Sebuah kisah

Bunyi lagu Love Rain membangunkan aku dari lena. Dengan malas aku jawap panggilan. Sempat juga aku lihat jam. 3.20 pagi.

"Hello........."
"Nina! Hehe, takkan tidow kot.. Bangun-bangun.. Cepat dengar ni.."
"Apa kau ni....... Apa nya?"
"Hehe, dengar tau.."

Aku masih mengantuk, kalau difikirkan mahu saja aku sambung tidur.
Aku dengar petikan gitar dihujung panggilan. Kejap aku lekatkan telefon bimbit ke telinga. Alunan suara dan petikan gitar buat aku khayal dalam kantuk. Seminit lebih berlalu..

"Oii, tidow ke??"
"Tak.. aku dengar ni..."
"Hehehe, ok tak?"
"Kau call aku time macam ni sebab nak suruh aku dengar lagu kau ke apa?"
"Ye la.. Ok tak?"
"Ye,ok.."
"Hehe, aku teringat kat kau, so tetiba datang ilham. Tapi lagu ni bukan untuk kau eh.. Untuk dia..Hehehe.."
"Heleh, ye la.. Aku tau la.. Tapi kalau lagu untuk kesayangan kau tu kenapa suruh aku dengar nya?"
"Ye la, kalau kau kata ok, maknanya dia mesti suka kan.."
"Ha, elok sangat lah.. Lagu ilham aku lepas tu untuk dia.. Entah pape je..."
"Hahaha, memanglah.. Kau lah sumber ilham aku.. Kau kan pencinta setia.."
"Ha, perli la perli....."

Aku, dia.. Dalam kereta.

"Kau dah kenapa tak nak ikut kitorang pergi Sunway nya? Main ice skating,makan then balik lah.."
"Aku tak nak.."
"Cuba cakap kenapa yang tak nak sangatnya.. Selalu kau bukan main lagi kan kalau berjalan ni."
"Aku tak nak ingat lah tempat-tempat yang aku pernah pergi dengan dia.. Eiyy, kau jangan banyak tanya boleh tak?"

Dia diam sekejap.

"Kau ni benda macam tu pun nak ingat lagi ke? Habis sampai mati tak nak pergi?'
"Ha ah sampai mati, and sampai mati pun aku akan ingat!"

Dia diam. Aku diam.. Lama..
Tiba-tiba dia bersuara.

"Kau rasa-rasa, Aisha (bukan nama sebenar) akan ingat aku macam kau tak?"
"Ha?"
"Maksud aku, dia akan cinta aku macam kau cinta ex kau tak?"
Aku ketawa. Sungguh-sungguh ketawa. Kawan aku yang seorang ini cakap pasal cinta? Dah kenapa?
"Kau ni kenapa?"
"Gelak pulak dia.. Betol la.. Honestly kalau aku tak dengan Aisha, aku sudi nak buat kau bini aku. Aku tak rasa Aisha sayang aku macam kau sayang ex kau..."
"Kurang asam kau.. Jangan bandingkan macam tu. Kalau dia tahu, kecik hati dia.. Kau ni, berapa kali aku nak cakap.. Lagipun, sayang saja tak cukup... Tengoklah apa aku dapat dengan sayang aku tuh.. Nothing."
"Kau sendiri nampak Nina... Aku tahu kau orang semua pun nampak.. Tapi aku sayang dia.."
"Kalau sayang buat cara sayang.. Jangan buat silap.. Sabar la.."
"Aku takut sabar aku tak ada hasil macam sabar kau.."
"Yang tu kau kena percaya dengan jodoh. Kalau ada, ada la.. Yang penting kita dah berusaha. Kalau dah bukan jodoh dengan dia nak buat macam mana?"
"Kalau aku tak berjodoh dengan Aisha, kau lah jadi wife aku.."
"Hahaha, tak hingin aku.."
"Kenapa? Aku hensem apa.."
"Hahaha.. Perasan gila.. Aku tak nak orang kena reject macam kau.."
"Sial kau.. Kau pun kena reject jugak..Hahaha.."

Kurang asammm....

Meski aku kenal dia bukanlah berpuluh tahun lama, tapi aku kenal buruk baik dia. Dia, yang entah kenapa selalu bercerita tentang apa saja. Tapi dengan orang lain, diam pula seribu bahasa.

Terima kasih kerana percaya aku. Terima kasih datang dalam hidup dan terus disitu.
Aisha, aku harap satu hari nanti kau akan sedar kau bertuah punya dia.

Well, kalau aku kata persahabatan itu lagi indah, tak ada yang akan bantah. Kan?
:)



Dia kawan baik aku.
Tak lebih dan tak kurang.
Harap orang di sana faham.






No comments: