Journey to the........

Salam.
Hari ini dengan sukacita dan senyum sampai telinganya nak update pasal our journey. Hamboi.. Journey lah sangat kan.

Seperti yang dirancang beberapa bulan yang lepas, kitorang nak pergi panjat bukit kan. And,and,and, semalam is the day! Sebenarnya masa hari Isnin tu kitorang keluar pergi Mid Valley. Masa tengah2 makan tu terus decide nak pergi malam tu jugak. So petang tu jugak lah pergi call kereta sewanya, kitorang balik dari Mid sampai kolej dah pukul sembilan malam. Lepas tu terus packing barang semua la..

Kitorang pergi Mid empat orang. Aku, ira, raff and Faiz. tapi pergi Broganya aku, Nurul, Ira and Faiz je. Raff memang tak nak pergi la kan tempat macam tu..

So, our journey begins...........
Pukul 12 malam ambek kereta. Sumpah abang kereta sewa kali ni cerewet nak mampus.. Rimas betol aku. Malas nak cerita. Lepas tu pergi mamak jap. Ira lapar. Then kitorang pergi PD dulu. Mak aihh, aku ingat dekat ja KL ke PD, rupanya jauh jugak..

Muka super excited kan? 

Ira dengan Nurul memang pantang nampak air. Aku baru je snap dua -tiga pic diorang dah jalan sampai hujung. Aku ni bab-bab air aku penakut sebab aku pernah hampir lemas kan. so, fobia tuh ada lagi.. Aku duduk-duduk and nyanyi-nyanyi je lah. Nyanyi? Ha, nasib baik tak hujan kan.

Sampai PD dalam pukul 3 lebih. Lepas lepak-lepak, bebudak ni main air sikit, nyanyi-nyanyi, gerak ke Broga sebab nak tengok sunrise. :)

Jalan nak masuk ke Broga sumpah menyeramkan. Macam tak jumpa penghujung. Sampaikan kitorang ingat kitorang dah salah jalan. Dah sampai tu disebabkan tempat dia gelap, kitorang tak nampak apa-apa. Ingat tak ada orang. Kitorang parking kereta dulu kat tempat cerah and kononnya nak tunggu sampai cerah sikit. Yang aku ni nak tengok sunrise. Aku dengan Nurul paksa jugak Faiz pergi tempat tu balik. Yang dia dok risau pasal tempat tu gelap sangat. Ira pulak senyap je dia sebab takut lalu jalan tadi. HAHA.

Ok, after a few minutes kitorang pergi balik. Kali ni apa-apa pun, kitorang nak panjat jugak. Nasib baik masa sampai nampak lampu kereta. Rupanya dah ramai pun yang daki. Cuma gelap tak nampak. Ok, kalau korang nak pergi please lah bawak torchlight. Kitorang ingatkan nak beli kat 7E, x ada pulak. Lepas tu lupa terus. Tak cari kat lain dah. Kitorang just berbekalkan lampu handphone je.. Berapa kali berhenti pun tak tahu lah. Lepas tu tak berani, tunggu orang yang ada torchlight. Nasib baik diorang tolong suluhkan. Masa nak naik tu tak payah cakap lah, meragas, menonggeng, segala 'me' lah. Penat tok sah cakap. Lagi satu, jangan pakai kasut licin. Ira kasut dia agak licin, banyak kali nak terjatuh.

Mula-mula tu sejuk tau, lepas pada tu hah, aku dah tanggal sweater. Berpeluh peluh. Ira pun dah tanggal cardigan. Nurul je berpanas sebab dia pakai sweater and pakai baju sexy. HAHA. Dah tak dapat bukak sweater, berpanas je. 

So, nanti tak payah pakai tebal-tebal. Memang lah pagi buta, tapi dah tak sejuk pun sebab berpeluh sakan.


Tengok, pic aku ni je yang elok sikit dan  yang ada tau. Itupun pic mencangkung tak senonoh.




