oh..macam ni rasa dia..

Dua hari lepas kitorang dapat berita atuk aku sakit. Cepat-cepat semuanya balik. Family dari Penang semua pakat balik ambek emergency leave. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Bila semua dah balik,waktu itulah baru aku berkesempatan jumpa ahli keluarga semua. Raya tahun lepas tak sempat sangat sebab Pak cik aku sakit. Jadi aku habiskan masa dengan keluarga belah ayah je.

Ini cerita pasal emak saudara..

Aku dengan mak saudara aku yang bongsu belah mak aku panggil Cik Bell. Disebabkan jarak umur kami tak jauh which is dia 25,aku 22 kitorang agak rapat la. Selalunya kalau jumpa memang dok bersembang je. Tapi tahun lepas kami jarang jumpa. Bercakap pun tak sempat sangat.

Raya haji baru ni dia bertunang. Aku tak dapat balik. Bulan dua ni dia nak kahwin dah. Dua malam lepas, macam biasa aku dengan dia tidur sama. Tidur atas satu katil. Katil single pulak tu sebab rumah penuh. Malam tu lah baru kami berkesempatan nak berborak panjang.

Cerita pasal hantaran,cerita pasal baju nikah,baju kahwin pelamin semualah.. Tiba-tiba je aku cakap,
"Lepas ni tak boleh macam ni dah la.."

Ye lah,dia dah kawen,takkan nak tidur sekali dengan aku lagi. Takkan nak selalu melepak dengan aku lagi. Memang lah masih berjumpa tapi keadaan dah tak akan sama lagi.. Lepas ni kalau mandi, aku sorang je lah anak dara kan. Yang lain dah mak dara. (Kalau ramai-ramai, aku,mak su,Kak Ina-cousin, Cik bell akan mandi sama-sama) Hehehe~

Masa yang hari atuk aku sakit tu, cousin aku yang aku rapat tu pun bawak boyfriend dia sekali. kebetulan bf dia ada kat Penang waktu tu. So dia drive sebab nanti nak hantar cousin aku ke KL pulak. See? Kalau cousin aku yang tu pun bakal berkahwin, ceritanya aku sensorang je lah nanti dengan cousins yang tak cukup umur lagi kan..

Bila saudara mara yang kau rapat dah nak bina masjid, kat situ nanti akan ada sedikit 'jarak' yang memisahkan. Sedih rasanya nak lepaskan Cik Bell aku ni. Dia dengan aku dari kecik sampai ke besar. Raya nanti macam mana? Selalu mesti dia ada sampai seminggu. Sekarang mesti jumpa sekejap sebab nanti nak balik rumah mak mertua pulak.

Siapa lagi nak merapu dengan aku nanti.. Hmmm...



Year End Giveaway By Cik Bunny

Tuan GA sendiri yang jemput join GA ini. Makan dengan gigihnya aku memenuhi syarat..


Click banner untuk join and syarat-syarat dia.

Dan,paling penting hadiahnya.



Atelephobia

Sorry..
It's just....
I couldn't say..
"Yes , I do."

just because................

 Aku post macam ni hari tu. Sebenarnya yang nak dihighlightkan is or I like you tu.
Ala,benda ni kan ada kat Twitter. Aku kopipes je ha.

Then,



Lepas je si Muhammad Faiz nih comment,

(Dafi tu dia yang letak eh. Uweekkk!)
Kau ada kawan cam ni?? 
Ada??

Lepas tu malam tadi dia gagah la buat gambar ni guna pe benda entah.
Ye la,orang baru beli fon baru. 

Tahu pe benda ni?
Ni adalah gabungan gambar aku dengan gambar dia.
Gigih whatsapp kat aku.
Caption dia apa tau,
'Macam setan'

Sumpah memang macam setan.
Hari tu Raff buat gambar Raff dengan si faiz ni aku tengok ok lagi.
Sekali dengan aku??
Entah gambar aku yang mana entah dia bantai letak.
Hodoh nak mampos!

Scary tahu tak??
Aku dah terguling guling gelak.
Siput sedut betol.

*********************
Kawan aku yang ini,tak pernah sekali pun cakap benda serius kecuali malam tadi. Ayat dia buat aku touching ohh.

Yes,aku percaya akan ada suatu hari nanti someone yang macam kau cakap kat aku tu! Aku percaya sebab kau kawan aku. :')


Tenkiyu my mega bestfriend!
:)



Up Traffik Akhir Tahun!


Tag:


-Tarikh Tutup 30/12/2011 jam 2petang! 

"Segmen 3 Hari : Cik Lyeen lagi!"


Tag : Cik Jannah



TARIKH TUTUP: 27 Disember 2012(3 hari sahaja)


Cik lyeen,saya mmg berdendam dengan random.org!
Tapi tak pe,
kita jangan putus asa. 
Haha.,

Love is..

I'm walking all over the place
For some reason I am feeling excited
I keep looking in the mirror and touching my hair
I am really weird

My busy days feel like a picnic
Whenever you hug me
For a moment I forget it all
And it's like I enter another world

Even your bright personality and you bold words
You're so special..
Through you it's all good,you make me smile
My heart that was closed by the scars
smiles as it looks at you

I'm starting to resemble you, I smile as you do
I want to always be a good person for you

Sometimes I feel scared
That I might give you scars like mine
My feelings are moving too fast and I still lack much
But please wait for me..

Even my immature ideas and my wronged heart
I'll try to make them match you
Through you it's all good,
you make me smile..

Tears feel like coming, I think I understand love
My heart goes in front of my footsteps
I'm going towards you..
Wait just a little, wait for me.
Little by little, step by step
I'm becoming someone good...

-Love is,4men-



Untuk kawan-kawan yg inbox saya lepas status di atas dipost,
Jangan selalu bertanya,
tapi selalulah doakan saya.
Doakan yang terbaik untuk saya!
;D












Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir


Nak join tekan banner yang comel gila ni. Just simple segmen. Tak perlu banyak nak like page segala.. Tak banyak songeh. Marilah join beramai ramai. :)


Due date 22.12.2012- 31.12.2012

"SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013"

Nak join click banner.



23 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012 (7.00 petang)

Perempuan,awak mesti pernah....


Masa itu saya terlalu banyak menangis jadi saya tak mahu lagi orang nampak saya menangis.
Waktu itu saya dah lama bertahan untuk tidak menangis tapi saya menangis tanpa orang tahu.
Waktu itu saya rasa saya dah cukup kuat tapi sebenarnya saya masih belum kuat.
Waktu itu saya tak mahu orang keliling saya muak dengan air mata saya jadi ini yang berlaku.

Saya perempuan, dan saya mengaku saya pernah menangis sorang-sorang dalam toilet/bilik air supaya orang tak risaukan saya.



20.12.2012


Saya dah cukup zat besi dah!

Tarikh hari ini cantik kan? 

1. Derma darah tak akan buat awak gemuk.
2. Derma darah tak sakit pun.
3. Makan sedikit sebelum awak derma.
4. Awak jangan ingat awak badan berat awak cukup zat besi.
5. Cucuk jarum tu sakit sikit dan sakit sesaat je.
6. Jom pergi derma darah.

Saya derma darah sebab saya nak orang macam arwah kawan saya boleh sembuh dengan darah yang saya derma. :')

p/s
Blog saya jadi kucar lana!
Awak jangan pelik ye.
Saya x jumpa code yang sesuai utk buat border keliling blog.
:(
Lepas tu bila saya ubah code,code lain pulak tak jadi.
Urghh!!



Tak apa orang rendah, anggaplah kita golongan comel. ^_^

Satu.

Aku tengah urut kaki kat Teluk Chempedak. Setengah jam RM25. Aku ambek setengah jam je lah. Lagipun orang bayarkan.

Tukang urut : Lapar la.. Asyik rasa nak makan je. Dulu saya ni badan tak de la macam ni. Kurus kering je. Sekarang macam ni dah ha..
Tukang urut aku ni badan dia berisi..

Aku : Samalah kita.. Saya dulu pun kurus je.. Badan start naik lepas habis sekolah lah.. 
Si tukang urut pun bercerita lah. Dia kata beli kena beli seluar mahal. Kalau yang murah tak fix dengan cantik lah dekat kaki. Aku pun ia kan je lah.. Sembang punya sembang.

Tukang urut: Belajar lagi ke?
Aku : Ha ah..
Tukang urut : Sekolah mana?
Aku : Err.. belajar kolej..
Tukang urut: Umur berapa?
Aku : Dua puluh dua.
Tukang urut : Haaa??? Betul ke?
Aku : Ye la, dah tu awak ingat saya umur berapa?
Tukang urut : La, ingat lapan belas. Baru habis sekolah.. Badan kecik je.
Aku : HAHAHAHA.. Awak umur berapa?
Tukang urut : Saya lapan belas.
Aku: Owhhh.....

Serius aku ingat dia dah kawen.

Tukang urut : Tapi badan macam dah kawen kan. Untunglah macam akak ni badan kecik.
(Macam tahu pulak apa aku cakap dalam hati.)

