Menerima kamu dalam hidup aku enam tahun lalu.
Salah aku. Bukan kamu. Salah aku kerana membuka pintu hati pada umur yang tidak sepatutnya.
Jatuh cinta dengan kamu,
salah aku kerana mencinta manusia lebih dariNya.
Kamu meninggalkan aku selepas setahun. Senyap tanpa sebarang bicara.
Salah aku kerana masih percaya, antara kita masih ada rasa itu.
Kamu mencurangi aku untuk pertama kalinya.
Salah aku kerana terlalu percaya kamu hanya mencintai aku.
Kamu minta untuk kembali.
Salah aku kerana menerima sedang aku sepatutnya mula sedar, kamu siapa.
Mencurangi aku untuk kali kedua.
Salah aku kerana terus percaya.
Kantoi kamu sedang ingin kawan baik aku.
Salah aku kerana masih berfikiran terbuka dan masih maafkan kamu.
Mencurangi aku untuk yang seterusnya,
Salah aku kerana terlalu bodoh masih setia.
Melebihkan game dari aku.
Salah aku kerana aku tidak ada disisi kamu untuk sentiasa ada saat kamu suka dan duka.
Kesana untuk dekat dengan kamu.
Salah aku kerana berjauhan dengan keluarga demi kamu.
Meninggalkan aku dan gilakan perempuan lain.
Salah aku kerana aku bukan seperti yang kamu mahu.
Diakhir cerita selepas enam tahun ini, rupanya semuanya salah sendiri. Terima kasih kerana tinggalkan aku selepas enam tahun, maka aku sedang sedar, semua kesilapan adalah memang dari aku sendiri.
Kalau waktu boleh diundur, kamu adalah kesilapan yang aku akan padam dari mula. Sungguh aku bazirkan banyak perkara. Salah aku, Ya, memang salah aku. Bukan kamu.
6 comments:
akak terlalu baik untuk dia. he dont deserve your love kak.
Kalau lah dari awak akak mengalah, kan?:)
jgn salahkan diri :)
semuanya ad hikmah kan?
sekurang2 dy pernah bhagiakan nyna.:)
pernah dgr tak..ayat cmni.."sebelum kita bertemu dgn org yg betul sygkan kita, kita akn btemu dgn org yg salah.." lbh kurang gini la ayatnya..hihih
Biasa dengar.. :)
Tapi after 6 years, it's really hard for me bila ingat benda bodoh ni semua..
what he gives,he get back..life is karma =)
Adib: :")
Post a Comment