Just one word can describe everything. SUBHANALLAH. Aku rasa macam aku tengah pegang sunrise tu. Dekat je rasa. Cantik sesangat bila dah sampai puncak. Hilang segala penat lelah. Aku asyik snap pic je.. Sebab aku yang bawak camera, maka pic aku tak banyak. Yang banyak pic diorang. Hess..

Aku rasa, kalau ada peluang aku nak panjat lagi!

Pukul 7 lebih kitorang turun. Turun sekejap je.. Tapi mencabar jugak la.. Bukit ni dia macam menjunam tau. So, memang mencabar lah nak naik dan nak turun.

Plan asalnya kitorang nak mandi kat Sungai Tekala tau. Tapi kitorang tak tahu jalan. Lepas tu dah terlepas simpang baru perasan. Tak ada rezeki kot nak pergi situ. Diorang ni nak mandi sungai jugak. So, kitorang pergi Hulu Yam je lah..


Aku sebenarnya bukanlah suka sangat mandi sungai. Aku kalau pergi sungai mesti suka duduk-duduk je dekat air mengalir tu. Tapi, si Faiz nih siram aku dengan air, tarik dalam air, aku dulu yang basah dari orang lain. Tapi lepas tu aku duduk-duduk je ambek pic. So, pic aku memang tak ada lah dalam ni. Seronok betul diorang nih mandi sungai. 

Lepas mandi mandi, kitorang pergi Ikea! Yeayy.. Kalau pergi Ikea mestilah idea aku kan. Wahh, craving betol aku dengan meatball..

Orang lain makan meatball  5 bijik je. Aku macam biasa, 5 bijik meatball without fries,without jam and gravy lebih. Yehhu.. Lepas tu dengan curry laksa dia. Curry laksa ni just ada weekdays je. Sedap! Ok, manalah aku tak macam tong drum kan. Nasib baik baik Faiz makan banyak jugak. Dia order sepuluh bijik meatball and sepinggan pasta. HAHA. Lepas tu tak habis. Aku pun dah tak larat nak habiskan. Waktu ni masing-masing dah memang penat gila tak tau nak cakap macam mana dah. Aku kononnya tak naklah tidur sebab kesian kat Faiz bawak kereta. Tapi aku terlelap jugak kat sebelah. Sehari semalam tak tidur. Dah la panjat bukit menjunam. Super duper tired. Si faiz lagi kesian. Kereta dah la manual. Kaki dia dah kejap ke atas, kebawah, kebawah ke atas. Ira memang dah lembik and sampai Makkah dah dia kat belakang. Nurul dari pot pet pot pet tetiba diam. 

By the way, thanks to Faiz sebab bawak kereta and teman kawan-kawan perempuan dia nih. Memang lah dia pun nak pergi, tapi bayangkan kalau kitorang pergi tak ada lelaki. Memang tak la der nak panjat bukit tu gelap-gelap kan..

Alhamdulillah, plan sem nih berjalan dengan baik. Even tak seperti yang dirancangkan, Allah punya rancangan is much better.. I'm so happy. :D

Sem depan plan pulak nak pergi Penang lah, nak pergi Melaka lah. Entah macam-macam lah nya.. Semester depan adalah semester akhir for us.. Sedih nak tinggal korang semua..

Aku ni macam tak ada exam je kan? Maklumlah start paper lambat. Ok, hati dah tenang dapat panjat bukit tu, lepas ni focus dengan dua paper.. Doakan aku yup! :D










6 comments:

Jannah Latif said...

hamboih!! seronok dia ek.. makan makan makan. haha :D
gud luck 4 ur exam!

nyna amani said...

@Jannah Latif
Hehehe.. Bese la.. Thanx Jannah! :)

NZ said...

best weh~ broga hill tu best..teringin gak sebab tempat dia cantik tapi jauh la

nyna amani said...

@Zakia
Ha ah, cantik sangat.. Ala, kat dekatdekat dgn tempat kau tak ada ke? Asal bukit panjat je la..

NZ said...

paling dekat gunung ledang.tapi tak penah panjat.separuh je

nyna amani said...

@Zakia best gila gunung ledang. Aku teringin tapi x tahu mampu ke tidak. hehehe.