Ini takdir kita. :)

Pandang lah bintang-bintang. Katakanlah apa yang sedang kamu rasa.
Aku pandang bintang. Di setiap bintang aku nampak bahagia.

"Bahagia itu, kalau bukan bersama aku,. Tolong jangan bilang."

"Haha, kerana aku sedang disisi kamu, maka segala bintang yang aku nampak adalah kamu dan aku rasa itu adalah bahagia.
Apa juga yang berlaku, tolong jangan pergi dari hidup aku."

"Aku tak boleh janji. Itu bukan kudratku. Ada kuasa lain yang boleh buat aku akan pergi juga."

Aku lihat dia menunduk. Aku pandang dia. Lama.

"Maafkan aku, dalam keadaan begini aku tak mampu pertahankan kamu."

Aku faham apa yang dia rasa. Cinta ini cinta yang terlarang. Cinta ini cinta yang tiada restu. Meskipun sekejap kenal kamu. Aku sayang kamu.

"Kelak jangan kau menangis kerana dia lagi. Kelak jangan kau ulang silap sama lagi."

"Kelak mungkin aku menangis kerna kenang kamu."

Aku hanya pandang depan. Aku tahu matanya sedang renung aku. Kalau aku berpaling maka aku kalah.

"Dia bukan lelaki yang baik untuk kamu."

"Aku tahu. Jika tidak dia tak akan tinggal aku untuk orang lain. Itu kan yang selalu kamu ingatkan aku."

"Ya.. "

"Agaknya siapa lelaki yang baik untuk aku?"

"Aku."

Aku senyum.

"Lelaki baik yang ini tidak ditakdirkan untuk aku."

"Yang penting kamu tetap ada di sini." Dia pegang dada. "..dihati aku."

Dia sambung lagi, "Kau tak sedih sekejap lagi aku akan pergi. Aku akan pergi dan takkan dapat jumpa kamu lagi."

"Tak, sebab kau pergi dalam keadaan baik. Keadaan dimana tiada siapa yang ditipu dan dimainkan. Ini takdir."

" Kamu semakin matang. Haha."

"Really? Mungkin sebab kawan dengan orang tua macam kamu."

"Aku hanya tua lima tahun dari kamu okeyy."

Haha.

"Belajar rajin-rajin. Kata nak pergi Korea."

"Haha, kamu masih ingat?"

"Kamu, dari dulu suka berangan. Sampai aku pun terangankan perkara yang sama."

"Haha, sindir aku ya."

"Janji jangan sedih pasal dia lagi."

"Tak, aku akan sedih pasal kamu pulak."

"Janji jangan sedih-sedih lah."

"Iya.."

"Janji jangan datang tengok aku kawen."

"Iya.. Kamu nak buat drama 3 janji ke apa ni?"

"Drama apa tu?"

"Drama kat TV3 tu lah."

"Aku mana sempat tengok TV. Ah, yang penting janji dengan aku."

"Ya.. Aku janji lah.."

Masa untuk kita telah habis. Dan kami berpisah dan terpisah. Tiada siapa yang tahu. Jangan siapa meneka. Nanti ada yang terluka.
Selamat Pengantin Baru. :)


2 comments:

Adib Syazwan said...

very the good typing~

nyna amani said...

Haha, macam cik la pulak kau nih.