Nanti mak Kak Nina pun sedih.


**********************

Aku kalau pasal boyfriend ke, pasal aku break aku bukan cerita sangat dengan mak. Mak aku tahu aku break pun dari adik aku. Masa aku sedih-sedih pun aku tak ada call mak nangis-nangis macam orang lain. Memang aku rapat jugak dengan mak, but aku tak akan tunjuk aku sedih depan mak. Aku tak nak buat dia risau pasal benda remeh. Aku rasa aku dah buat habis baik, tapi aku tetap kalah dengan 'rasa' seorang ibu.

Aku tahu mak risau. Masa dia tengok aku nak balik cuti sem hari tu dia macam terkejut tengok aku bila aku loss weight. Mungkin dia perasan bila dia masak anak dia dah tak makan macam dulu. Mungkin dia perasan malam-malam anak dia bangun solat dan mengaji tiba-tiba. Mungkin dia perasan anak dia bangun tidur dengan mata yang sembab dan bengkak. Bukan mungkin. Dia mesti perasan.

Sorry mom make you worry. Lepas ni mak masak aku pasti akan tambah even rasa dah kenyang. 

Hari tu mak aku call. Sem lepas la. Masa aku emosi belum stabil lagi. Mak call tapi aku ada test so aku call balik. 
"Mak, kenapa call tadi?"
"Saje la nak tanya anak mak ni dah ok ke belum.. Dah kuat ke.."

Sebak. Sangat sebak.

Aku tak pernah cerita buruk pasal ex aku dekat mak. Mak tanya kenapa, aku jawap, "Dia jumpa orang lagi baik. Biarlah.." Mak tak akan jawap apa-apa. Mungkin dia marah buat anak dia macam ni. Aku nampak tapi parent aku takkan nak masuk campur benda-benda remeh macam tu kan. Adik-adik pun nampak. Even abah aku pun sebenarnya bila kami sembang-sembang muka dia macam geram. Aku ada terbaca text mak bagi kat abah pasal aku dengan ex aku, abah boleh buat lawak pulak.

Mak : Nina dah putus dengan kawan lelaki dia tu.
Abah : Kenapa? Sebab akak gemuk ke? (masa tu gemuk lagi)

See??? Aku tunjuk text tu kat adik-adik aku. Diorang punya gelak sampai jatuh kerusi. Tapi aku rasa abah bukan buat lawak. Dia tanya serius. Sabar je lah..

Now?

I'm strong enough to face all this. I believe everything happen for a reason. Just wait and see. Thanx for break my heart, my mom's heart and my family's heart. ...but we never hate you. :)

Tak sabar nak balik Kuantan. Mak su dengan uncle nak datang rumah! Uncle dah berapa kali text tanya pasal balik. Mak su text lagi.. Terpaksa aku korbankan yang nak pergi pusat sains tu dengan diorang..It's ok, family first.. :)



3 comments:

nurshamila said...

sedih, saya pon baru perasan mak saya syg sgt2 dekat saya. since saya dok asrama ni, mak hari2 call tanya dah mkn blom. huhu sayu.

nurshamila said...

dah komen lebih2, syg lebih tak? hehe

nadzirah sofia said...

bagus la klu nyna dah kuat :)