Mencintai orang yang tidak menyinta.
-Heidi-
Aku tak pernah terfikir ada satu orang yang akan muncul dalam hidup dengan kesungguhan yang tak tercapai dek akal aku.
Aku mintak maaf kalau aku kecewakan dia sekeluarga. Kalau lah semua orang faham apa yang sedang aku rasa, kalaulah semua orang lalui apa yang aku lalui, mungkin semua ni tak akan berlaku.
Ya, aku menolak lelaki yang baik. Aku tak pernah kata dia tak baik. Malah sangat baik dengan aku. Aku menolak lelaki yang boleh buat aku senang lenang, tapi bukan itu yang aku mahu. Aku sungguh-sungguh tak mampu hidup dengan lelaki yang aku tak cinta.
Aku belum ready hanyalah satu alasan.
Itu bukan alasan. Ready itu bukan ready untuk seperti yang semua fikir. Ready itu untuk menerima orang lain duduk dihati aku yang luka dia masih berdarah. Aku tak boleh.
Dia pernah bagi aku masa. Tapi aku kata aku tak perlu masa. Jawapan aku masih tetap begitu. Dia tanya aku kenapa tak nak masa, jawapan aku, "Sebab aku tahu aku memang tak boleh."
Keputusan aku masih sama sekalipun siapa-siapa yang tanya. Sekalipun mak dia sendiri yang tanya. Aku minta maaf.
Memang senang cakap maaf, jadi aku tak nak ulang maaf itu banyak-banyak kali. Tapi satu hari nanti, aku pasti dia akan jumpa seseorang yang sungguh-sungguh cintakan dia. Bukan macam aku. Bukan macam aku yang hati penuh luka sampai tak ada ruang nak letak di mana-mana bahagian pun...
7 comments:
bila terluka ada parut..ni kan pula bila hati yg terluka
u make me spechless o_o
@Zakiah Adun
:')
@Zakia sangat luka.
When it comes the a junction, follow your heart :)
Tc!
@✿ Milly Molly ✿
Thanx for your advise dear. :)
@✿ Milly Molly ✿
Thanx for your advise dear. :)
Post a Comment