Dalam hati aku, aku badan macam ni pun dikatakan kecik?? Mungkin kecik pada dia kot maksudnya. Tettt...

Dua.

Aku lepak rumah Zyra kan dua hari last week. Kawan-kawan adik dia (kawan Aziq) suruh kirim salam..

Azad, adik bongsu Zyra,
"Tu kakak lah bodo!!"

Malam tu datang lepak lagi bebudak tu. Yang sorang tu baru habis sekolah lepas SPM.

"Bagi la Twitter diaorang."
"Kepala hotak kau.. Dia tu kakak lah."
"Ye ke? Umur berapa?"
"Dua puluh dua lah!"
Lepas tu diorang ketawa sebab malu sendiri. Aku sekali malu sebab dah tua. HAHAHA!

Tiga.

Aku jumpa Nurul lepas habis kelas kat depan kolej. Cakap-cakap dengan dia. Balik tu dia cerita.

Kawan Nurul : Siapa tu?
Nurul : Satu bilik dengan aku..
Kawan Nurul : Owhh. Sem berapa?
Nurul : Eh,dia nak habis dah.. Sem lima.
Kawan Nurul :Eh, cepat nya dia habis. Budak lagi.
Nurul: Budak kau kata? Tahu tak umur dia dah dua puluh dua. Kau jangan nak cakap macam tu eh depan dia. Kang dia perasan! 

HAHAHA..

************************
Aku tahu kenapa orang ingat aku budak sekolah. Sebab aku rendah. Arghhh!
Tapi kalau fikir positif bagus jugak, macam awet muda gitu kan. Paling tak best kalau kena kacau dengan budak rempit yang bajet dah dewasa tu. Nak je cakap, aku ni kakak lahh!!

Ok,baik mengaku siapa tanya ni kat ask.fm aku? Sensitif tau.. HAHA

Tak pe,tak pe.. Aku bersyukur je dengan tahap kerendahan aku ni.. Even dibuli seperti budak sekolah aku pasghah bak kata Lisa Surihani.. Ermmm..

Aku faham perasaan orang-orang tak berapa nak tinggi ni. Kalau badan berisi sikit terus nampak kerendangan nya tu.. Bila kurus sangat macam tak cukup makan pulak sebab jadi mengecut. Dah la rendah,pastu kurus, mengecut je kan.. Ala, orang tinggi pun ada masalah dia juga, tak boleh nak pakai kasut tinggi-tinggi sangat, seluar pun susah nak cari jugak.. Bersyukur je la kan.. Positif je.. Hekhek..

;p





Pencinta Novel:Bila sena kembali berbunga

Pernah baca tak novel ni?

credit:rinntis

Novel ni zaman aku sekolah rendah rasanya. Dua kali aku pinjam kat perpustakaan bergerak. Kisah Zek dengan Afiqah. Kisah zaman sekolah dimana Zek ni pandai, Afiqah ni kurang sikit. So, Zek ni ajar Afiqah subjek Lukisan Kejuruteraan kat bawah pokok sena. Zek anak orang kaya, Afiqah anak orang biasa-biasa. Latar belakang dia SMK Teknik Kuantan and sebenarnya sekitar kawasan rumah aku je. Masa aku baca tu, aku bukan tinggal kat Kuantan lagi. So, bila aku dah pindah dan sekolah tu sebelah sekolah aku masa upper six,terus aku boleh imagine tempat tu. :) 

Sebenarnya novel ni ada sambungan yang kedua sebab dapat sambutan kan. Tapi yang kedua aku tak baca pun sebab kawan aku kata dah tak best. Alah,macam sambungan Ombak Rindu jugak. Sakit hati je baca.

Now, penulis novel dia bukak bakery tau. Dekat Sg Isap Kuantan. Hari tu masa cuti semester Azie ajak aku pergi. Kot-kot lah dapat jumpa penulis dia..

Moist choclate cake. Sedap woo.. 


Kedai dia tak banyak sangat jual cake. Kalau kita nak, kita kena tempah. Azie tempah cake untuk birthday mak dia sedap woo. Lepas tu kat sini sebenarnya lebih kepada dia mengajar buat cake. So sape nak belajar boleh la datang..Aku tak dapat pun jumpa dia sebab yang ada student and pekerja dia je.. Tak apalah, kitorang beli cake ni nak rasa.. Sedap! :)

****************
Watak Afiqah dalam novel tu sangat simple. I mean selalu novel ni watak heroin kan nak cantik,menarik,kaya,bijak,cerdik kan. Tapi Afiqah tak. Dia sampai ambek SPM dua kali kononnya sebab frust dengan si Zek ni.. But, she is a strong person la dengan family macam tu, mak Zek pulak tak suka. Lepas tu Zek pulak seingat aku watak dia berkaca mata. Selalu usik Afiqah sebab lukisan Afiqah yang buruk. Scene paling aku suka bila cikgu Afiqah tunjuk lukisan (lukisan kejuruteraan) tu dekat kelas Zek. Contoh lukisan paling buruk. Hahaha.. Malu woii..

