Right Here

Malam tadi after habis kelas ganti dalam jam 10 malam, aku,Ira,Faiz and Raff melepak kat gerai burger bakar. Lepas satu topik, satu topik kami dok merapu. Sampailah topik cintan cintun. Entah cemana tersasar kan.

Raff : Kau dulu berapa tahun Nina? 6 kan?
Aku angguk tanda iakan. Kalau boleh malas nak masuk  topik ni. Tapi benda dah lepas kan.
Raff: Lama kot. Dah boleh ada anak dah.
Diorang gelak. Aku gelak.
Aku : Tahu tak pe. Nak buat camner.. Orang tak nak.. Sedih ni.. Aku heart broken ni.
Faiz : Kau heart broken ke?
Aku : Ye la, tak nampak aku heart broken? Sedih tau.
(Sambil gelak-gelak) Faiz cebik bibir sambil buat muka menyampah. Memang lah diorang ni tak tahu sangat aku mula-mula macam mana sebab bila pergi kolej buat macam biasa je. (Dulu la)
Raff : Kalau aku, aku tak sedih. Bukan salah aku. Lantak dia la..

Aku diam and terfikir. Tiba-tiba rasa Raff macam matang pulak waktu tu. Haha.

Dulu, sedih sangat kalau cakap pasal cerita lama tu. Sekarang siap boleh jadi bahan gurau kot. I'm okey. Lepas tu sambung merepek sampai pukul 11 lebih. Burger bakarnya dah lama pun habis.

**********************
Weekend ni balik rumah Nurul. Ada kenduri. Mom dia jemput. Weekend satu lagi nak pergi Pusat Sains Negara pulak. Satu kelas pergi. Macam best kan? Kitorang pergi dulu sebab nanti nak guide anak-anak yatim tu.. Alhamdulillah, proposal kitorang diterima dan dah boleh proceed. 

Lepas tu dah puasa kan? After puasa kitorang plan nak pergi panjat gunung Broga! Teringin sangat nak panjat gunung. Siap nak tengok matahari terbit bagai. Hope apa yang di plan tu jadi lah. Syokknya.. :D

Dua quiz Math aku dapat 100%! Alhamdulillah.. 

Malam tadi waktu baca Yassin rasa macam sebak sangat.
Allah sangat-sangat sayang aku.
So many thing yang Dia bagi kat aku lately hanya aku dan Dia yang tahu.

Ira pun sebak masa baca Yassin.
She lost his father. Her mother passed away masa cuti sem ari tu.
She's very strong.
Semalam rasa macam nak peluk Ira.
nak cakap dengan dia,
"It's ok, I'm here with you. Always.. :')"
Al Fatihah untuk parent dia.










4 comments:

Jannah Latif said...

takziah utk mmber n congrats for u sbb dpt 100 % for math quiz. dh mula suka math la tu.. hehe

nyna amani said...

@Jannah Latif
Suka or tak terpaksa suka la cik jannah.. Hehe. Thanx!

nurshamila said...

alaa bestnya kuiz dapat 100. saya punya kuiz will be nex week. getaq ni. haha

nyna amani said...

@nurshamila
Good Luck eh! :D