And, quote dia yang paling aku ingat sebenarnya.

Aku mahu membahagikan semua orang. Tapi aku tak mahu mereka bahagia di atas penderitaanku. 

Aku rasa novel ni memang kau takkan jumpa dah kat mana -mana kedai buku.





Perlu ke balik pada EX?


"Nina, Meon(bukan nama sebenar) cari aku balik.."
"So?"
"Ermmm,should I accept him back?"
'You know my answer.."
"..but I can't.. Aku still sayang dia. Sayang dia gila-gila.."
'Then,suka hati kau lah.."

HONESTLY, aku MALAS nak layan soalan ni dah. MALAS.

Eh, kawan-kawan aku! Korang ni tak ambik pengajaran ke benda yang dah jadi kat aku? Aku tak faham ahh. 

Semua orang berhak diberi peluang.

Istanbul aku datang.

Tomok: Please give me one more chance..
Beto: I just need one chance.

Perkara paling bodoh pernah aku buat adalah terima ex aku balik! And guess what, pada yang tak tahu, dia sekarang dah jadi ex aku lagi sekali. Dan untuk yang terakhir kali lah. Sebab kali ni betul-betul dah the end. Bagi aku dia tak pernah wujud. Sebab kalau aku percaya dia pernah wujud, aku teringat kebodohan aku.

Aku malas nak bukak cerita lama. Aku malas nak cerita buruk ex sendiri sebab aku pun ada salah aku jugak. Apa yang aku boleh cakap, tolonglah kalau rasa susah sangat, buatlah istikharah kalau nak terima balik. Sekurang-kurangnya nanti kau tak menyesal.

Manusia boleh berubah?
Ya, aku pun percaya itu. Sebab itu dulu aku keep forgiving him. Sebab itu aku terima dia balik.

Dia menangis.
Ya, sebab itulah aku selalu percaya dia. Dan sebab dia jugalah aku dah tak percaya air mata lelaki. Jadi kalau ada yang cakap dekat aku kalau laki tu jatuhkan air mata sebab kita, dia betul-betul sayangkan kita. Nope, aku tak percaya. Aku DAH TAK percaya. Sorry.

Tak semua lelaki macam ex kau.
Yup,aku percaya itu. Sebab tu aku cakap buatlah istikharah. Manalah tahu dia bukan spesis ex aku.

Kalau aku, aku takkan balik pada ex aku dah. Kalau aku balik, tolong lempang aku laju-laju atau tolong bedah otak aku tengok kot-kot ada fius tercabut sebab bingai sangat nak terima balik dia.

Please move on. Please.

Sebab apa aku suruh move on? Sebab bila pasangan kau curang, itu adalah salah satu petunjuk sebenarnya. Macam aku, dua bulan pertama macam orang gila. Tiga bulan pertama siap nak merayu. Enam bulan berikutnya dah lega sikit. Sebab? Lepas enam bulan tu, Allah tunjuk kat aku ONE BY ONE. Banyak yang aku tahu lepas break sebenarnya. Tapi takkan aku nak cerita kan. Kalau aku cerita itu tunjukkan kebodohan aku sendiri lah sebab percaya dia selama ni. So,i just zip my mouth. Setahun kemudiannya? 

Inilah aku yang hari ini. Memang aku tak lupa dia. Tak lupa sebab aku sentiasa teringat benda-benda yang ALLAH tunjukkan kat aku after break. Honestly, lepas tahu aku cakap pada diri sendiri.

"Kenapa aku tahu sekarang? Kalau aku tahu dulu, bukan dia yang tinggal aku. Tapi aku yang tinggal dia."

Kau kena percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah. Kalau dia datang balik pun ada hikmah. Hikmah dalam ujian. Apa-apa pun, mintak petunjuk Allah. DIA lagi tahu apa yang terbaik untuk kita..

Kita kena kuat. Kuat sangat-sangat. Lagi susah, lagi banyak Allah akan bagi senang masa akan datang. Percaya itu.

Jangan ingat EX, jangan rindu EX, jangan balik pada EX, sebab apa? Sebab kalau benar-benar ikhlas cinta kita, dia tak akan pernah jadi EX.



1.2.34

 1.2.34 mengikut calender Hijrah. Jumaat. Penghulu segala hari.

Ya Allah, jadikan aku manusia yang lebih baik dari sebelumnya..



Cinderella lah sangat...

Cerita dia macam ni.

Aku nak balik kolej. Aku guna beg crocs tu untuk letak tudung,shawl segala and telekung. Lepas tu baru aku perasan kasut tak tahu nak letak kat mana dah. Kasut tu aku belum pakai. Jadinya aku letak kat atas sekali sumbat-sumbatkan je... (kenapa cerdik bijak pandai sangat kan?)

Dalam beg ni aku sumbat


Masa turun dari kereta, rasanya aku macam dah make sure kasut tu ada. Bila sampai bilik nak kemas baju,baru sedar kasut tu tak ada sebelah. Aku pun cepat-cepat turun tengok kat bawah. Dari start turun kereta sampai bilik lah. Dua tiga kali kot turun. Tak jumpa!

Aku call mak suruh tengok dalam kereta pun tak ada. Kat rumah pun tak ada.

Ehh, kat mana kau ha wahai sepatu merah lagi sebelah??? 

Cinderella lah sangat kan aku rasa. Tunggu putera raja mana entah yang jumpa kan. Dah la kasut orang bagi.. Konpiuss betoi aku.. Tak sempat nak merasa kasut baru pun! Itulah kasut paling mahal yang aku ada. Crocs ori tu.. Memang kaki aku ni nak kasut murah je kot. Yang dua puluh lima ringgit yang biasa aku beli je kan. Tak bagi rasa kasut mahal sikit. Puii!

Kisah dua belas.


12.12.12

"Kau lansung tak jumpa dia dah lepas tu?"
"Ermm, nope!"
"Okey.. So.. Kau dah lupa dia?"
"Aku bukan hilang ingatan."
"Ishh,ok lah aku tukar soalan. Kau masih tunggu dia?"
"Ermm, nope.."
"Sure?"
"Ya.. Sure.."
"So... aku ada nak cakap something.."
"Apa?"
"Ada kawan aku nak kenal."
"Siapa?"
"Nama dia sama dengan ex kau. Tapi perangai tak sama eh."
"Ensem tak?"
"Aku tahu taste kau, aku tak cakap kalau bukan taste kau.."
"Hahahaha.. Kurang asam.. So ensem la?"
"Ensem!"
"Ke sebab dia kawan kau,kau katalah dia ensem."
"Good looking lah.. Yang tu tak penting babe, yang penting dia blablablabla.."

Aku hanya dengar kawan aku yang seorang itu membebel dihujung talian. Patutlah telefon waktu macam ni. Kalau tak ada agenda memang tak akan call nya..

"Dah habis dah pasal kawan kau yang good looking lah sangat tu?"
"Dah, so how?"
"Aku tak nak."
"Ala.. kenapa?"
"Sebab aku tak nak sebut nama dia."
"La.. nama je sama. Sikap tak.."
"TAK NAK!"
"Kenal la dulu.."
"Nope.."
"Ala,kawan je.."
"Tak nak.. ok lah, nanti kalau ada kawan kau yang nama lain tapi good looking call la balek. Aku ada kelas lagi ni. Babai.."
"Nina...!!"
HAHAHAHA.




Inbox


Aku log in facebook macam selalu. Macam setiap hari aku selalu buat lepas tab Twitter dibuka. Beberapa notifications, satu friend request dan.. ok, ada orang inbox.

Aku menghalakan cursor dan menekan simbol message itu. Inbox dari seseorang yang tak tahu kenapa buat jantung aku seperti jatuh tergolek dari paksinya. Aku balas dalam senyum. Mesej semalam rupanya, dan waktu itu dia tak online.

Aku bukak profile dia. Tengok status relationship. Ohh,still lagi dengan gf dia.. Aku senyum. Kemudian mengalihkan cursor arah picture. Amboi Nina,sejak bila jadi  stalker. Aku lihat gambar-gambar dia yang rasanya aku dah pernah lihat sebelum ni. (Sebab dia bukan pengguna facebook yang tegar).Senyum lagi.

Malam itu, kenangan semasa aku empat belas tahun itu menari-nari diruang fikiran. Tersenyum lucu dalam indah kenangan.

Esoknya aku seperti tak sabar-sabar nak bukak Facebook lagi. Padahal, sejak berkenalan dengan Twitter, aku dah semakin melupakan Si Facebook. Kali ni, tab pertama adalah Facebook.

Yes! Ada balasan dari dia. Aku senyum lagi. Tapi kali ini aku tidak berniat untuk membalas. Dia kekasih orang. Meski suatu waktu dulu dia pernah sayang aku, dan aku pernah sedikit suka dia, keadaan dah tak sama lagi. Jadi, biarlah inbox itu berakhir hanya disini. Biarlah kalau dia kata aku sombong. Yang nyata, aku dah balas inbox pertama menjawap banyak juga soalan dia.

Kita masih kawan,dan akan selalu jadi kawan.

Jawapan kepada soalan terakhir dia.
"Ya, saya masih simpan."
:)

Who am I in 10 years time?


Lama aku fikir lepas dapat soalan essay. Lama yang sangat lama sebelum aku mula menulis. Aku pandang Fatin disebelah. Dia juga macam aku. Masih berfikir.

Sebenarnya aku ada banyak benda nak buat, tapi sendiri tak pasti apa aku akan jadi dalam sepuluh tahun akan datang.

Aku ada ba..nyak benda nak buat pada asalnya. Aku ada peluang tapi sayangnya aku tak guna peluang yang aku ada dengan baik. Aku selalu tak sungguh-sungguh buat sesuatu. Padahal benda tu adalah satu-satunya peluang untuk aku.

Jadi, apa akan berlaku sepuluh tahun lagi?

Farah, dalam essay dia dah kahwin dan mungkin dah ada anak. Kawan aku yang ini dah bercinta semblan tahun rasanya. Lepas belajar dia memang nak kahwin. Lagipun family dia orang senang, dia pulak memang minat dengan bisnes.
Fatin, bisnes dah berkembang pesat sebab dia buat bisnes. Kawan aku yang ini pulak nak bukak restaurant. Dia pandai masak.
Aku masih lagi berfikir. Aku tak rasa sepuluh tahun lagi aku akan berkahwin. (Depends on jodoh la kan) Aku rasa sepuluh tahun lagi aku akan sedang kumpul duit dan sedang komited dengan kerja. Ermm,mungkin. 

Hakikatnya,aku ada banyak benda nak buat. Jadi kali ini aku tak boleh main-main dah sebab nanti aku tak dapat nak jawap bila orang tanya soalan yang sama.

Good Luck semua! ;)





Seremban di penghujung tahun. :)

Salam.

Ahad. Sepatutnya hari ni aku pergi wedding ziema...
Sebenarnya mula-mula aku kekurangan duit nak balik.. Sedih je kan bunyi. Ada duitnya,tapi kalau aku pergi jengka naik bas akan ganggu duit buku aku. Malas nak mintak duit. Memula nak balik dengan Ejad, tapi aku ajak Efa balik sekali dia tak nak. Tak kan lah aku nak balik dengan Ejad je. Malam pulak tu. So aku cancel. AND,petang tu abah aku call cakap dia masuk duit. Ok, disebabkan dah petang aku tak jadi lah balik. Macam dah last minute. Malam tu pulak Faiz text aku ajak teman dia pergi wedding kawan dia kat Seremban. Gf dia tak dapat teman sebab  dia pergi wedding lain. So aku pun ajak Nurul dengan Zyra sekali.

Ahad.
Kitorang gerak pukul sepuluh nak dekat pukul sebelas jugaklah. Faiz kejut aku lapan setengah, dia yang bangun lambat. Cair make up aku tunggu. (make up lah sangat)

Sampai tu pukul dua belas lebih. Yang kahwinnya abang kawan dia. Kawan dia tu muda dari dia, kakak kawan dia tu,yang muda setahun pada dia pulak ex dia. Ha, faham? Hahaha. Memang sedap la kan aku mengusik. Lepas tengok pengantin, ok sorry sebab tak dapat ambek. Jauh.. Aku segan nak pergi ke depan. Ha, sambung.. lepas tu kitorang pergi rumah Faiz. Rumah Faiz kat Seremban jugak. Kira dekat je lah dengan tempat wedding tu. Rumah dia kat Pinggiran golf. Sedap mata aku tengok hijau je. Sebelah rumah masjid kot.


Aku tak tahu sebenarnya Faiz ni ikut muka siapa, tapi aku tahu kenapa kulit dia pelik pada orang. Mak dia putih kot. Memang cantik la.. Nak upload tak boleh sebab kat rumah free hair kan. Tapi mak dia memang cantik. Sampai kat sana, mak dia jamu air and choclate cake. Lepas makan solat and mandi. Petang sikit mak dia goreng keropok,buat samosa and roti. 

Petang tu aku lepak-lepas borak dengan Faiz. Aku tengok gambar-gambar lama dia. Masa kecik-kecik. Berdekah dekah aku ketawa. Ketawa tak hengat kau.. Zyra ada ambek gambar dia curi-curi, jadi modal bila dia kutuk orang nanti. HAHA..

Mulanya kitorang nak gerak awal sikit sebab nak tengok bola, tapi Faiz hantar ayah dia pergi klinik sebab ayah dia kena gout pulak. So,after Maghrib baru gerak. Sebelum tu,sempat pulak mak dia beli mee goreng and nasik goreng. Makan lagi.. Memang kenyang lah pergi rumah dia..

Family dia baik-baik kot. Ayah dia sakit-sakit pun keluar tegur kitorang. Mak dia tak yah cakap lah. Agaknya anak tak ramai, sebab Faiz ni tiga orang adik beradik ja. Anak perempuan sorang pulak tu. Tu yang dia suka orang datang rumah. Mulanya segan jugak kitorang..

Kitorang gerak balik lepas Maghrib.. Alhamdulillah selamat sampai. Happy Day. :)

Sebenarnya hari ni Amer bersunat,
aku pulak yang risau.
Sebab aku tahu Amer ni jenis tak tahan sakit.
Rasa nak balik je tengok dia.
Eiyy,tak tahulah kenapa semester ni jadi rindu kat family pulak.
Asyik call rumah je.
Tak tenang tak cakap dengan Mak.
Apapun, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.


Aku dan Mimpi - Amylea


Tidak ku menduga
Ini saat yang kutunggu, kamu..
yang selama ini
Kau hadir dalam mimpiku
Hilangkan sunyi..

Berdiri aku,
Tak lagi jauh..
Mengapa deras degupan jantungku?
Mungkinkah aku
Mencintaimu sepenuh hatiku?

Kuharapkanmu..
Menyayangiku seperti aku teman hidupmu..
Semakin hampir waktu untuk daku bertemumu
Semakin aku rindu yang aku simpan selalu
Semakin dekat aku
Sedarku dari lamunan
Hanya aku dan mimpi..
Cinta tak pernah ada..

Berdiri kaku dan lebih jauh
Terhenti nafas dan degup jantungku
Salahkah aku
Mencintaimu sepenuh hatiku?
Katakan sesuatu
Jangan biar ku keliru dan terus berlalu...

Tidak kumenduga,
Mengapa ini terjadi..


Teringin nak..

Setiap orang mesti ada benda yang dia sebenarnya teringin nak buat.

Google
Aku teringin yang amat sangat sebenarnya nak naik hot air balloon. Aku start teringin masa aku sekolah rendah lagi. Aku tengok drama orang puteh. Tak ingat dah apa. Rasa macam sweet and awesome gila lah kalau duduk atas tu. Even aku gayat,keinginan tu tetap jadi keinginan sampai sekarang.



Sebenarnya aku suka panjat bukit or gunung. Tapi buat masa ni aku baru lepas panjat bukit. Nak panjat gunung bukannya senang. Kena ada skills kan. Lagipun aku rasa aku tak mampu kot pasal aku semput. Jadi,dari situlah aku terfikirkan rock climbing yang indoor punya. Nak rock climbing outdoor memang tak mampu lah. Tak pasal semput menyusahkan orang nak kena angkut. Hari tu ada pasal rock climbing indoor ni kat TV1. Ternganga-nganga aku tengok TV. Bukan main khusyuk Padahal selama ni tak pernah-pernah nak mengadap TV1 tu..

Sebenarnya aku suka benda-benda macam ni dari kecik lagi. Tapi ayah aku memang tak akan bagi lah kan. Macam pergi panjat Bukit Broga tu,mana bagi tahu dia. Dah panjat baru cakap. Emak pulak tak bagi pasal aku asthma. Dia risau tu je..

Ada ba...nyak lagi sebenarnya aku teringin nak buat. Dulu masa PLKN tak puas flying fox semua tu pergi pulak Kem Bina Negara. Masa tu ada dua pilihan,sama ada nak flying fox or rock climbing. Disebabkan rock climbing dia macam tak best sangat, aku pilih flying fox. Masa PLKN flying fox yang duduk punya. Yang kat KBN lagi best. Kita duduk macam terbang. Mula-mula dia macam hempas kita ke bawah,lepas tu baru bergerak. Masa hempas tu (bukan hempas sampai bawah!), rasa macam nak terkeluar jantung. Lepas tu terus buat gaya superwomen terbang. Budak laki lagi lucu. Buat aksi superman,spiderman,ultraman semua ada.. Budak perempuan malu-malu sikit.

TAPI, jangan ajak aku naik roller coaster dan sewaktu dengannnya. Yang buat segala usus nak terkeluar. Tak berani!!
DAN,jangan heret aku ke tengah laut. Aku takut laut. Aku suka pantai. Duduk-duduk basahkan kaki je. Nak mandi or main air laut memang tidak sama sekali.

Manusia memang pelik. Akulah tu.

Happy Birthday to My mom!
I love you so much!
:D



Aziera Adenan's Segmen

Minggu pertama yang boring. Jadi mari kita join segmen. dapat support blogger lain kan?




  1. Nama: Nina (Tuan dia tak cakap pun nama penuh ke apa kan.;p)
  2. Umur: Dua puluh dua tahun.
  3. Tarikh lahir: Dua puluh sembilan Oktober sembilan belas sembilan puluh.
  4. Sekolah: SK Maran,SK Jengka 5, SK Ulu Jempul, SK Jengka 4. SMK Seri Jengka, SMK Jengka Pusat 2. SMK Jengka Pusat. SMK Alor Akar.
  5. Hobi: Mengadap sebarang jenis social network.
  6. Bakat lain: Suara kuat macam petir. Tidur 24h.
  7. Personaliti: Kalau tak kenal kata sombong AND,ramai yang kata aku macam lembut (kononnya), sebenarnya Nauzubillahh..
  8. Warna kegemaran: Pink, yellow,mustard.
  9. Makanan kegemaran: Masakan mak. Ayam goreng dgn sayur air pun favorite dah tu.
  10. Minuman kegemaran: Ermmmm, ice lemon tea.
  11. Nombor kegemaran: Empat
  12. Perkara yang paling membuat anda stress: Assignment dan tak ada duet nak shopping. 
  13. Mood anda ketika ini: Seronok sebab tengah jawap soalan macam-macam ni. Tadi bosan.
  14. Filem yang membuat anda mengalirkan air mata: Baa..nyak sebab ratu air mata kalau tengok cerita. Over je..
  15. Harapan masa depan: Jadi anak yang berguna, manusia berguna dan diredhai Allah. (I really hope this)
  16. Nama kawan baik anda:Azie,Lia,Aya,Hajar,Ain,Jannah, and.. eh,ramainya kawan baik. Sebab diorang mmg baik dan kawan baik saya.. :)
  17. Status anda? [Single/taken/married/etc]: SINGLE! :D
  18. Apakah benda yang anda inginkan sehingga kini: Saya nak pergi Makkah. SANGAT-SANGAT!
  19. Haiwan kegemaran: Err, saya bukan pencinta haiwan. Nak kata kuceng, saya suka kuceng cantik-cantik ja.. Keji.
  20. Luar negara yang ingin anda melancong: ISTANBUL. :))
  21. Siapakah idola anda: Sepatutnya yang menjadi idola Nabi Muhammad s.a.w kan. Ermm.. 
  22. Tempat yang paling indah pernah anda lawati: Bukit Broga. Ehhh?? Haha~
  23. Adakah anda takut pada hantu: Not really..
  24. Siapakah orang terakhir yang telah buat anda ketawa: Tak ingat sebab hari ni asyik ketawa ja..
  25. Jika anda memiliki RM1 juta, apa yang anda akan buat dengan duit itu: Saya tak dapat membohongi diri sendiri. First thing of cos lah saya shopping kan.. Selebihnya mesti my mom akan nasihatkan derma sikit. Belanja family pergi holiday or.. belanja semua pergi Makkah.. Yeayyh
Nak join jugak lettew.. 
Ok jom pergi blog nih.

Semester baru.

Selamat datang ke semester lima.


Sem ini kita akan belajar law, Eco, Acc dan lain-lain. Nampak tak??
LAW??
ECONOMY??
ACCOUNT??
Ok Nina, bersedialah untuk pecah kepala.
Wish me luck everybody!!
Belum apa-apa dah terasa bahangnya..

Itu belum Aom, Ent.. Hesss...


Hari ni birthday Cik Nurul kita.. Tapinya malam tadi aku pun dapat belated birthday card dari bebudak bilik aku..
Alolo.. Sweetnya diorang ni.. Card comel je..
Thanx korang.. :')

For Nurul,
Happy Birthday.
Sweet 20 dah..
Dah puluh dah ni..
Good Luck untuk semuanya..
May ALLAH bless you.
:)